28.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, December 11, 2024
UtamaGaya HidupBukan semua anak mampu makan Kinder Bueno, cikgu ini jamu anak muridnya...

Bukan semua anak mampu makan Kinder Bueno, cikgu ini jamu anak muridnya yang separuh kelas angkat tangan tidak pernah merasa

Kadangkala kita akan mengingati seorang guru itu sehingga akhir hayat dengan kata-kata atau perkara kecil yang dibuatnya tetapi mampu memberi impak besar, lebih-lebih jika ia memberi inspirasi kepada kita untuk menjadi insan berguna dan berjaya dalam hidup.

Seperti perhatian yang diberikan oleh seorang guru ini yang berusaha mendidik anak-anak muridnya untuk berjaya dalam pelajaran, dalam masa sama berasa seronok dan bertuah dapat menikmati coklat mahal dan sedap. 

Gambar Hiasan / Unsplash

Inisiatif kecil demi meningkatkan motivasi anak-anak murid dalam menimba ilmu yang mungkin satu hari nanti akan membuat mereka untuk lebih menghargai dan tidak akan melupakan jasa serta pemberian guru ini.

Ikuti perkongsian guru dikenali Pe Chey ini di Facebook:

“Cikgu, bila nak bagi Kinder Bueno?”

“Kejap lagi, kita belajar dulu.”

Tiap Jumaat, usai sekolah dibuka semula, memang dah niat, nak bagi anak-anak dekat sekolah makan coklat. Tak kisahnya coklat apa, tapi harap dapat bagi yang tersedap.

Alhamdulillah, niat itu Tuhan permudahkan.

Tiap minggu, ada saja sumbangan untuk anak-anak ni. Tak banyak, sikit tu InshaAllah, ada. Alhamdulillah.

Tanya kepada budak-budak.

“Siapa tak pernah makan Kinder Bueno ni?”

Gambar Hiasan / Pixabay

Separuh kelas angkat tangan.

Allahuakbar. Betapa, di era kini, masih ada lagi yang tak mampu merasa. Rasa sedapnya coklat yang agak mahal ini. Dulu, kita kalau ada orang bagi Sugus pun, cium Sugus tu.

Sungguh.

Sebab itulah, hendak anak-anak ini merasa. Sesuatu yang mungkin tak pernah atau jarang mereka dapat makan. Bukan semua mak ayah yang hendak belikan untuk anak mereka. Mahal ni.

Bukan apa, bila tengok diaorang makan, rasa sayu. Seolahnya, macam diri sendiri yang sedang menikmati coklat tu dulu. Zaman tahun 80-an.

Juga sempat kongsikan dalam group kelas. Respon mak ayah positif. Ramai yang ucapkan terima kasih dan mendoakan guru dan penyumbang. Hari Jumaat yang menenangkan.

Disamping untuk buktikan, biar di usia menghampiri 50-an, aku dapat lakukan sesuatu untuk anak-anak di sekolah dengan cara tersendiri.

Jauh sekali mengharapkan anugerah, tak terfikir nak dapatkan pujian boss-boss.

Sepanjang usia 24 tahun berkhidmat, baru sekali dapat merasa Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. Itu pun lepas Guru Besar waktu tu tanya dalam mesyuarat.

“Siapa lagi belum pernah dapat APC?”

Aku pun angkat tangan. Markah? Masa dapat tu, markah tak sampai 90 dan sepanjang berkhidmat, belum merasa markah 90. Percayalah, ini hakikat.

Maka, aku tak harapkan pujian manusia. Hanya cari kepuasan diri sebenarnya. Itu lebih tenang. Itu lebih menyeronokkan.

Ada kawan syorkan, minta tukar sekolah.

Aku dah 14 tahun di sekolah sekarang.

Tidak fikir lagi bab tukar sebab pada aku, anak-anak ini keutamaan. Anak-anak Sabah yang berhijrah ke Semenanjung.

Percayalah, kisah ini tidak akan masuk dalam akhbar sebab tiada unsur sensasi. Kalau aku tampar budak sampai koyak mulut, tercabut telinga, InshaAllah esok aku akan terkenal.

Inilah guru. Guru lelaki. Kami ni hina.

Buatlah baik macam mana pun tetap dicap negatif. Kami tabah. Kami buat sahaja kerja sepatutnya. Kami buang tahi budak tak dihargai, kami buat garis padang orang tak nampak, kami selamatkan budak, akhbar tak keluarkan berita. Kami redha sudah.

Dunia sekarang memang begitu.

Jadi, bagi je anak-anak makan coklat.

Facebook

Mak ayah anak-anak ni seronok. Anak tak ponteng sekolah, anak-anak hendak pergi sekolah.

Apa pun cikgu ini memang guru yang terbaik. Tidak mengapa orang tidak nampak dan tidak dapat anugerah, tetapi Tuhan nampak hati kita yang baik dan ikhlas.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI