Ramai juga yang mula menjadi takut menggunakan pemanas air di rumah selepas tular berita sepasang suami isteri yang ditemui maut dipercayai terkena renjatan elektrik di dalam bilik air di rumah mereka di Taman Puncak Teringkap, Cameron Highland.
Siasatan awal menemui kesan terbakar di tapak tangan isteri yang dipercayai terkena arus elektrik ketika cuba membantu suaminya yang sedang menggunakan pemanas air ketika kejadian.
Maka terdapat beberapa perkongsian di media sosial tentang bagaimana untuk menggunakan pemanas air dengan betul.
Antaranya perkongsian pengguna Twitter @arepkasim, yang berkata apabila rumah anda terdapat pemanas air, pastikan setiap minggu anda menekan ‘ELCB test’ pada pemanas air tersebut untuk melihat sama ada ia boleh terjadi ‘trip’ atau tidak. Kebanyakan kes seperti ini disebabkan oleh ELCB yang tidak berfungsi.
Jangan lupa juga untuk tekan ELCB di kotak fius utama rumah anda dalam masa dua minggu atau setiap sebulan sekali bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.
ELCB atau Earth Leakage Circuit Breaker berfungsi apabila terdapat litar pintas, perkakas elektrik yang mempunyai arus elektrik yang bocor akan trip.
Bagaimana untuk memastikan ia selamat digunakan?
Jika ia tidak berfungsi bila anda tekan, ia tidak akan trip atau menjadi kosong. Wajib diganti kerana ia boleh terbakar disebabkan oleh high amp, kabel menjadi panas dan akan mencair disebabkan tiada tripping.
Bagaimana air boleh ada arus elektrik?
Ini disebabkan oleh tabung air dalam pemanas air adalah tembaga. Air dipanaskan di dalam tabung air tembaga itu dan kemudian baru keluar ke pancuran air. Tembaga dan air adalah bahan pengalir elektrik, sekiranya ia mengalami kebocoran, maka akan terjadi kejadian terkena renjatan elektrik seperti yang dialami mangsa.
Adalah diharapkan pengguna yang mempunyai pemanas air di rumah lebih peka dan lakukan langkah keselamatan seperti yang dikongsikan @arepkasim.
Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times
Pilihan Editor: