30.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024
UtamaGaya HidupSambal Nyet Berapi ‘ciplak’ Khairul Amin : Wanita akui salah, tampil mohon...

Sambal Nyet Berapi ‘ciplak’ Khairul Amin : Wanita akui salah, tampil mohon maaf

Chef selebriti media sosial yang juga merupakan usahawan sambal berjaya, Khairul Amin Kamarulzaman baru-baru ini mendedahkan bahawa terdapat ‘Sambal Nyet Berapi’ versi ciplak.

Ia dijual oleh satu akaun di Shopee yang menggunakan nama ‘Masturaaliyah’ yang mengakui bahawa dirinya sebagai ‘reseller’ produk sambal Khairul tetapi sebenarnya palsu.

Menurut Khairul, dia berasa pelik apabila mendapat aduan daripada pembeli mengatakan bahawa produk sambalnya berbuih, cepat basi dan berbau busuk.

@khairulaming/Twitter

“Tapi bila aku tengok gambar botol and poskad, ada something tak kena. Macam lain design and rupa sambal”, tulisnya di Twitter.

@khairulaming/Twitter

Inginkan keadilan, Khairul kemudian membuat laporan polis agar tindakan segera boleh dilakukan ke atas individu disebalik akaun tersebut.

Kemudian pada 29 April, wanita yang mendakwa dirinya sebagai Masturaaliyah telah muncul untuk berjumpa dengan Khairul dan mengakui perbuatannya.

@khairulaming/Twitter

Khairul dalam pada itu turut mengemukakan tiga tuntutan iaitu bayaran pampasan tunai, permohonan maaf melalui video dan kenyataan pengakuan bersalah daripada Masturaaliyah sebagai tanda memohon maaf.

Jelasnya lagi, duit pampasan itu tidak akan dipulangkan semula kepada pembeli kerana prosesnya agak rumit. Malah dia mahu pembeli memikul tanggungjawab berhubung kes itu.

“Oleh itu, 100% duit ini saya akan sedekah kepada asnaf yang memerlukan di bulan puasa ini. Saya tak akan ambil satu sen pun”, tulisnya lagi.

@khairulaming/Twitter

Dalam pada itu, akaun Masturaaliyah di platform Shopee juga difahamkan telah dibekukan oleh pihak Shopee susulan insiden itu.

Khairul juga mengingatkan orang ramai khususnya mereka yang berminat untuk membeli sambalnya agar hanya membeli di akaun rasminya, selain tidak membeli daripada reseller.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI