Memerang merupakan mamalia karnivor akuatik yang sangat comel. Menariknya, haiwan ini dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di air dan di darat dengan jayanya.
Walaupun kedengaran agak pelik, namun ada individu yang membela haiwan ini sebagai haiwan peliharaan di rumah kerana dikatakan bahawa memerang juga sangat manja seperti kucing!
Foto hiasan/Pixabay
Sungguhpun begitu, jumlah mereka yang masih tinggal di habitat asal seperti di sungai dan di laut masih lagi banyak.
Malah sempat pula ‘melakukan serangan’ pada lokasi yang menjadi tumpuan manusia. Mereka tidak takutkan kitalah agaknya ya?
Itulah insiden lucu yang berlaku di Menumbok, Sabah apabila sekumpulan memerang muncul di sebuah bangunan yang kelihatan seperti jeti.
Pada video pertama, kelihatan seorang lelaki seperti cuba untuk menghalau memerang tersebut.
الأستاذ قوي إيمان/Facebook
Akan tetapi, ia tidak berjaya malah dia pula menjadi mangsa dan diserang sehingga terjatuh dibuatnya. Pengawal keselamatan pula melarikan diri!
Pada video seterusnya pula, kawanan memerang tersebut dilihat mula memasuki premis hingga membuatkan orang di situ ketakutan hingga bertempiaran lari.
Ada juga yang sampai panjat atas meja!
Apa yang melucukan adalah, memerang berkenaan yang beria berlari menghampiri manusia kemudiannya berhenti di tengah-tengah.
Mahu ‘serang’ pun teragak-agak. Kelakarlah!
Seperti yang kita tahu, diet memerang adalah ikan dan berkemungkinan besar bahawa kawanan memerang tersebut ada terbau ikan di jeti tersebut.
Tonton video di sini.