25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaNasionalLetusan gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, satu fenomena biasa...

Letusan gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, satu fenomena biasa tetapi jarang berlaku di Sabah

Satu fenomena alam jarang berlaku di Malaysia iaitu ‘letusan’ gunung berapi lumpur menjadi tular di media sosial pada 18 September lalu. Kejadian dikatakan luar biasa oleh mereka yang tidak biasa melihatnya itu telah berjaya dirakam seorang pemandu pelancong yang secara kebetulan terserempak dengannya ketika berada di Taman Hidupan Liar Tabin, di Lahad Datu, Sabah.

‘Letusan’ gunung berapi lumpur atau mud volcano setinggi enam meter itu disahkan telah berlaku pada jam 10.05 pagi 18 September di Taman Hidupan Liar Tabin, apabila kelihatan video yang memaparkan lumpur membuak dan melimpah dalam jumlah yang banyak selepas letusan.

Facebook

Perkongsian video oleh Hamit Suban yang ketika itu sedang membawa sekumpulan pelancong asing dari Amerika Syarikat, juga telah membawa kejutan selain rasa panik dan bertuah melihat letusan gunung berapi lumpur yang berlaku hampir 25 minit itu.

Mengulas kejadian berkenaan, Hamit Suban berkata kepada Sinar Harian, “Kami dalam program pertama melawat kawasan mud volcano. Sebaik menaiki menara pemerhati untuk melihat burung dan haiwan lain yang berada di lokasi, kami mendengar dentuman kuat dan mendapati berlaku letusan lumpur di kawasan itu.”

Facebook

Muat naik video itu kemudian telah mendapat perhatian ramai di Facebook yang masing-masing menyatakan rasa takjub dengan fenomena alam semula jadi berkenaan.

Ada kalangan mereka mengaitkan fenomena itu berlaku dengan kejadian gempa bumi yang kini sudah biasa berlaku di Sabah terutama gempa bumi magnitud 5.9 skala Richter yang berlaku di Gunung Kinabalu pada tahun 2015.

Walau bagaimanapun, menurut pakar geologi Sabah Prof. Dr Felix Tongkul kepada Harian Metro, fenomena letusan gunung berapi lumpur adalah perkara biasa yang berlaku apabila tekanan lumpur dalam bumi meningkat dan perlu dilepaskan.

Facebook

“Keadaan ini berulang bila tekanan terkumpul pada sesuatu masa tertentu. Kejadian gunung berapi lumpur seperti ini lebih aktif apabila berlaku gempa bumi,” katanya.

Menurut Prof. Felix, kewujudan gunung berapi lumpur bukan sesuatu yang baharu di Sabah. Malahan, selain di Tabin, ia juga boleh ditemui di daerah lain iaitu yang paling popular di Taman Pulau Tiga, Kuala Penyu. Pulau Tiga menjadi tarikan pelancongan di Sabah kerana ia terbentuk hasil daripada letusan gunung berapi lumpur pada tahun 1897 berikutan gempa bumi di Mindanao, Filipina.

Facebook

Selain kawasan lain yang wujud gunung berapi lumpur iaitu Kampung Tanjung Aru, Menumbok dan Kampung Tenambak di Kunak.

Taman Hidupan Liar Tabin terletak kira-kira 50 kilometer di timur laut Lahad Datu di Semenanjung Dent, Sabah. Pusat pemuliharaan seluas kira-kira 122,539 hektar ini sering menjadi tumpuan pengunjung setiap tahun untuk melihat pelbagai spesies burung dan haiwan liar seperti gajah Asia, badak sumbu Sumatera dan tembadau secara dekat.

Facebook

Sejak puluhan tahun lalu, gunung berapi lumpur aktif di lokasi itu mengeluarkan lumpur panas yang dipercayai bercampur bahan mineral berkhasiat termasuk sulfur dan telah merebak ke kawasan sekeliling.

Jika dikorek, ia akan membentuk takungan berlumpur dan boleh dijadikan lokasi mandi lumpur kepada mereka yang mempercayai kebaikan mandi lumpur untuk kecantikan kulit dan rawatan penyakit kulit.

Tonton video di sini.

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI