29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024
UtamaGaya HidupKeanu Reeves hadiah jam Rolex khas buat seluruh team aksi lagak ngeri ...

Keanu Reeves hadiah jam Rolex khas buat seluruh team aksi lagak ngeri  ‘John Wick 4’ sebaik selesai penggambaran

Aktor Hollywood Keanu Reeves sememangnya terkenal dengan sikapnya yang baik hati dan pemurah kepada sesiapa sahaja yang ditemuinya.

Ini dibuktikan Keanu Reeves apabila sebaik sahaja John Wick: Chapter 4 selesai menjalani penggambaran pada tahun lalu, beliau telah membuat keputusan untuk menghadiahkan pada setiap ahli dalam pasukan lagak ngerinya dengan jam tangan Rolex Submariner.

YouTube

Keempat-empat ahli dalam pasukan lagak ngeri itu telah bersama Keanu Reeve sejak filem pertama John Wick lagi.

Terdapat mesej peribadi dan nama ahli yang terukir di belakang setiap jam tangan Rolex Submariner yang mengandungi perkataan, “The John Wick Five”. 

Instagram

Pasukan lagak ngeri itu terdiri daripada Bruce Concepcion, Jeremy Marinas, Dave Camarillo, dan Li Qiang.

Pasukan itu menerima kejutan hadiah mereka pada 23 Oktober 2021, apabila mereka menamatkan penggambaran di Paris. Aktor lagak ngeri Concepcion dan Marinas menzahirkan rasa terima kasih dengan berkongsi gambar jam tangan mereka di Instagram, di mana Marinas menggelarnya sebagai “hadiah terbaik pernah diterima”.

Instagram

Pada harga AS$9,400 (RM 41,600), Rolex Submariner sangat diidamkan di kalangan peminat jam tangan jenama itu walaupun ia diketahui sukar untuk dimiliki melainkan pembeli mendapatkannya di pasaran tertentu pada harga yang sangat tinggi atau selebriti hebat seperti Keanu Reeves menempahnya secara eksklusif.

Keanu Reeves berusia 57 tahun terkenal sebagai selebriti Hollywood dengan imej “Mr. Nice Guy”, yang sangat pemurah.

Instagram

Ini bukan pertama kali kerana sebelum filem John Wick, selepas selesai penggambaran adegan pergaduhan yang sengit dalam filem The Matrix Reloaded pada tahun 2003, Keanu menghadiahkan setiap 12 ahli dalam pasukan lagak ngerinya dengan sebuah motosikal Harley-Davidson.

Keanu Reeves kembali dengan susulan filem terbaru, The Matrix Resurrections pada Disember 2021.

Filem penuh aksi John Wick: Chapter 4 sedang ditayangkan di pawagam seluruh dunia bermula 24 Mac 2023.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI