Zaman teknologi sekarang sememangnya membantu memudahkan urusan harian kita, lebih-lebih lagi apabila melibatkan urusan perbankan.
Namun dalam kesenangan, pasti ada kesan negatif. Kebelakangan ini, banyak pihak tidak bertanggungjawab cuba untuk mendapatkan wang orang lain menerusi penipuan dalam talian.
Oleh yang demikian, kami ingin memberi amaran buat orang ramai khasnya pelanggan Public Bank.
Jika anda menerima dua SMS seperti di bawah, anda dinasihati untuk segera menghubungi pihak bank dalam kadar segera.
#1 Adakah anda menerima SMS kod pengesahan peribadi (PAC 5 M5) tanpa melakukan transaksi PBe atau PB yang terlibat?
#2 Atau anda ada menerima SMS yang menyatakan bahawa PB SecureSign anda diaktifkan pada peranti yang bukan milik anda?
Segera hubungi pihak bank. Ini kerana, baru-baru ini, pihak Public Bank ada mengeluarkan peringatan mengenai aktiviti penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Jika anda mendapat dua SMS seperti yang telah dikongsikan, kata laluan perbankan dalam talian PBe anda berkemungkinan telah pun bocor.
Public Bank juga mengesyorkan anda untuk menukar kata laluan dan segera menghubungi bank di talian 03-2179 9999 bagi mendapatkan bantuan lanjut.