Mesin permainan anak patung kanak-kanak (K.B. Fun) atau ‘Claw Machine’ atau yang seumpamanya adalah termasuk dalam kategori perjudian (al-Maisir), dan hukumnya haram, demikian jelas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
Katanya menerusi hantaran di Facebook, ini kerana terdapat unsur pertaruhan melibatkan wang yang mana jika berjaya, pemainnya akan memperolehi barang di dalam mesin tersebut dan jika gagal mereka akan kerugian wang.

Satu bentuk pertaruhan iaitu satu pihak akan mendapat keuntungan dan satu pihak lagi akan kerugian adalah dilarang oleh syara’, katanya.
Perkara tersebut telah ditetapkan menerusi fatwa yang diperakukan dalam Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis pada 22 Mac 2021.

Ia juga dilihat mempunyai unsur penipuan dan memperdayakan kanak-kanak untuk tujuan keuntungan, katanya.
Malah beliau turut menitip pesan agar umat Islam di negeri Perlis hendaklah menjauhkan diri daripada terlibat dengan permainan pertaruhan di mesin seumpama itu kerana ia termasuk di dalam dosa besar.

Dalam pada itu, beliau berkata seorang Muslim juga tidak boleh membantu menguruskan mesin perjudian berkenaan kerana ia termasuk memakan harta secara batil.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: