28.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaGaya HidupAnjing ini sanggup korbankan nyawanya melawan singa gunung demi melindungi tuan tersayang

Anjing ini sanggup korbankan nyawanya melawan singa gunung demi melindungi tuan tersayang

Anjing sememangnya terkenal dengan sikap yang penyayang, setia dan dilatih untuk melindungi tuannya. Oleh itu, ramai individu yang memelihara aniing sama ada di rumah mahupun di premis bagi tujuan keselamatan. Terdapat banyak kisah melibatkan peristiwa di mana anjing sanggup berkorban dan bertarung nyawa demi menyelamatkan tuan tersayang.

Baru-baru ini di California, satu kisah menyayat hati telah tular melibatkan seekor anjing yang mengalami cedera parah akibat pertarungan bersama seekor singa gunung. Menurut Mary Padres, kejadian ini berlaku pada suatu pagi di mana Mary sedang membuka pintu belakang rumah dan melihat seekor singa gunung sedang merenungnya dengan tajam.

Tergamam berada dalam situasi tersebut, Mary kemudiannya dikejutkan dengan tindakan salah seekor anjing peliharaannya iaitu Rocky yang terus berlari untuk menerkam singa gunung tersebut. Mary langsung tidak menyangka Rocky yang berperwatakan manja dan sopan itu boleh berubah menjadi seekor anjing yang agresif apabila melihat tuannya dalam situasi berbahaya.

“Sebaik sahaja saya membuka pintu dapur, saya melihat seekor singa gunung yang besar sedang merenung saya. Singa gunung itu kelihatan sudah bersedia untuk menyerang anjing-anjing saya,” kata pereka fesyen dan juga jurutera awam yang berusia 43 tahun itu.

Tambah Mary lagi, “Keadaan pada ketika itu sungguh menggerunkan. Rocky bersungguh-sungguh mengejar singa gunung itu”.

Tidak lama kemudian, kedua-dua Rocky dan singa gunung tersebut hilang dari pandangan. Khuatir akan keadaan yang menimpa anjingnya, Mary dan beberapa ahli keluarga lain memberanikan diri untuk keluar rumah demi mencari Rocky.

Mereka terus menjerit nama Rocky dan mendengar bunyi salakan anjing tetapi lama-kelamaan salakan itu tidak lagi kedengaran. Pada ketika itu, Mary tahu ada sesuatu yang buruk telah terjadi kepada Rocky. Selepas kira-kira setengah jam mencari Rocky, mereka akhirnya mendengar bunyi tapak kaki yang sedang menghampiri mereka. Kemudian, muncul Rocky.

“Pada awalnya, kami agak takut mendengar bunyi tapak kaki tersebut sehinggalah kami melihat Rocky. Rocky berlari ke arah kami sebelum rebah ke pangkuan kami”.

Keadaan Rocky pada ketika itu sungguh menyedihkan. Rocky berlumuran darah dan nafasnya juga tersekat-sekat. Pada bahagian kepala dan leher Rocky, terdapat kesan gigitan yang dalam menunjukkan Rocky telah diheret oleh singa gunung tersebut namun siapa sangka, anjing ini berjaya menyelamatkan dirinya dan juga tuannya.

Rocky segera dibawa ke klinik haiwan dan menerima sebanyak 30 jahitan. Selepas tiga minggu, keadaan dan kesihatan Rocky semakin beransur pulih namun anjing ini kelihatan agak trauma setiap kali melihat bahagian luar rumah. Semoga apa yang terjadi pada Rocky dapat dijadikan pengajaran buat masyarakat di sana untuk lebih berwaspada.

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI