29 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaGaya Hidup16 tahun berkhidmat, kepulangan pekerja ini ke negara asal buat majikan sebak

16 tahun berkhidmat, kepulangan pekerja ini ke negara asal buat majikan sebak

Sejak dahulu lagi, segelintir daripada masyarakat Malaysia mempunyai tanggapan tertentu terhadap pekerja warga asing tidak kira dari mana asal mereka. Tanggapan negatif ini kadangkala ada benarnya tetapi bukan semua manusia itu memiliki perangai yang sama. Sedangkan ada juga rakyat kita sendiri yang jauh lebih teruk berbanding pekerja warga asing yang sanggup berjauhan dengan keluarga demi mencari sesuap nasi.

Baru-baru ini, seorang majikan yang lebih mesra dikenali sebagai Sufi Amin telah berkongsi perasaan sedihnya apabila salah seorang pekerja mahu pulang ke negara asal setelah 16 tahun berkhidmat. Sufi Amin telah memuat naik status di Facebook dan meluahkan kesedihannya terhadap perpisahan dengan pekerja warga Bangladesh itu.

“Esok 14 Januari 2022, saya akan kehilangan seorang pekerja yang paling setia dalam bidang ubahsuai rumah dan pembinaan. Permit beliau tamat bulan ini dan tidak boleh disambung lagi atas faktor umur”.

“Aku minta kau halalkan titik peluh kau bersama aku. Halalkan ilmu yang telah kau berikan pada aku”.

Meskipun bergelar seorang jurutera, Sufi menegaskan bahawa sepanjang perjalanan kariernya, dia banyak mempelajari ilmu kejuruteraan daripada pekerja tersebut yang dianggap sebagai guru. Hal ini kerana sepanjang 16 tahun bersama, kedua-dua mereka sama-sama mempelajari dan mengajar tentang bidang tersebut.

Lebih sebak lagi, salah seorang anak pekerja tersebut kini menjadi seorang guru di Bangladesh dan akan berkahwin tidak lama lagi hasil titik peluh bapanya di perantauan.

Perkongsian itu berjaya menarik sehingga 1.9K perkongsian dan majoriti pengguna Facebook tidak melepaskan peluang untuk menghantar ucapan terima kasih kepada Sufi kerana menunjukkan contoh yang baik.

“Alhamdulillah terbaik. Semoga persahabatan antara majikan dan pekerja berkekalan sampai bila-bila. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan”.

“Untung majikan dapat pekerja macam ini dan untung pekerja dapat majikan yang prihatin”.

“Bagusnya dapat majikan amcam abang ini. Menghargai pekerja walaupun bukan warga tempatan”.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI