26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaGaya Hidup“Makan ikan mewah lima angka?” Lelaki tersangkut tulang ikan terpaksa bayar RM14,000...

“Makan ikan mewah lima angka?” Lelaki tersangkut tulang ikan terpaksa bayar RM14,000 untuk pembedahan, nasib baik ada insurans

Ramai orang suka makan ikan, dan ramai juga orang yang takut makan ikan, terutamanya yang mempunyai banyak tulang dan pernah trauma tersangkut tulang ikan, yang boleh menjadi pengalaman mengerikan.

Tular beberapa hari lalu, seorang lelaki memuat naik satu hantaran di Facebook yang berkongsi kisah dia telah membelanjakan wang sebanyak RM14,027 untuk bil perubatan kerana secara tidak sengaja tertelan dan tersangkut tulang ikan di tonsilnya semasa makan ikan.

Lelaki itu berkata, ketika sedang makan ikan dia secara tidak sengaja tertelan dan tersangkut tulang ikan tersebut. 

Facebook

Selepas itu dia bergegas ke hospital dan doktor mendapati tulang ikan berkenaan telah memasuki bahagian tonsilnya. 

Doktor memberitahu pembedahan segera perlu dilakukan sebelum tulang ikan itu dapat dikeluarkan.

Lelaki itu berkata ia adalah pembedahan pertama kali dalam hidupnya.

Sambil mentertawakan dirinya dengan berkata dia telah memakan ikan mewah berharga lima angka, kerana disebabkan pembedahan ini, dia terpaksa membelanjakan sejumlah RM14,027.05 untuk bil perubatannya.

Facebook

Katanya nasib baik dia ada membeli insurans, jika tidak kosnya akan menjadi beban.

Hantaran di Facebook itu segera menarik perhatian netizen yang mendoakan lelaki itu cepat sembuh. 

Beberapa netizen memberi komen ikan itu adalah ikan “tidak dapat dilupakan”.

Ada pula yang berkata kalau tulang ikan masih ada, boleh bertatahkan ia dengan emas sebagai ‘tanda ingatan’.

Sambil ramai yang menasihatinya supaya memberi perhatian ketika makan.

Beberapa netizen juga merasakan walaupun pembedahan itu menelan belanja, perkara yang paling penting ialah lelaki itu baik-baik saja.

Beberapa netizen meninggalkan komen dengan mengatakan mereka juga ada yang hampir “ditimpa kemalangan” seperti ini. Mujurlah segera berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan.

Sementara ada yang meninggalkan komen, itulah kepentingannya semua orang perlu membeli insurans.

Menurut HelloDoktor, tonsil adalah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit, yang terdiri 3 jenis iaitu adenoids yang terletak di belakang hidung, lingual di belakang lidah dan palatine di tekak.

Apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, seperti contoh tersangkut tulang ikan, tonsil akan membengkak dan akan menjadi radang tonsil yang boleh membahayakan.

Gambar oleh zaobao.com.sg

Selain kes di atas, See Hua Daily pernah melaporkan terdapat kes seorang lelaki dari China berusia 78 tahun yang tersangkut tulang ikan di dalam trakea selama 60 tahun. Lelaki ini tercekik tulang ikan itu ketika remaja, dan menyangka tulang ikan akan dihadam secara semula jadi dan ia tidak dipedulikan. 

Kerana sakit dada dan batuk yang tidak tertanggung, akhirnya dia menjalani pembedahan membuang tulang ikan itu. Jika tulang ikan itu tersangkut di kawasan berbahaya yang lain, akibatnya mungkin boleh membawa maut.

Gambar oleh See Hua Daily

Bulan Oktober tahun lalu, seorang wanita tua bernama Liang secara tidak sengaja tertelan tulang ikan semasa makan ikan, dan kemudian dia mengalami sakit tulang belakang. Dia mengesyaki tulang ikan itu mungkin tersangkut di esofagusnya, jadi dia menelan bebola nasi beberapa kali, dengan berfikir apabila berbuat demikian akan membolehkan tulang ikan itu ditelan dan diserap perlahan-lahan. Malangnya, ia bukan sahaja tidak melegakan kesakitan malahan menjadi lebih serius.

Selepas berjumpa doktor dan pemeriksaan CT dada dijalankan, mereka mendapati tulang ikan tersangkut di bahagian tengah esofagusnya. Doktor memeriksa tulang ikan itu telah menembusi dinding esofagus dan dinding dalam aorta toraks wanita ini.

Gambar oleh See Hua Daily

Aorta adalah saluran darah terbesar dari tubuh manusia yang melalui jantung. Jika tulang ikan tidak dapat dikeluarkan tepat pada masanya, wanita itu tidak akan selamat. Jika dibiarkan, ia akan membawa kepada jangkitan kepada esofagus dan aorta, bahaya yang mengancam nyawa.

Jadi, berhati-hati apabila anda memakan ikan. Apabila tertelan tulang ikan dan ia tidak membawa kelegaan dan tidak selesa kepada diri anda, jangan berlengah untuk berjumpa doktor dan dapatkan rawatan segera. Jika tidak, ia mungkin membawa akibat yang lebih serius.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI