26.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 14, 2024
UtamaGaya HidupRibuan individu berkumpul di Taipei untuk meraikan Hari Falun Dafa Sedunia

Ribuan individu berkumpul di Taipei untuk meraikan Hari Falun Dafa Sedunia

TAIPEI, Taiwan- Kira-kira 5,200 orang pengamal Falun Gong di Taiwan yang dihiasi dengan pakaian berwarna-warni berkumpul di Dataran Liberty, Taipei pada 1 Mei lalu, mewujudkan satu imej bermakna bagi memperingati hampir tiga dekad sejak latihan rohani Falun Gong mula diamalkan orang ramai.

Para peserta diatur untuk membentuk frasa pendek dalam karakter tradisional Cina. Mesej tersebut mengucapkan selamat hari lahir kepada pengasas amalan ini, Li Hongzhi, selain untuk memperingati ulang tahun ke-29 hari Falun Gong diperkenalkan kepada warga China.

Li memperkenalkan disiplin kerohanian ini di timur laut China pada 29 tahun yang lalu, iaitu pada 13 Mei, yang juga merupakan hari lahirnya. Sejak tahun 2000, tarikh tersebut disambut oleh penganut dan penyokong Falun Gong sebagai Hari Falun Dafa Sedunia.

Disiplin itu, juga dikenal sebagai Falun Dafa, terdiri daripada lima latihan meditasi dan ajaran moral yang berpusat pada prinsip-prinsip Sejati, Baik, Sabar.

Pengamal lain yang memakai jubah berwarna merah jambu, membentuk dua biji pic. Pic ini, juga dikenal sebagai “pic panjang umur” dalam bahasa Cina, adalah makanan yang biasa disajikan pada hari ulang tahun kelahiran untuk warga emas bagi meraikan pencapaian mereka setelah mencapai usia tua yang matang.

Pada karakter itu juga terdapat dua keindahan syurgawi iaitu imej malaikat yang sering dikaitkan dengan budaya tradisional China.

Pembentukan itu adalah hasil persiapan intensif selama tiga hari yang bermula pada 28 April. Penganjur menyusun tikar yang diselaraskan dengan warna untuk membuat garis besar gambar, walaupun tugas mereka menjadi lebih sukar kerana hujan selama dua hari sebelum acara berlangsung.

Namun cuaca mulai cerah pada 30 April dan 1 Mei. Matahari muncul di sebalik awan pada waktu tengah hari sementara para peserta duduk di atas tikar mereka bagi menunggu gambar udara diambil. Tidak lama kemudian, sebentuk cincin cahaya, yang dikenal sebagai lingkaran 22 darjah muncul di sekitar matahari, menyilaukan para peserta di bawah.

Tradisi

Walaupun setelah mengadakan acara tahunan selama lebih dari 20 tahun, pengamal di Taiwan masih berusaha untuk melakukan penambahbaikan, kata Huang Chun-mei selaku penyelenggara acara dan wakil ketua Persatuan Dafa Taiwan, kepada The Epoch Times.

Tahun ini menandakan pertama kalinya inej itu melibatkan begitu banyak karakter bahasa Cina, iaitu sebanyak 14, menjadikan koordinasi peserta lebih mencabar, menurut Huang. Sebagai tambahan, gambar biji pic digunakan untuk pertama kalinya.

Tradisi berusia puluhan tahun tidak berasal dari pulau itu, sebaliknya bermula di China pada tahun 1990-an, ketika penganut Falun Gong masih boleh berlatih dan mengadakan aktiviti secara terbuka.

Tetapi setelah rejim China melancarkan kempen penganiayaan di seluruh negara yang melibatkan penangkapan besar-besaran dan propaganda kebencian pada bulan Julai 1999, aktiviti ini terus dipelihara oleh para pengikut luar negara.

Selain meraikan ulang tahun Li dan memperingati Hari Falun Dafa Sedunia, Huang berkata, peristiwa itu berfungsi sebagai penolakan terhadap keangkuhan rejim komunis. Pada awal penganiayaan, bekas pemimpin China, Jiang Zemin dengan yakin mendakwa bahawa Falun Gong akan ‘dibasmi’ dalam tiga bulan. Tetapi lebih dari dua dekad kemudian, disiplin itu masih menarik pengamal baru, kata Huang.

Dia menambahkan bahwa pada tahun 1994, dua tahun setelah Li memperkenalkan disiplin, kumpulan pertama orang Taiwan mulai mengamalkan Falun Gong.

Wu Ching-hsiang, seorang pesara arkitek yang membuat ‘blueprint’ untuk gambar itu, mengatakan kepada The Epoch Times bahawa dua keindahan surgawi yang digambarkan itu bertujuan untuk menyampaikan rasa kegembiraan sejagat yang berkaitan dengan hari itu.

Mengadakan peristiwa seperti itu yang melibatkan ribuan orang semasa pandemik tidak mungkin berlaku tanpa kejayaan pemerintah Taiwan dalam mencegah penyebaran virus PKC (Parti Komunis China), yang menyebabkan penyakit COVID-19, tambah Wu.

Setelah pembentukan berakhir, para pengikut berdiri dalam barisan panjang untuk melakukan latihan meditasi Falun Gong.

Falun Gong

Seorang peserta, Debbie Tung, seorang pereka dalam reka bentuk grafik dan seni visual yang berusia 28 tahun, mengatakan bahawa dia telah mengambil bahagian dalam acara tahunan itu sekurang-kurangnya empat kali setelah dia mula berlatih Falun Gong.

“Saya terpesona ketika pertama kali saya mengambil bahagian. Saya rasa sangat damai. Semasa saya duduk di sana dan mendengar muzik yang dimainkan [oleh pihak penganjur], saya mendapat ketenangan”.

Tung berkata kesihatan mental dan fizikalnya meningkat secara mendadak sejak mengikuti latihan ini, berbanding dengan orang lain dalam kumpulan umurnya. Selain itu, keterampilannya sebagai pereka telah meningkat, sambil menambah bahawa dia sering mendapat inspirasi.

Jackie Lin, 48 tahun, seorang pengurus perancangan pengeluaran di sebuah syarikat semikonduktor, mengatakan bahawa dia telah mengambil bahagian dalam pembentukan karakter tahunan berkali-kali sejak tahun 2014. Dia mengatakan bahawa dia telah menemui tujuan baru dalam hidup kerana latihan itu.

Acara yang berlangsung itu turut menarik perhatian ramai penduduk tempatan yang berdiri secara dekat untuk menyaksikannya.

Puan Wu, seorang suri rumah, mengatakan ini adalah kali kedua dia melihat pembentukan karakter sebegitu di Dataran Liberty. Dia menggambarkan pemandangan itu sebagai paparan yang luar biasa dan megah.

Seorang lagi penduduk tempatan, Mr. Liu, seorang jurujual dalam industri automotif, mengatakan dia kagum melihat pengamal yang teratur semasa formasi. Ini adalah kali pertama Liu melihat sendiri peristiwa itu, walaupun dia telah melihat gambar acara yang lepas secara dalam talian.

Liu menyatakan keprihatinannya terhadap amalan penganiayaan di China yang sedang berlangsung, menggambarkannya sebagai sangat tidak berperikemanusiaan.

Dalam pada itu, kaunselor Taipei, Lin Ying-meng meminta rakyat Taiwan dan negara-negara jiran untuk mengutuk Parti Komunis China (PKC) atas pelanggaran hak asasi manusia, termasuk yang dilakukan terhadap pengamal Falun Gong dan penganut Kristian.

“Saya harap Taiwan dapat menjadi pelabuhan yang selamat untuk semua etnik dan orang yang ditindas [oleh Beijing],” kata Lin dalam wawancara dengan The Epoch Times edisi Taiwan.

“Saya harap kita dapat terus memberikan bantuan kepada orang-orang yang dianiaya oleh PKC”, akhirinya.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI