Pada 25 April lalu, kapal selam Indonesia KRI Nanggala-402 disahkan tenggelam di kedalaman 838 meter, selepas dilaporkan hilang pada 21 April lalu.
Tragedi ini sekaligus mengorbankan 53 orang kru kapal, salah seorang daripada adalah Imam Adi. Difahamkan bahawa anak bongsu Imam sebenarnya sudah ‘menghalang’ bapanya keluar bekerja sebelum itu.
@Venty62995728/Twitter
Seperti sudah mendapat firasat bahawa sesuatu yang buruk bakal terjadi, anak Imam yang bernama Azka itu dilihat menangis dan menutup pintu bilik bapanya agar Imam tidak dapat keluar bekerja.
Lihat videonya :
Azka anak kecil seperti punya firasat akan ada musibah terhadap ayahnya saat sang Ayah akan bertugas di Kapal Selam KRI 402 Nanggala saat akan bertugas.Azka menahan Ayahnya dan mengunci di kamar. Lettu Laut Imam Adi adlah yg termasuk dari 53 awak kapal #Prayfornanggala402 pic.twitter.com/Xr0OosuJUw
— sovie68 (@Venty62995728) April 23, 2021
@Venty62995728/Twitter
Puas Azka menolak si bapa untuk kekal berada di dalam bilik.
Setelah menutup pintu bilik tersebut, Azka kemudian berdiri di luar pintu seakan menjaga dan memastikan bapanya itu tidak keluar daripada bilik tersebut.
Azka seakan-akan tahu bapanya tidak akan lagi pulang ke rumah jika keluar bekerja pada hari tersebut. Itulah saat terakhir Azka melihat bapanya.
Sungguhpun begitu, tanggungjawab kepada tanah air harus dilaksanakan dan Imam bertindak keluar daripada biliknya untuk bertugas.
@Venty62995728/Twitter
Menurut datuk kepada Azka, cucunya itu tahu akan hakikat bahawa bapanya akan ke laut untuk bekerja. Namun kali ini, tingkah lakunya agak berbeza.
Video tersebut mendapat perhatian warganet, termasuklah Menteri Sosial Indonesia, Tri Rismaharini yang datang ke Surabaya untuk menyampaikan takziah kepada keluarga Imam.
Malah beliau juga turut sempat menghadiahkan mainan buat Azka. Semoga roh semua kru yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.