25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaBerita UtamaEmpat pelajar selamatkan bayi yang dibuang dalam keadaan masih bertali pusat dan...

Empat pelajar selamatkan bayi yang dibuang dalam keadaan masih bertali pusat dan berdarah

“Selalu dengar dari berita kes buang bayi, harini experience sendiri kes bayi yang dibuang. Sumpah sepanjang dengan baby ni sebak, nangis, sedih, marah, kecewa semua ada. Tolonglah bertanggungjawab for your actions even if it’s a mistake”. Begitulah luahan Nisa Rina IV salah seorang daripada empat pelajar UPSI yang telah menyelamatkan bayi yang dibuang di tepi kedai. Sungguh mengejutkan kerana bayi tersebut ditemui dalam keadaan masih bertali pusat dan berdarah.

NISA RINA IV

Kejadian berlaku pada awal pagi apabila rakan pelajar-pelajar UPSI yang bekerja di sebuah kedai memberitahu bahawa dia ternampak seorang bayi yang dibuang di tepi kedai. Memandangkan tiada siapa yang berada di situ, mereka terus menghubungi pihak berkuasa untuk melaporkan kes buang bayi tersebut.

Mereka menyangka bayi yang masih bertali pusat dan berdarah tersebut telah meninggal dunia kerana dihurung lalat. Namun, mereka bertambah terkejut apabila melihat bayi tersebut bergerak-gerak ketika mereka duduk mendekati bayi berkenaan.

15 minit selepas panggilan dibuat, anggota polis tiba di lokasi kejadian diikuti felow kawasan.

30 minit kemudian, ambulans pula tiba dan jururawat bergegas untuk memeriksa keadaan bayi tersebut. Jururawat yang bertugas menepuk-nepuk belakang bayi agar bayi tersebut menangis. Keadaan bayi tersebut sangat lemah. Bayi tersebut terus dikejarkan ke hospital.

NISA RINA IV

Menceritakan pengalaman ngeri tersebut, Nisa dan rakan-rakannya berasa sedih, sebak, dan menangis mengenangkan nasib bayi yang tidak berdosa itu.

Apatah lagi ketika ditemui, badan bayi tersebut berpasir dan berdarah bekas daripada air ketuban. Malah, lebih menyedihkan kerana bayi itu sudah mula membiru dengan tali pusat yang masih melekat di pusatnya. Mereka mengandaikan bahawa bayi tersebut dibuang pada awal pagi sekitar jam enam hingga tujuh pagi.

NISA RINA IV

Ketika menunggu pihak berkuasa tiba, pelajar-pelajar tersebut turut ditemani dan dibantu oleh pemandu bas UPSI serta beberapa orang awam lain. Namun, mereka hanya mampu menyelimuti bayi tersebut dan tidak berani melakukan apa-apa kerana bimbang bahan bukti hilang.

Menurut Nisa, bayi tersebut ialah bayi perempuan yang dilahirkan dengan berat 3.12 kilogram.

Walaupun masih lagi terkejut dan sedih, mereka bersyukur kerana ada orang yang bersedia untuk menjadikan bayi tersebut sebagai anak angkat mereka.

Meskipun semuanya telah selesai, pengalaman pahit ini mendatangkan kesan pada emosi empat pelajar tersebut. Mereka terkejut, teringat dan terbayang-bayang akan bayi yang dibuang tanpa belas kasihan itu.

Mereka berasa kecewa, geram dan marah kerana masih ada lagi orang yang tidak bertanggungjawab sehingga sanggup membuang bayi begitu sahaja.

Jenayah buang bayi di Malaysia masih lagi berleluasa.

Ini kerana, menurut Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner (ACP) Siti Kamsiah Hassan, berdasarkan statistik PDRM, sekurang-kurangnya purata 10 kes buang bayi dilaporkan dalam tempoh sebulan sejak empat tahun lalu bermula 2018 hingga 2021.

128 kes buang bayi dilaporkan pada tahun 2018, 125 kes pada tahun 2019, 104 kes pada tahun 2020 dan 86 kes pada tahun 2021 menjadikan jumlahnya ialah 443 kes. Menurut Siti Kamsiah, biarpun terdapat penurunan kes namun ia tidak ketara malah tetap tinggi dengan kira-kira purata 10 kes dalam sebulan.

Daripada 443 kes tersebut, 149 bayi yang ditemui masih hidup manakala 294 bayi lagi sudah meninggal dunia. Daripada itu, dilihat 141 kes membabitkan janin manakala 302 lagi adalah bayi baharu lahir. Mengikut rekod bagi tempoh yang sama, 141 bayi yang dibuang itu adalah bayi lelaki, 114 bayi perempuan dan 188 lagi tidak diketahui jantinanya.

Kata Siti Samsiah lagi, berdasarkan rekod siasatan PDRM, kes buang bayi ini terjadi kerana faktor pertama kehamilan luar nikah di mana pelaku terlibat dengan seks di luar perkahwinan sehingga menyebabkan mengandung, tidak bersedia serta tanpa pengetahuan keluarga.

Tambah Siti Samsiah lagi, bayi dibuang di tempat yang diyakini tiada orang atau rakaman kamera litar tertutup (CCTV) agar bukti dapat dilupuskan terus.

Statistik PDRM bagi tempoh 2018 hingga 2021 menunjukkan tempat pembuangan bayi paling tinggi direkodkan adalah di kawasan rumah iaitu sebanyak 178 kes, diikuti tempat pembuangan sampah sebanyak 31 kes, loji, longkang dan kumbahan (31), dalam tandas (30), masjid dan surau (29), tepi kedai, bangunan dan pejabat (26) serta tepi jalan (21).

Siti Samsiah meluahkan rasa bimbang kerana biarpun jenayah buang bayi ini adalah yang terendah dalam kalangan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), ia tidak wajar dipandang ringan kerana perbuatan tersebut mengancam nyawa insan kecil yang tidak berdosa.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI