25.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024
UtamaGaya Hidup“Buta hurufkah?” Pengunjung pusat beli-belah tidak endah papan tanda dan rosakkan model...

“Buta hurufkah?” Pengunjung pusat beli-belah tidak endah papan tanda dan rosakkan model Lego cetus kemarahan warganet

Baru-baru ini, Sunway Carnival Mall telah membina model Lego “I Love Sunway Carnival Mall” di tengah-tengah pusat membeli-belah itu untuk pengunjung dan pelanggan mengambil gambar, sambil notis “Jangan bersandar dan mengalihkan blok Lego” juga diletakkan. 

Tetapi masih terdapat sebilangan besar pengunjung yang menganggap dekorasi blok kreatif Lego itu sebagai taman hiburan Lego, lalu mereka membongkar model Lego asal seperti bermain permainan di rumah sendiri.

Instagram

Beberapa warganet telah memuat naik di media sosial gambar para pengunjung berkenaan yang menganggap lokasi meletakkan dekorasi itu sebagai taman hiburan Lego. Boleh dilihat bukan sahaja terdapat kanak-kanak yang bermain, malahan orang dewasa juga membongkar dan membina semula blok Lego.

Sambil sesetengah orang dewasa yang lain berdiri dan membiarkan anak-anak mereka berseronok bermain di tempat kejadian, yang mencetuskan kemarahan ramai warganet.

Facebook

Difahamkan model kreatif Lego itu adalah sebahagian daripada acara “Snap & Win” di Sunway Carnival Mall baru-baru ini, bagi membolehkan pelanggan memuat naik gambar mereka di hadapan blok Lego itu dengan perkataan pada model, dan penganjur akan memilih dalam kalangan peserta acara tersebut untuk mengumumkan pemenang.

Ia disusun sebagai dekorasi pameran dan tujuan acara bagi membolehkan pelanggan mengambil gambar.

Acara itu bermula pada 13 Ogos lalu dan model itu diletakkan di tengah-tengah dataran pusat beli-belah bagi membolehkan pelanggan mengambil gambar pada hari itu. Bagaimanapun, seseorang menunjukkan di Facebook pada petang itu yang segelintir pengunjung telah mengabaikan papan notis pihak pengurusan dan mengalihkan Lego itu sendiri. Model itu dibongkar dan dimainkan sehingga berserakan serta dialihkan.

Facebook

“Model Lego pada asalnya digunakan oleh mall untuk publisiti dan hadiah, tetapi anda lihat orang-orang ini. Saya sangat kasihan dengan kakitangan, yang terpaksa membina Lego itu kembali kepada bentuk asal selepas waktu bekerja..” kecam pengguna Facebook itu.

Kalangan warganet juga menegaskan pihak pengurusan telah meletakkan notis di laman web “Jangan bersandar, alih atau pindahkan model Lego”, tetapi masih terdapat ramai orang yang “buta huruf” dan menganggap model Lego itu sebagai taman hiburan Lego.

Facebook

Walau bagaimanapun, sesetengah warganet membuat spekulasi mungkin seseorang mengalihkan blok Lego dari awal, dan orang lain mengikutinya atas sebab yang tidak diketahui, dan akhirnya berkembang menjadi sebegini rupa.

Sementara yang lain berkata model itu diletakkan di tengah-tengah pusat beli-belah dengan tulisan yang jelas dan ia juga bukan taman permainan, tambah lagi dengan terdapatnya papan tanda notis seperti itu, sesiapa yang agak waras akan tahu itu bukan tempat bermain, jadi mereka berasa tidak faham dengan sikap orang-orang seperti ini.

Instagram

Lebih mengecewakan, ada kalangan warganet yang mencemuh dan menuduh perilaku mereka yang bermain Lego dan tidak faham bahasa itu adalah daripada golongan B40.

Dilaporkan kakitangan pusat membeli-belah berkenaan kemudian membina kembali Lego kepada keadaan asal dan meletak penanda serta penghadang mengelilingi dekorasi Lego itu bagi menghalang orang ramai daripada mendekati untuk menyentuh, tetapi sekadar tujuan bergambar.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI