27.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 30, 2022

INSPIRASI ANDA SETIAP HARI

UtamaKesihatanKetahui punca lumpuh muka dan kaedah rawatannya

Ketahui punca lumpuh muka dan kaedah rawatannya

Maklumat dan kandungan sumbangan Pakar Perubatan Huang Jingren, Hospital Perubatan Tradisional Cina Taipei (disunting dan dikemaskini oleh Azian Basri)

Masalah lumpuh muka perlu diambil perhatian. Ini kerana apabila berlaku pergerakan otot muka yang terhad menyebabkan mulut dan mata menjadi tidak simetri atau senget.

Lumpuh muka ditakrifkan sebagai kehilangan sebahagian atau semua pergerakan sukarela otot muka. Keadaan ini terjadi kerana kerosakan sementara atau kekal saraf fasial.

Penyanyi Justin Bieber mendedahkan kesukaran untuk mengunyah makanan selepas mengalami lumpuh muka akibat sindrom Ramsay Hunt dan mengumumkan terpaksa membatalkan konsert jelajah Justice World Tour pada 11 Jun 2022. (Tangkap skrin ihsan @justinbieber/Instagram)

Lumpuh muka biasa berlaku pada sebelah muka sahaja, tetapi boleh juga melibatkan kedua belah muka, atau bahagian bawah muka.

Punca yang boleh membuatkan seseorang mengalami lumpuh muka, antaranya demam berpanjangan lebih seminggu, darah tinggi, stres dan tidak cukup rehat, banyak berfikir, kolestrol tinggi dan sakit dalam perut.

Lumpuh muka adalah penyakit yang dicirikan oleh mulut dan mata kelihatan terjatuh atau condong ke bawah di satu sisi muka, yang dipanggil sisihan mulut dan mata dalam Perubatan Tradisional Cina. Secara klinikal dibahagikan kepada dua jenis: pusat dan sisi (periferal):

a) Lumpuh muka pusat

Annals of Emergency Medicine

Yang utama diakibatkan oleh serangan jantung iskemik, dan pendarahan otak yang disebabkan oleh tekanan intrakranial.

Berlaku dengan kaitan kemalangan serebrovaskular atau strok, kecederaan otak traumatik, barah otak dan jangkitan kuman.

Lumpuh otot muka berlaku di bahagian bawah muka, yang tidak menjejaskan otot dahi dan mata.

b) Lumpuh muka sisi (periferal)

Annals of Emergency Medicine

Juga dikenali kelumpuhan atau kelemahan otot di bahagian sebelah sisi muka dalam perubatan Barat, paling biasa dilihat pada gejala Bell’s Palsy. Ia boleh berlaku dalam mana-mana kumpulan umur, dan kebanyakannya adalah pesakit berumur antara 20 hingga 40 tahun. 

Berlaku akibat kecederaan saraf fasial di kawasan muka tanpa punca diketahui yang boleh menyebabkan kelemahan otot ekspresi wajah dan kelopak mata tidak dapat ditutup dengan rapat pada sebelah muka yang terlibat, namun boleh pulih dalam jangka masa 14 hari sehingga 6 bulan.

Ia juga disebabkan oleh keradangan bukan luka diakibatkan oleh virus herpes simplex, seperti Sindrom Ramsay Hunt.

Pinterest

Lain-lain punca lumpuh muka adalah akibat kencing manis dan darah tinggi, penyakit jangkitan telinga pada bahagian tengah, lesi di dasar tengkorak, trauma kelahiran bayi, lesi pada kelenjar parotid, trauma pada cabang saraf fasial dan kecederaan saraf fasial semasa suntikan bius setempat di rahang bawah.

Permulaan lumpuh muka biasanya muncul tiba-tiba yang mungkin teruk, dan sesetengah pesakit mengalami sakit pada dalam dan belakang telinga, telinga berdesing, kepekaan pada bunyi, sehingga boleh hilang pendengaran seketika serta sakit di belakang leher yang dialami beberapa hari sebelum berlaku lumpuh muka.

1) Simptom otot muka pada permulaan awal lumpuh muka adalah seperti berikut:

  • Senyuman, pertuturan dan keupayaan untuk meniup biasanya terjejas
  • Otot muka terasa berat atau menjadi lemah
  • Muka terasa tegang dan ditarik ke sebelah muka yang sihat semasa tersenyum
  • Muka kelihatan tidak simetri atau tidak sekata
  • Ketidakupayaan untuk menunjukkan ekspresi wajah
  • Kesukaran ketika makan dan minum
  • Kesukaran mengawal pengeluaran air liur atau air liur meleleh
  • Tidak boleh bercakap dengan jelas atau lidah terasa kebas 
  • Mata tidak boleh ditutup rapat, menjadi kering atau berair
  • Kontraksi otot yang berulang-ulang
Pinterest

2) Perkembangan lumpuh muka pada peringkat awal dalam kebanyakan kes

Apabila membasuh muka pada waktu pagi, didapati sebelah garisan dahi menjadi lebih ringan atau hilang, mata sukar ditutup rapat, sudut mulut senget di bahagian kerosakan saraf berlaku, sudut mulut di atas bahagian yang terjejas tidak boleh dikawal apabila berkumur atau air liur meleleh semasa memberus gigi. 

Apabila makan, makanan sering tertinggal di celah gigi dan di sebelah bahagian otot terjejas. Mereka yang mempunyai rasa sakit lebih serius mungkin mengalami sakit muka sebelah sisi, menjadi terlalu sensitif kepada bunyi, dan menyedari kehilangan deria rasa. 

Penyakit ini biasanya memuncak dalam masa 3 hingga 4 hari, dan beransur pulih selepas seminggu. Sesetengah pesakit dengan lumpuh muka mungkin disertai dengan sakit pada dalam dan belakang telinga serta rasa sakit kepala atau pening.

Onlymyhealth

3) Selepas mengalami lumpuh muka, perhatian khusus harus diberikan kepada penjagaan harian, terutamanya diet pemakanan.

1. Tambahan kalsium

Kalsium yang bermanfaat untuk tulang juga menggalakkan fungsi otot dan saraf muka yang normal. Jadi makanan tambahan dengan kalsium adalah sangat penting. Kekacang, sayuran hijau, kuning telur, rumpai laut, bijan, buah-buahan, lobak merah, produk tenusu, dan lain-lain kaya dengan kalsium.

Pexels

2. Tambahan vitamin B

Menambah unsur makanan kumpulan vitamin B juga merupakan perkara yang perlu diberi perhatian seperti B1, B2, B12. Makanan kaya vitamin B adalah seperti ketumbar, tomato, kundur, tembikai, timun, betik, epal, nanas, pir, pic, tembikai, aprikot, pisang kaki dan anggur. Vitamin B membantu penyembuhan penghantar sel otak lebih baik.

Pexels

3. Makan lebih banyak sayur-sayuran segar dan produk soya

Diet perlu dengan makanan lebih banyak sayur-sayuran segar, bijirin dan kekacang seperti produk kacang soya. Pilih makanan dengan menambah labu, jagung, bawang, daging tanpa lemak, buah hawthorn, rumpai laut, jujube, peria, petola, kundur, timun, tembikai susu, dan pisang.

Pexels

4. Elakkan makanan berlemak, manisan dan berminyak, juga terlalu masin yang merangsang panas badan, sakit tekak dan batuk.

Kurangkan pengambilan makanan dan minuman manis. Juga elakkan terlalu banyak sos dan jeruk.

Pexels

5. Elakkan makanan mentah, sejuk dan pedas

Seperti makanan bercili, makanan periuk panas dan pedas, teh pekat, dan daging kambing. Juga elakkan makanan sejuk, tinggi lemak dan kalori. Jangan merokok dan minum minuman keras.

Pexels

Kaedah rawatan Perubatan Tradisional Cina untuk lumpuh muka

Lumpuh muka adalah salah satu penyakit dominan yang diiktiraf oleh bidang akupunktur. Terapi akupunktur kini merupakan kaedah pilihan yang selamat dan berkesan untuk rawatan penyakit ini. Lebih awal masa rawatan diambil, lebih baik untuk sembuh. Akupunktur boleh digunakan untuk merawat penyakit lumpuh muka.

Dalam Perubatan Tradisional Cina, penyakit lumpuh muka seperti Bell’s Palsy boleh dirawat dengan menggunakan kombinasi herba dan akupuntur. Di peringkat permulaan, pengamal perubatan cina akan mempreskripsi formulasi herba untuk merawat jangkitan kuman atau virus.

HealthCMi

Kemudian pesakit akan diberikan formulasi herba untuk membaiki dan mempercepatkan pemulihan saraf dan otot muka. Dan pada masa sama pesakit perlu menjalani rawatan akupuntur untuk melancarkan perjalanan darah dan Qi ke otot muka bagi menguatkan otot muka.

Pesakit perlu memahami tempoh emas rawatan kerana ia perlu seawal mungkin, dengan memberi perhatian ketika memastikan muka sentiasa hangat, mengelakkan rangsangan angin dan kesejukan seperti jangan terdedah terlalu lama dalam penyaman udara dan angin sejuk dari kipas, memberi lebih perhatian untuk berehat, tidak berjaga lewat malam, merawat keletihan, juga mengekalkan mood selesa demi memastikan imuniti diri sendiri. 

5jong9/Instagram

Pakar Perubatan Huang Jingren, Hospital Perubatan Tradisional Cina Taipei

Perubatan Tradisional Cina Taipei TCM Medical Centre

Alamat: No. 7, Jalan 2/33B, MWE Commercial Park, Batu 6 1/2 Off Jalan Kepong, 52000 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel:+603-62599698 / 03-62599699

Emel:

[email protected]

Maklumat lanjut:

www.taipeitcm.com 

www.facebook.com/TaipeiTCM

Waktu operasi :

Isnin hingga Sabtu : 9 pagi – 7 malam

Ahad : 9 pagi – 4 petang

(Tutup pada hari cuti am)

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

TREN TERKINI