29 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024
UtamaInspirasiBadan tak padan dengan kecil, si kura-kura ‘gengster’ halau pasangan singa minum...

Badan tak padan dengan kecil, si kura-kura ‘gengster’ halau pasangan singa minum air. Kedekut betul!

Bersaiz kecil tidak bermakna kita lemah, bak kata pepatah, kecil-kecil cili api! Seperti kisah seekor kura-kura ini yang begitu berani ‘menentang’ sepasang singa di Kruger Park, Afrika Selatan.

Sepasang singa tersebut cuma berniat untuk melepaskan lelah dengan singgah di sebuah kolam untuk menghilangkan dahaga.

Namun nampaknya kolam tersebut adalah habitat kura-kura terbabit yang enggan menerima sebarang ‘tetamu tidak diundang’.

Kruger Sightings/YouTube

“Saya tahu singa tersebut sedang mencari air untuk diminum dan saya rasa itulah peluang sempurna untuk saya merakamkannya”, kata Reggi Barreto, selaku pemandu safari dan jurugambar.

Dalam pada singa jantan itu sedang selesa menikmati air, muncul kura-kura kecil terbabit cuba untuk menghentikan perbuatan si singa.

Kruger Sightings/YouTube

“Berhenti minum sekarang, ini rumah saya. Kamu tidak boleh minum di sini”. Walaupun bertubuh kecil, kura-kura itu langsung tidak takut dengan ‘Raja Rimba’ berkenaan.

Si kura-kura bertindak menghampiri mulut singa agar ia dapat menghentikan tindakan singa jantan tersebut. Singa malang itu kemudiannya bangun.

Tidak terhenti di situ, si kura-kura itu kemudiannya menghampiri singa betina pula dan turut melakukan perkara yang sama…

Kruger Sightings/YouTube

Gengster juga ya kura-kura ini, langsung tidak memberi peluang sedikit pun untuk pasangan singa terbabit menikmati air walaupun cuma seketika.

Sekejap pun tak boleh!

Kruger Sightings/YouTube

Lagipun, sifat kedekut ini tidak eloklah. Kelak memakan diri kita juga bukan? Tonton video penuh mereka di bawah :

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI