Kita sentiasa diingatkan untuk berbelanja mengikut kemampuan dan tidak terlalu menurutkan keinginan. Bagi kebanyakan orang, hidup berhemat bermakna mengekalkan semua perkara dengan rasa rendah diri. Tetapi itu tidak bermakna ketika meraikan perayaan, hari lahir dan kehidupan yang biasa-biasa, ia tidak boleh dipenuhi dengan rasa cinta dan kasih sayang.
Halaman Facebook 經典語錄 berkongsi gambar momen bermakna pasangan bapa dan anak lelakinya yang duduk di restoran makanan segera untuk meraikan hari lahir budak lelaki itu.
Tanpa disangka usaha bapa itu yang bersungguh menggembirakan anaknya rupa-rupanya mendapat kecaman kerana gambar itu bukanlah satu sambutan hari jadi yang menggembirakan para netizen.
Saat itu amat menyentuh hati dan sangat manis untuk dilihat apabila duo bapa dan anak lelaki meraikan hari yang amat bermakna buat mereka, tetapi ramai pula netizen mempunyai pendapat lain dalam fikiran, yang seakan tidak nampak isi utama.
Hantaran di laman Facebook itu berkata, “Beberapa hari lalu, seseorang melihat seorang bapa dan seorang anak lelaki di sebuah restoran makanan segera. Kek strawberi kecil diletakkan di atas meja, dan lilin diletakkan dengan berhati-hati. Anak lelaki itu telah merapatkan tangannya bersama-sama, menutup mata dan membuat hajat sebelum meniup lilin. Bapa itu duduk di hadapannya, mengambil gambar anak kesayangannya dengan telefon.”
“Ia adalah satu adegan yang amat menyentuh hati, tetapi ada yang memberi komen menuding jari, menganggap terlalu buruk untuk meraikan hari jadi seperti ini, dengan membawa anak anda makan makanan segera pada hari lahirnya,” komen seorang netizen.
“Kek itu terlalu kecil, jangan beli jika tidak mampu. Apa yang kamu fikirkan, mahu dia mewarisi gaya hidup yang sama seperti kamu?” komen seorang netizen dengan nada angkuh.
Dan pendapat paling melampau, “Jika ia sangat sukar, anda tidak sepatutnya melahirkan dia,” yang pada dasarnya mengatakan seorang bapa tidak patut mempunyai anak jika dia tidak kaya.
Tetapi, adakah wajar mengeluarkan komen yang kesat ke atas bapa ini?
“Bapa yang berpakaian sederhana ini cuba sedaya upaya untuk memberikan anaknya hadiah terbaik mengikut kemampuannya, jadi mengapa mengkritik?”
“Kami sudah biasa melihat dunia kayangan dari sudut pengalaman terhad kami sendiri dan membuat andaian tentang perkara yang tidak dapat diketahui. Saya tersilap membuat andaian kerana saya sudah biasa melihat metropolis yang sibuk, semua orang mempunyai keadaan hidup yang kaya dan mewah seperti saya. Berapa ramai individu yang pada hakikatnya, menghabiskan seluruh hidup mereka berjuang walaupun untuk kelangsungan hidup yang paling asas?” menurut hantaran Facebook itu lagi.
Akhirnya, untuk menjadi orang yang lebih baik dan mempunyai sifat kemanusiaan adalah meletakkan diri anda dalam kedudukan orang lain menurut latar belakang dan gaya hidup yang berbeza, tambahnya.
“Untuk menjadi seorang yang berilmu bukan sahaja melihat golongan atasan dunia anda yang makmur dan kaya-raya, tetapi juga melihat kemiskinan dan dasar dunia. Jika anda tidak melihat yang terakhir, ia dianggap kejahilan. Sebelum mengkritik orang lain, fahami dahulu satu perkara: sesetengah orang, yang baru hidup bertahan, sudah melakukan yang terbaik,” jelas mereka.
Kritikan dan kecaman itu perlu diketepikan, yang paling penting berbanding pendapat orang lain yang tidak memahami ialah budak lelaki itu menghargai usaha dan kehadiran seorang insan yang digelar bapa tersayang dalam hidupnya, yang merupakan satu-satunya perkara terpenting.
Sambutan hari lahir di restoran makanan segera berbanding makan malam terlalu mahal yang kita tidak mampu, berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa. Ini adalah perkara biasa yang para pengkritik itu tidak biasa.
Mengapa perlu mengambil perhatian akan perasaan dan pemerhatian orang lain untuk kita mengikut standard mereka. Setiap orang sepatutnya perlu menjaga hal diri sendiri dan apa salahnya membiarkan orang lain bergembira dengan kemampuan mereka.