32 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaGlobalItali wajibkan ujian COVID-19 untuk semua ketibaan dari China selepas separuh penumpang...

Itali wajibkan ujian COVID-19 untuk semua ketibaan dari China selepas separuh penumpang 2 penerbangan ke Milan disah positif

Itali telah mengarahkan ujian COVID-19 mandatori ke atas semua pelancong yang tiba dari China, di mana jumlah kes negara itu terus meningkat, menteri kesihatan mengumumkan pada 28 Disember.

Walaupun pandemik COVID-19 terus merebak di China, Beijing mengumumkan pelonggaran sekatan perjalanan antarabangsa pada hari Selasa, yang mencetuskan kebimbangan global. Beberapa negara termasuk Jepun, India, Korea Selatan, Taiwan, dan Malaysia, telah pun mengenakan keperluan wajib ujian COVID-19 yang sama.

Menteri Kesihatan Itali Orazio Schillaci dalam satu kenyataan pada 28 Disember, negara itu telah mengarahkan ujian antigen COVID-19 dan penjujukan virus (untuk mengenal pasti varian) untuk semua penumpang yang tiba dari China, termasuk penumpang dalam transit di Itali.

Gambar oleh MIGUEL MEDINA/AFP/Getty Images

“Langkah ini penting dalam memastikan pengawasan dan pengesanan kemungkinan varian virus untuk melindungi penduduk Itali,” kata Schillaci.

Itali adalah negara pertama di Eropah yang dilanda virus itu pada 2020, selepas wabak awal di Wuhan, China. Ia kini merupakan negara Eropah pertama yang mengenakan ujian mandatori COVID-19 untuk semua ketibaan dari China.

Peraturan wajib dan diperketatkan itu berikutan keputusan ujian di lapangan terbang utama Milan, Malpensa, yang mula menapis penumpang yang tiba dari Beijing dan Shanghai pada 26 Disember. Keputusan menunjukkan kira-kira separuh daripada penumpang dalam dua penerbangan dijangkiti COVID-19.

Tiga puluh lima penumpang daripada 62 yang diuji positif COVID-19 dalam satu penerbangan ke Lapangan Terbang Malpensa Milan, dan 62 daripada 120 penumpang dalam penerbangan lain diuji positif, kata ketua kesihatan wilayah Lombardy Itali, Guido Bertolaso pada 28 Disember.

Kebanyakan penumpang dari China yang diuji positif pada kedua-dua penerbangan adalah tidak bergejala. Tetapi pegawai kesihatan semakin bimbang varian baharu virus itu telah muncul di China, menurut media Itali tempatan.

Pihak berkuasa Itali telah melancarkan program penjujukan virus untuk menganalisis varian virus yang dikesan daripada penumpang, dan keputusannya dijangka dikeluarkan lewat minggu ini, kata Bertolaso.

Pegawai di wilayah Lombardy di sekitar Milan dan wilayah Lazio di sekitar Rom berkata pelancong yang diuji positif COVID-19 perlu dikuarantin di kemudahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Wabak COVID-19 pertama kali merebak pada musim gugur 2019 di Wuhan, sebuah bandar di tengah China dengan 11 juta penduduk. Sebelum penutupan bandar pada 23 Januari 2020, lebih 5 juta orang telah meninggalkan Wuhan tanpa disaring untuk virus itu, menurut datuk bandar bandar ketika itu. Semasa penutupan awal China, PKC melarang perjalanan domestik, tetapi membiarkan perjalanan antarabangsa terbuka, bermakna sejumlah besar orang yang membawa virus itu dapat membiakkan penyakit itu ke seluruh dunia.

Gambar oleh Remo Casili/Reuters

Tiada keperluan ujian COVID-19 di seluruh Kesatuan Eropah (EU) untuk pengembara dari China

Itali juga menggesa negara-negara Kesatuan Eropah (EU) lain untuk mengikuti petunjuknya dengan mengenakan peraturan wajib menguji pelancong dari China untuk COVID-19. Bagaimanapun, negara-negara EU sama ada berkata mereka tidak perlu berbuat demikian buat masa ini atau mereka sedang menunggu pendirian bersama di seluruh EU, yang sebahagian besarnya merupakan blok tanpa sempadan.

Pada 29 Disember, Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah (ECDC) berkata ia menganggap “pemeriksaan dan langkah perjalanan ke atas pelancong dari China tidak wajar.”

Negara mengenakan keperluan ujian

Sebagai tindak balas kepada lonjakan kes COVID yang berterusan di China sejak awal Disember dan tindakan rejim komunis China menarik balik sekatan perjalanan antarabangsa secara tiba-tiba, kerajaan beberapa negara telah mengambil langkah untuk mencegah limpahan penularan wabak ke negara mereka.

Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida mengumumkan pada 27 Disember, setiap pelancong yang telah ke tanah besar China dalam tempoh tujuh hari yang lalu, dan semua pelancong yang merupakan penduduk dari tanah besar China, akan dikehendaki menjalani ujian COVID-19 sebaik tiba di Jepun, sambil menambah mereka yang didapati positif akan dikuarantin selama seminggu. Polisi ini akan berkuat kuasa pada 30 Disember.

Taiwan mengumumkan pada 28 Disember bahawa disebabkan wabak COVID-19 yang semakin memburuk di China dan tiada data berkaitan yang tersedia dengan tepat, negara itu akan mengenakan ujian COVID-19 untuk penumpang dari China mulai 1 Januari 2023.

Menteri Kesihatan India Mansukh Mandaviya berkata pada 24 Disember bahawa semasa kerajaan menilai kesediaannya untuk menangani penularan COVID-19, India akan mewajibkan pelancong dari China, Jepun, Korea Selatan, Hong Kong dan Thailand untuk memberikan bukti ujian negatif COVID-19.

Amerika Syarikat juga telah mengenakan keperluan ujian COVID-19 bermula pada 5 Januari, untuk semua pelancong dari China tanpa mengira kewarganegaraan atau status vaksinasi mereka.

Awal bulan ini, rejim komunis secara tiba-tiba membatalkan dasar sifar COVID yang kejam yang telah menjejaskan ekonomi China dan menyebabkan penderitaan melampau di kalangan ratusan juta yang mengalami sekatan sporadis sejak hampir tiga tahun lalu.

Gambar AP

Tetapi kekurangan persediaan sebelum menarik balik dasar itu telah mengakibatkan perkhidmatan kesihatan dan rumah mayat terharu di China, dan kekurangan ubat yang teruk di farmasi, ketika virus itu semakin menular ke seluruh negara.

Sean Lin, ahli virologi dan bekas pengarah makmal di cawangan penyakit virus Institut Penyelidikan Tentera Walter Reed, memberitahu The Epoch Times: “PKC tidak berkongsi data, dan masyarakat antarabangsa tidak tahu berapa banyak varian virus yang berbeza merebak di China, dan sama ada terdapat jangkitan kompaun lain.”

“Dalam keadaan sedemikian, adalah sangat tidak bertanggungjawab buat PKC untuk membiarkan rakyat keluar dari negara ini, yang merupakan kawasan wabak yang besar. Dalam erti kata lain, ia mempunyai tujuan yang sangat khianat dan sangat berniat jahat. Ia bergantung kepada bagaimana dunia bertindak balas terhadapnya,” katanya mengenai kemungkinan kebangkitan semula pandemik.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI