26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaGlobalPenumpang China lempar duit syiling ke arah pesawat sebagai ‘doa mohon keberkatan’,...

Penumpang China lempar duit syiling ke arah pesawat sebagai ‘doa mohon keberkatan’, menyebabkan penerbangan dibatalkan

Seorang penumpang lelaki dari China melemparkan 6 duit syiling ke arah pesawat beberapa hari yang lalu sebagai tanda mendoakan penerbangan yang selamat. Mungkin lelaki ini tidak tahu, bahawa dia telah menyebabkan penerbangan itu menjadi lebih tidak selamat. 

Ekoran tindakannya itu, menurut protokol keselamatan, penerbangan telah terpaksa dibatalkan dengan segera dan lelaki terbabit telah ditahan oleh polis penerbangan.

Guangxi Beibu Gulf Airlines dalam hantarannya di Weibo dengan topik “Pesawat bukan kolam membuang niat dan hajat” sambil menerangkan seorang lelaki dengan nama Wang dijangka berlepas dari Weifang menggunakan penerbangan syarikat itu pada jam 7 malam pada 16 April dengan pesawat GX8814 dari Guilin ke Haikou.

Sekadar Gambar Hiasan / Unsplash

Kakitangan syarikat penerbangan itu menemui duit syiling di tanah semasa pemeriksaan sebelum pesawat berlepas. Setelah disoal siasat oleh kru, Wang dengan nombor tempat duduk 36J mengaku bahawa dia telah melemparkan 6 duit syiling yang dibungkus dengan kertas merah ke arah pesawat untuk tujuan ‘berdoa memohon keberkatan’ sebelum menaiki pesawat. Duit syiling ini kemudiannya ditemui oleh pegawai berkaitan.

Atas sebab keselamatan, syarikat itu membatalkan penerbangan GX8814 pada hari itu, dan setelah pemeriksaan komprehensif dilakukan ke atas enjin pesawat, penerbangan terpaksa diatur kembali pada keesokan harinya, yang mempengaruhi perjalanan 148 penumpang. 

Lelaki berkenaan telah diserahkan kepada pihak polis untuk proses siasatan lanjut.

Syarikat penerbangan itu kemudian mengingatkan penumpang bahawa mereka wajib mematuhi undang-undang dan peraturan penerbangan ketika menaiki pesawat, dan menahan diri daripada melakukan tingkah laku tidak masuk akal seperti itu yang boleh menyebabkan masalah keselamatan berkaitan penerbangan.

Sekadar Gambar Hiasan / Unsplash

Mengenai bahaya membuang duit syiling ke pesawat? Kakitangan syarikat penerbangan menunjukkan contoh sekiranya duit syiling disedut ke dalam dasar enjin pesawat, ia mungkin akan bertembung dengan bilah kipas yang berputar dalam kelajuan tinggi, yang dengan mudah boleh menyebabkan enjin terhenti atau bahkan tidak berfungsi, yang akan mengakibatkan tragedi.

Kejadian melempar duit syiling ke atas pesawat seperti dilakukan oleh lelaki ini juga pernah berlaku di negara tanah besar itu pada sebelumnya.

Pada 10 Mac 2019, penerbangan Yunnan Lucky Air 8L9616 yang pada asalnya dijadualkan berlepas dari Jinan, Shandong ke Chengdu, Sichuan telah terpaksa ditangguhkan selepas dua penumpang melemparkan duit syiling ke luar celah jambatan penghubung ketika menaiki pesawat. Penerbangan telah ditangguhkan selama dua jam mengakibatkan 260 penumpang terjejas dan dua orang penumpang terbabit telah diserahkan kepada pihak polis kerana menyebabkan kemalangan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI