31.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaBerita UtamaSukatan mata pelajaran sekolah terlalu sukar, ibu bapa luah kebimbangan terhadap kualiti...

Sukatan mata pelajaran sekolah terlalu sukar, ibu bapa luah kebimbangan terhadap kualiti pendidikan anak

Isu silibus atau sukatan mata pelajaran di sekolah sekali lagi dibincangkan di media sosial baru-baru ini. Isu ini sebenarnya bukanlah isu yang baru. Saban tahun ibu bapa terus mempersoalkan silibus mata pelajaran yang dipelajari oleh anak-anak mereka di sekolah.

Baru-baru ini seorang bapa yang mempunyai anak di sekolah rendah mempersoalkan kurikulum sekolah rendah yang menurutnya agak sukar. Menurutnya kurikulum dan sukatan pelajaran sekolah anak-anak hari ini adalah terlalu maju untuk difahami atau dipelajari dengan berkesan oleh anak-anak.

Pengguna Facebook, M Salehin Salleh tertanya-tanya mengapa kandungan bahan pendidikan anak perempuannya yang masih darjah satu mengandungi perkara yang dianggapnya terlalu rumit untuk kanak-kanak pada usia itu.

Bersama status tersebut dia yang juga merupakan pakar kanak-kanak turut memuat naik beberapa imej yang kelihatan seperti buku aktiviti sekolah yang mengandungi satu set soalan yang meminta pelajar mengira “jisim” dan “isipadu” objek serta mengenal pasti bentuk.

Dia memikirkan apa kaitan aktiviti itu dengan galakkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang cuba dilaksanakan ke atas murid.

Facebook

Kerisauan bapa itu kemudian telah menarik perhatian ibu bapa lain di internet untuk berkongsi kisah mereka. Melalui komen dan buah fikiran ibu bapa di media sosial ramai yang yakin bahawa beberapa perkara yang diajar kepada anak-anak di sekolah adalah sesuatu sukar.

Di Twitter, ada yang berkongsi pendapat bahawa sukatan pelajaran yang diajar di sekolah adalah sebuah “jenayah kurikulum” dan mungkin berfungsi untuk melemahkan pelajar dan bukannya mendorong mereka untuk belajar.

“Silibus tahap sebegini, membunuh motivasi murid belajar,” tulis Hasrizal Abdul Jamil, seorang pendidik dan penulis blog tempatan di laman Twitter miliknya.

Bercakap soal demikian, Hasrizal turut berkongsi beberapa sampel bahan pembelajaran yang digunakan oleh kanak-kanak pada tahap yang sama di Finland.

Perbualan itu mencetuskan pengguna media sosial lain untuk berkongsi lebih banyak bahan pendidikan Malaysia yang mereka percaya membebankan anak-anak.

Ada yang memberitahu bahawa sukatan pelajaran murid tahun 6 adalah sukar termasuk topik mengenai aset dan liabiliti yang suatu ketika dahulu dipelajari di peringkat diploma.

“Buku lima matematik tahun ini mengajar tentang celik kewangan. Adakah ia tidak terlalu awal? Sejujurnya, kebanyakan pelajar tahun lima hanya perlu tahu cara membeli-belah di kedai. Mengapa mereka perlu tahu tentang pelaburan dan faedah pada tahap mereka? Adakah Malaysia ingin menjadikan anak-anak kita sebagai ahli ekonomi?” komen seorang netizen lain.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang berpendapat bahawa orang ramai perlu harus lebih terbuka kepada perubahan kepada sistem pendidikan dan percaya bahawa kanak-kanak pada masa kini cukup bijak untuk memahami apa yang diajarkan kepada mereka di sekolah.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI