26.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaBerita UtamaRohana dan Chee, kisah dua beranak angkat berbeza agama undang rasa sebak

Rohana dan Chee, kisah dua beranak angkat berbeza agama undang rasa sebak

Sekitar 22 tahun yang lalu, gadis manis yang mesra dengan panggilan Rohana ini telah ditinggalkan oleh ibunya yang pulang ke kampung halaman di Indonesia. Pada ketika itu, Rohana baru berusia dua bulan dan telah dijaga dengan penuh kasih sayang oleh seorang wanita berbangsa Cina yang dikenali sebagai Chee Hoi Lan.

Chee merupakan seorang guru tadika manakala ibu kandung Rohana pula bekerja sebagai tukang cuci di tadika yang sama. Ibu Rohana telah berkahwin dengan seorang lelaki warga tempatan namun selepas kelahirannya, si bapa mula menghilangkan diri. Simpati dengan nasib Rohana, Chee mengambil keputusan untuk menjaga bayi itu seperti anaknya sendiri.

Meskipun berbeza agama, Chee memastikan anak angkatnya itu mendapat pendidikan Islam sebaik mungkin. Sumber : Harian Metro

Menurut Chee, 83 tahun, meskipun berbeza agama dan budaya, Chee tetap prihatin dengan segala keperluan Rohana termasuk menghantar Rohana untuk ke Kelas Asas Fardhu Ain (Kafa) dengan menggunakan wangnya sendiri. Rohana juga diberikan pendedahan mengenai agama Islam menerusi pendidikan di sekolah dan rakan seagama dengannya.

Bukan sahaja itu, Chee turut peka dengan isu makanan halal dan sentiasa memastikan Rohana meneruskan kehidupannya sebagai seorang Muslim.

“Saya sayangkan dia seperti anak sendiri. Sejak kecil, saya pastikan dia makan makanan halal dan melakukan ibadat sebagai seorang Muslim sehinggalah hari ini”.

“Cuma sebelum saya mati, saya mahu lihat dia berkahwin, bekerjaya dan bahagia. Saya lega kerana selama hayat saya, saya pastikan dia terjaga sebagai seorang Muslim. Dia akan kekal begitu sampai bila-bila”.

Rohana (tengah) bersama Chee (kiri) dan ibu kandungnya, Salimah Usman. Sumber : Harian Metro

Chee yang tidak pernah berkahwin turut berharap agar Rohana akan diberikan status kewarganegaraan. Rohana pernah memohon kewarganegaraan pada tahun 2016 namun masih belum menerima sebagai jawapan. Malah, dia juga mengakui pernah mengalami tekanan yang teruk sehingga cuba untuk membunuh dirinya.

“Bila saya fikirkan, dunia ini tidak adil. Bukan salah saya. Bila emak ayah buat salah, kenapa saya kena tanggung. Saya cuma teruskan hidup sebagai anak. Bila kena berhenti sekolah, saya sangat sedih kerana tiada siapa tolong. Saya terpaksa berhenti kerana tiada dokumen,” luah hati Rohana.

Rohana yang kini bekerja sebagai guru tuisyen memasang harapan untuk sekurang-kurangnya diberikan kad pengenalan sementara bagi memudahkan urusan hariannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri turut sempat menghubungi Rohana bagi mendapatkan kisah yang dialami oleh gadis itu dan memaklumkan akan membantunya mendapatkan kad pengenalan serta taraf kewarganegaraan. Pada masa sama, Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin serta-merta telah meminta beberapa pegawai untuk membuat siasatan bagi memastikan kesahihan maklumat sebelum mengumumkan sebarang keputusan.

Kasih anak kepada ibunya. Sumber : Harian Metro

Jelas Hamzah, “In shaa Allah, saya difahamkan bapa Rohana adalah warga Malaysia. Atas sebab itu, jika ada dokumen membuktikannya, ia mudah untuk kita berikan (taraf kewarganegaraan)“.

Kisah ini turut memberi kesan yang mendalam kepada warganet yang rata-ratanya mendoakan agar kedua-dua beranak ini diberikan kesejahteraan dalam kehidupan mereka. Ramai yang memuji sikap dan nilai kemanusiaan yang tinggi pada Chee. Tidak lupa juga ada yang sehingga berjurai air mata mereka apabila menghayati perjalanan hidup mereka.

Di samping itu, Rohana berjanji akan terus menyayangi ibu angkatnya yang mesra dipanggil ‘laoshi’ (cikgu) meskipun dia akan membawa dirinya selepas ini.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI