Hamas pada 12 Mei mendedahkan bahawa pihaknya telah melancarkan lebih 200 roket ke arah Israel sebagai membalas serangan Israel pada bangunan kediaman iaitu Menara Hanadi di Gaza.
Cawangan tentera Hamas, Briget Al-Qassam dalam satu kenyataan berkata, pihaknya dalam proses untuk melancarkan 110 buah roket ke arah Tel Aviv.
Astro AWANI/Facebook
Manakala 100 buah lagi ke arah bandar Selatan iaitu Beersheba sebagai membalas serangan Israel yang menyerang bangunan kediaman penduduk.

Berikutan pengumuman tersebut, siren di kedua-dua lokasi dibunyikan. Menurut Angkatan Tentera Isreal, penduduk di Tel Aviv turut dikejutkan daripada tidur dan bergegas menuju ke lokasi perlindungan bom.
Menara Hanadi yang menjadi sasaran serangan tentera Israel

Sebelum ini, Hamas melaporkan bahawa terdapat bangunan sembilan tingkat yang musnah di tengah Semenanjung Gaza, yang menjadi lokasi sekatan pihak Israel.

Saksi juga berkongsi bahawa terdapat beberapa peluru berpandu membedil bangunan tersebut yang akhirnya menyebabkan ia jatuh menyembah bumi.
Laporan turut mendedahkan bahawa terdapat 3 rakyat Israel yang terbunuh manakala puluhan lagi mengalami kecederaan selepas serangan roket dari Hamas.
Kemusnahan di Tel Aviv selepas serangan balas daripada Hamas


Sementara Hamas melaporkan lebih kurang 32 rakyat Palestin terkorban ketika serangan Israel di Semenanjung Gaza.
Ini termasuklah 10 orang kanak-kanak dan selebihnya 220 orang lagi mengalami kecederaan.
Menurut sumber, matawang Israel iaitu Shekel mengalami susut nilai sebanyak 1.4% selepas serangan berlaku.
Utusan Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Keamanan Timur Tengah, Tor Wennesland memberi amaran bahawa Israel dan Hamas bersiap sedia untuk ‘perang pada berskala besar’.