30.9 C
Kuala Lumpur
Monday, October 7, 2024
UtamaKesihatanTidak kunyah betul cendawan Enoki sebabkan perut tersumbat teruk lalu doktor ini...

Tidak kunyah betul cendawan Enoki sebabkan perut tersumbat teruk lalu doktor ini kata, “Pembedahan tak perlu, hanya pergi beli Coke!”

Siapa suka Coke? Bagi kebanyakan orang, ramai yang mempunyai hubungan cinta dan benci dengan Coke. Kerana Coke atau Coca-Cola itu bukanlah minuman yang menyihatkan tetapi kadang-kadang ramai juga yang masih mengidamkannya.

Sungguhpun meminum air Coke secara berlebihan boleh memudaratkan kesihatan, tetapi seorang doktor yang berpangkalan di Johor Bahru telah memuat naik satu hantaran di media sosial yang berkongsi pengalaman seorang pesakit wanita, yang bertuah kerana tidak perlu menjalani pembedahan selepas meminum Coke sebagai cara rawatannya.

Gambar Hiasan / Pixabay

Akhirnya, sebab yang sah untuk minum Coke telah dijumpai!

Doktor Chee Fah Chia telah berkongsi di Facebook beberapa bulan lalu mengenai kes seorang pesakitnya berusia 35 tahun, yang telah menelan cendawan Enoki tanpa mengunyah dengan betul sehingga mengakibatkan halangan gastrousus.

Tetapi, akhirnya beliau mendedahkan pesakit itu berjaya meleraikan penyumbatan dalam ususnya dengan meminum Coke!

Chee Fah Chia / Facebook

Hantaran Dr Chee Fah Chia adalah seperti berikut:

Alkisah Coke

Wanita berusia 35 tahun mengalami sakit perut yang teruk, walaupun selepas menelan ubat penahan sakit yang paling kuat (NSAID dan  Morphine). Ubat penahan sakit itu hanya berjaya melegakan kesakitannya selama beberapa jam dan kesakitannya berulang semula selepas itu.

Kami melakukan imbasan dan mendapati ususnya tersumbat teruk. Selepas disoal lebih lanjut, dia memberitahu kami yang dia sedang menikmati masakan Korea dengan makan cukup banyak cendawan Enoki. Katanya, dia tidak mengunyahnya dan hanya terus menelan. Jadi, puncanya ialah cendawan Enoki!

Gambar Hiasan / Pixabay

Dalam keadaan ini, biasanya saya akan menasihati pesakit untuk menjalani pembedahan invasif. Tetapi, yang ini saya hanya memintanya untuk membeli Coke sebagai gantinya. Dua hari kemudian, ususnya dibersihkan dan dia kembali pulih dengan sepenuhnya seperti sedia kala. 

Syukurlah! Hantaran Dr Chee telah mendapat pelbagai reaksi dan komen pengguna Facebook:

Sesetengahnya baru mengetahui melalui hantaran itu tidak mengunyah cendawan Enoki dengan betul boleh menyebabkan halangan gastrousus/ gastric phytobezoar sehingga menyebabkan perut tersumbat. 

Doktor itu menjelaskan, situasi seperti ini biasanya berlaku kepada warga emas atau mereka yang menggunakan gigi palsu. Jarang berlaku kepada orang muda.

Gambar Hiasan / Pixabay

“Saya baru sahaja hendak memasukkan cendawan Enoki saya untuk steamboat semasa membaca hantaran anda,” komen seorang netizen.

“Oh tidak! Harga cendawan Enoki akan turun dan harga saham Coca-Cola mungkin akan meningkat..” tulis seorang lagi.

Gambar Hiasan / Pixabay

Manakala seorang yang lain mengingatkan semua, tidak semua syarat sakit perut boleh dengan hanya meminum Coke sebagai cara untuk melarutkan sumbatan usus itu, terutamanya bagi mereka yang mempunyai penyakit batu karang, anda mungkin lebih memburukkan lagi keadaan.

Apa-apa pun, yang penting anda perlu mendapatkan nasihat doktor yang pakar di hospital apabila mengalami kesakitan yang teruk. Minum Coke ini hanya sebagai salah satu cara rawatan selepas mendapat nasihat doktor.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI