Aplikasi Google Photos sudah semestinya banyak membantu kita untuk menyimpan pelbagai foto dan video selama ini.
Namun, bermula 1 Jun akan datang, penggunaan simpanan foto dan video pada akaun Google Photos secara percuma tidak lagi akan disediakan.
App Store/Apple
Difahamkan bahawa pihak Google hanya akan menyediakan ruangan bersaiz 15GB sahaja secara percuma. Untuk penggunaan selebihnya, pengguna akan dikenakan caj.
Jika anda memerlukan ruang simpanan tambahan, anda perlu membeli Google One secara berasingan, dengan harga :
- 100 GB berharga RM8.49/bulan
- 200 GB berharga RM11.99/bulan
- 2 TB berharga RM42.99/bulan
Sungguhpun begitu, semua foto dan dokumen yang dimuat naik pada aplikasi itu sebelum 1 Jun tidak termasuk di dalam had 15 GB.
App Store/Apple
Hanya foto atau video yang dimuat naik selepas 1 Jun sahaja yang akan mula dikira saiznya.
Jadi buat masa ini, anda masih mempunyai masa untuk memutuskan sama ada untuk terus menggunakan Google Photos.
Ataupun anda boleh beralih kepada penyimpanan ‘cloud’ mengikut cita rasa anda. Pilihan di tangan anda!