25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGlobalSiarkan video muzik berbaur sindiran, Weibo sekat akaun penyanyi Namewee dan Kimberley...

Siarkan video muzik berbaur sindiran, Weibo sekat akaun penyanyi Namewee dan Kimberley Chen

Platform media sosial China Weibo telah menyekat akaun penyanyi rap Malaysia Namewee dan penyanyi Australia Kimberley Chen setelah kedua artis itu menyiarkan video muzik duet yang didakwa berbaur sindiran, menurut laporan laman web Taiwan News pada 16 Oktober.

Kedua penyanyi yang berpangkalan di Taiwan itu, melancarkan balada berbahasa Mandarin terbaru berjudul ‘Fragile’ pada 15 Oktober lalu, dan muncul dalam video muzik bertema merah jambu yang dengan segera menjadi tular.

Lagu itu, yang ditulis oleh Namewee, 38 tahun didakwa mengandungi unsur sindiran kepada pemimpin China, Xi Jinping dan menyentuh topik sensitif seperti penapisan, COVID-19 dan Uyghur.

YouTube

Video muzik ini yang menarik lebih sejuta tontonan di YouTube dalam masa kurang 24 jam, bermula dengan peringatan kepada para penonton: “Harap berhati-hati jika anda berwarna merah jambu rapuh”.

Diarah dan diterbitkan sendiri oleh Namewee, yang telah biasa menimbulkan kontroversi di masa lampau dengan lagu-lagunya, video muzik terbaru itu memaparkan figura berkostum panda menari dan bekerja di latar belakang, sementara kedua penyanyi itu membuat rujukan kepada pandemik COVID-19 dengan menyanyikan tema cinta kepada anjing, kucing, kelawar dan musang.

Satu baris berbunyi: “Adalah salah melanggar tembok api, tidak baik sampai Pooh merinduimu.”

Ia seperti merujuk kepada Xi Jinping, yang dijuluki dengan watak ‘Winnie the Pooh’ dalam meme di media sosial.

YouTube

Istilah “kemakmuran bersama” iaitu tema kempen politik terbaru Xi, juga terdapat dalam lirik lagu itu.

Setelah akaun Weibo Kimberley Chen disekat, penyanyi berusia 27 tahun itu menyiarkan klip video dirinya menyanyi di Instagram dan Facebook: “Maaf telah menyakiti hati anda. Tiada masalah jika saya tidak mempunyai Weibo. Saya masih mempunyai Instagram. Saya masih mempunyai Facebook.”

Dalam laporan di Apple Daily Taiwan pada Sabtu lalu, Namewee berkata: “Sudah tentu ia satu perkara baik apabila lagu ini dibincangkan. Ini bermakna lagu itu telah bergema kepada ramai orang. Saya berharap pelancaran lagu ini akan disambut dengan rasa humor. . “

Please Subscribe to Truth News : English Epoch Times

Pilihan Editor:

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI