30 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaBerita UtamaIbu bapa pilu bawa pulang abu anak lelaki yang maut selepas menjadi...

Ibu bapa pilu bawa pulang abu anak lelaki yang maut selepas menjadi mangsa penipuan kerja dan didera di Myanmar

Abu mendiang Goi Zhen Feng yang berusia 23 tahun telah dibawa pulang oleh ibu bapanya ke Panorama Lapangan Akasia, Ipoh, Perak pada 16 September dan selamat disemadikan di Taman Memorial Papan pada 18 September lalu.

Menurut penyiasat, Zhen Feng adalah mangsa penipuan kerja dan cinta dalam talian yang mana mendiang telah terbang ke Thailand pada 19 Januari untuk bertemu “cinta” dalam talian itu.

Upacara pembakaran mayat telah dilakukan di hadapan ibu bapanya di Kuil Hin Kong di Si Racha, Thailand pada 15 September, lapor New Straits Times.

Gambar New Straits Times

Majlis doa selama dua hari telah diadakan oleh keluarga dan rakan Zhen Feng untuk memberikan penghormatan terakhir mereka.

Ibu bapanya, Goi Chee Kong dan Yang Fei Pin, menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila mendiang gagal pulang ke rumah hampir sebulan kemudian.

Zhen Feng memberitahu ibu bapanya sebelum meninggalkan Malaysia yang dia akan bertemu dengan seorang gadis yang menjalin hubungan dengannya secara dalam talian buat pertama kali, lapor South China Morning Post.

“Dia bertemu teman wanita dalam talian dan mereka akan bercakap melalui panggilan video,” kata Chee Kong.

“Kami tidak pernah melihat wajahnya tetapi kami mendengar suaranya … setiap kali kami masuk ke bilik dia akan keluar kerana dia malu atau sambungan internet tiba-tiba gagal,” tambahnya.

Zhen Feng telah berjanji dengan keluarganya yang dia akan pulang ke Malaysia pada 5 Februari, sehari sebelum hari lahir ibunya, tetapi dia tidak pernah muncul lagi untuk meraikan hari itu.

“Saya mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena,” kata Fei Pin.

“Anak lelaki saya akan sentiasa berada di sisi pada hari lahir saya,” tambahnya.

Mendiang Goi Zhen Feng. (Gambar SCMP)

Apabila Zhen Feng tiba di Thailand, dia telah ditahan dan diperdagangkan ke Myawaddy di Myanmar, sebuah bandar di mana ramai mangsa penipuan kerja dari Malaysia didakwa dibawa oleh ahli sindiket.

Pada 31 Mac, Zhen Feng menelefon ibu bapanya buat kali terakhir.

“Katanya dia memerlukan RM80,000 untuk rawatan perubatan. Kami mengesyaki dia pasti telah diugut,” kata Chee Kong.

“Dia terdengar seperti seorang yang sama sekali amat berbeza,” tambahnya.

Penculiknya dipercayai meletakkan mendiang Zhen Feng di hadapan sebuah hospital di Mae Sot, Thailand, sebuah bandar yang berkongsi sempadan dengan Myanmar, pada 11 April.

Bandar Mae Sot, Thailand yang bersempadan dengan Myanmar. (Gambar Thailand Discovery)

Apabila ditemui, tubuh badan Zhen Feng dipenuhi dengan lebam dan parut akibat penderaan selama berbulan-bulan yang terpaksa dialaminya.

Jururawat yang menjaga Zhen Feng cuba menghubungi keluarganya tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana dia didaftarkan di bawah “Mu Jun Hong”, nama palsu yang diberikan oleh penculiknya. Dia juga sakit amat teruk sehingga tidak berdaya untuk bercakap.

Ibu bapanya terbang ke Thailand pada 30 Ogos selepas menerima maklumat boleh bertemu dengan anak mereka di hospital di Mae Sot.

Bersama perasaan bimbang, ibu bapa Zhen Feng membawa sepasang kasut baru, satu set pakaian, dan topi untuknya. Sebaik sahaja tiba, mereka dimaklumkan bahawa Zhen Feng telah disahkan meninggal dunia pada 11 Mei, dan telah dikebumikan di Si Racha di wilayah Chonburi dengan nama palsu.

“Kami pergi ke Bangkok, dengan harapan dapat membawanya pulang ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, kami dimaklumkan dia meninggal dunia pada jam 2 pagi pada 11 Mei. Doktor percaya anak saya telah didera sebelum ditinggalkan di hospital untuk rawatan pada 11 April,” kata Chee Kong kepada Bernama pada 4 September.

Keluarga Zhen Feng yang pilu terus memohon untuk proses menggali semula kubur bagi menjalankan ujian DNA. Proses itu termasuk upacara pembakaran mayat memakan perbelanjaan kira-kira RM40,000 dengan keluarga mangsa terpaksa memohon bantuan bagi mengumpul dana orang ramai.

Pada 11 September, keputusan ujian DNA diumumkan dan pihak berkuasa Thailand mengesahkan bahawa si mati ada pertalian darah dengan keluarga yang menuntut menerusi perbandingan dengan Chee Kong adalah 99.99% bapa kandung mangsa, lapor The Sun Daily.

Dalam sidang media terbaru, ibu bapa mendiang Zhen Feng menyeru agar kerajaan Malaysia berusaha membawa pulang kesemua mangsa penipuan lain sebelum terlambat.

Ibu bapa Goi Zhen Feng. (Gambar New Straits Times)

“Saya berharap kerajaan menyelamatkan mangsa lain di Myanmar dan Kemboja kerana ini bukan sahaja melibatkan kesakitan peribadi mangsa tetapi juga ibu bapa dan keluarga mereka,” kata Goi Chee Kong memetik Malaysiakini.

“Mereka (keluarga) berasa sakit hati, panik dan tekanan mental. Detik yang berlalu terasa seperti bertahun-tahun. Setiap kali saya memikirkan kesengsaraan keluarga, air mata saya secara automatik mengalir,” katanya.

Chee Kong menambah, “Saya harap anak saya adalah mangsa pertama dan terakhir rakyat Malaysia yang meninggal dunia akibat penipuan ini.”

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI