28.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaBerita UtamaWalau sudah lampir dokumen, gadis ini kecewa dilarang rentas negeri untuk bawa...

Walau sudah lampir dokumen, gadis ini kecewa dilarang rentas negeri untuk bawa bapa ke hospital buat kali terakhir

Sehingga kini, rakyat Malaysia masih lagi tidak dibenarkan untuk melakukan perjalanan merentas negeri dan nampaknya arahan itu terpakai sehingga sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak.

Baru-baru ini, tular satu kisah seorang gadis yang menzahirkan rasa kecewa apabila dia tidak dibenarkan merentas negeri untuk membawa ayahnya yang sakit ke hospital.

Difahamkan pada 17 April lalu, Aida telah ke Balai Polis Salak Selatan, Kuala Lumpur untuk memohon kebenaran merentas negeri.

Ia bertujuan untuk membawa bapanya yang merupakan individu kelainan upaya (OKU), Nasir Nordin yang berada di Nilai mendapatkan rawatan di Hospital Seremban.

Aida Najwa/Facebook

Difahamkan bahawa bapanya sebelum itu telah menghubunginya dan mengadu bahawa jarum tapak dialisisnya telah tercabut dan perlu dibetulkan.

Aida turut melampirkan dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan, salinan kad OKU bapanya serta salinan temujanji rawatan dialisis.

Sungguhpun begitu, ia masih tidak memadai untuknya merentas negeri. Anggota yang bertugas di balai itu kemudian bertanya siapa yang selalunya membawa bapa Aida ke hospital.

“Habis tu, mak cik mana? Sudah mati?”, soal anggota terbabit membuatkan Aida tersentak. Malah anggota itu turut bertanya mengapa dua adiknya tidak boleh menghantar bapa mereka.

Aida kemudian menjawab adiknya kerja, manakala seorang lagi tidak boleh memandu. “Kalau tak pandai memandu, takkan tempah Grab pun tak pandai?”, soal anggota itu lagi.

Selepas itu, anggota terbabit turut bertanya sama ada jiran berdekatan rumah bapanya itu boleh tolong bawakan bapanya ke hospital atau pun tidak.

“Macam tak percaya dia boleh suruh jiran. Aku bukan tak lampirkan bukti abah sakit. Aku cetak surat dialisis, MyKad, kad OKU. Semua aku bagi tapi tak dapat (rentas) juga”, luahnya.

Jelas Aida, anggota tersebut memberi alasan permohonannya ditolak adalah disebabkan oleh bukti yang tidak cukup kukuh.

Aida akhirnya diberikan kebenaran untuk merentas negeri setelah berita bapanya meninggal dunia. Namun ia sudah tidak memberi makna buat dirinya lagi.

Aida Najwa/Facebook

Dia dan adik-adiknya terpaksa menanggung penyesalan seumur hidup kerana tidak dapat menjaga bapa mereka buat kali terakhir sebelum mereka terpisah buat selama-lamanya.

 “Saya mahu kisah ini dijadikan pengajaran oleh semua pihak. Terutama polis, gunakan lebih budi bicara dalam memudahkan urusan rakyat”, tulis Aida.

“Apa yang saya kesalkan adalah sikap dan layanan polis serta budi bicara dalam meneliti permohonan rentas negeri saya”, tambahnya lagi.

Dia tidak bercadang untuk membuat aduan rasmi namun jika polis ingin membuat siasatan mengenai kejadian itu, dia bersedia untuk bekerjasama.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI