26.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaGaya HidupBekerja keras 18 bulan mencari nisbah emas! Dua sahabat tukar ‘sampah plastik’...

Bekerja keras 18 bulan mencari nisbah emas! Dua sahabat tukar ‘sampah plastik’ menjadi batu bata mesra alam yang menang anugerah antarabangsa

Sampah plastik boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar yang serius. Di Indonesia, negara itu menjadi pengeluar sampah laut kedua terbesar di dunia selepas China. Demi komitmennya kepada dunia, Indonesia berjanji untuk mengurangkan sampah plastik sebanyak 75 peratus dalam jangka masa empat tahun akan datang.

Janji ini salah satunya disahut oleh dua orang sahabat dan usahawan muda menerusi satu kaedah kitar semula yang amat kreatif di samping mampu menjana pendapatan yang lumayan. 

Dua sahabat baik bekerjasama dengan fokus untuk mengubah sampah plastik yang dikitar semula menjadi batu bata mesra alam. Rekaan batu bata yang kini telah digunakan di tempat letak kereta, laluan taman dan pelbagai tempat lain.

Page Cup

Usahawan muda dari Indonesia, Ovy Sabrina dan Novita Tan, mengasaskan syarikat Rebricks pada bulan Jun 2018. Mereka membawa pulang komposit sampah plastik pelbagai lapisan yang telah ditolak oleh kilang kitar semula ke kilang mereka. 

Selepas itu, mereka membuat eksperimen mencampurkan simen, pasir dan bahan lain untuk membuat batu bata mesra alam dengan sampah plastik yang dikitar semula. Inovasi penghasilan batu bata yang mesra alam ini telah memenangi anugerah ‘Circular Innovation Jam’ pada tahun lalu.

Facebook

Ovy Sabrina dan Novita Tan memulakan idea ini dengan mengunjungi gerai makan, tempat pembuangan sampah dan kilang kitar semula sekitar Jakarta dan mendapati banyak sampah plastik yang ditolak oleh kilang kitar semula, seperti beg kopi segera dan pembungkus mi segera. 

Page Cup

Sampah plastik ini yang tidak dapat dikitar semula menjadi longgokan dan timbunan secara langsung dengan banyaknya ke tapak pelupusan sampah tidak diurus, menyebabkan pencemaran air, tanah dan alam sekitar, atau mengalir terus ke laut yang menyebabkan ancaman kepada hidupan laut.

Page Cup

Syarikat Rebricks membawa sampah plastik seperti ini kembali ke kilang, di mana semua plastik akan dicincang menggunakan mesin khas, menjadi serpihan kecil yang kemudian dicampurkan dengan simen dan pasir mengikut nisbah dan dibentuk menjadi blok.

Ia kemudian dimasukkan ke dalam mesin pembuatan batu bata dan memampatkannya menjadi batu-bata bersama dengan bahan-bahan lain seperti mana dalam acuan pembuatan batu bata konvensional.

Page Cup

Proses ini terdengar mudah, tetapi untuk mendapatkan sukatan yang bersesuaian, mereka telah menggunakan campuran pelbagai bahan untuk membuat batu bata dengan kekuatan mampatan yang tepat serta dalam nisbah yang bersesuaian. 

Pada mulanya, Ovy dan Novita tidak dapat mencari mesin yang sesuai untuk mencincang sampah plastik. Jadi mereka memotong kesemua plastik itu menggunakan gunting bersama tangan kosong, juga menjalankan eksperimen dengan nisbah campuran bahan-bahan yang sesuai dan tepat berulang kali. Kesemua usaha keras itu berlarutan selama 18 bulan untuk mencari nisbah emas yang akhirnya membuahkan kejayaan.

(Gambar oleh Bay Ismoyo / AFP)

Akhirnya, Rebricks membangunkan batu bata untuk laluan pejalan kaki dan tempat letak kereta dengan kekuatan mampatan 250 kilogram per sentimeter persegi, yang memenuhi standard piawaian ditetapkan oleh kerajaan Indonesia.

Inovasi batu bata mesra alam menggunakan plastik yang dikitar semula ini telah digunakan di tempat letak kereta, beberapa taman dan tempat-tempat lain. 

Ovy dan Novita juga mempamerkan produk siap yang gagal sewaktu mereka hasilkan sendiri di dalam pejabat, mengingatkan diri mereka, “Tanpa kegagalan, tidak akan ada hari yang berjaya!”

Page Cup

Ovy berkata proses terkini pembuatan batu bata turap untuk jalan raya telah berjaya memastikan bahan plastik yang dikitar semula tidak akan terdedah ke atas permukaan demi mengelakkan zarah plastik mencemarkan alam sekitar. 

Kira-kira 20 peratus bahan mentah setiap batu bata berturap berasal daripada sampah plastik, dengan purata 880 batu bata turap per meter persegi digunakan.

(Gambar oleh Bay Ismoyo / AFP)

Dengan komposit sampah plastik pelbagai lapisan, kilang ini dapat menghasilkan produk batu bata berturap sehingga 100 meter persegi sehari, bersamaan telah mengitar semula 88,000 keping sampah plastik, dengan pengeluaran lebih 100,000 batu bata mesra alam setakat ini.

Sekiranya ia dikendalikan pada kapasiti maksimum, Rebricks dapat mengitar semula kira-kira 33 juta keping sampah plastik setahun. Rebricks akan mengumumkan produk keduanya dalam masa terdekat, iaitu batu bata berongga yang dapat digunakan untuk membina rumah.

Page Cup

Kedua usahawan muda ini menggunakan idea, kreativiti dan kerja keras untuk menjadikan sampah plastik yang ditolak oleh kilang kitar semula menjadi batu bata mesra alam. Sungguh luar biasa dan memberi inspirasi!

Adalah diharapkan rekaan produk terbaru mereka akan memberi penekanan yang lebih lagi kepada perlindungan alam sekitar.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI