Pada 11 April lalu, kerajaan Kelantan mengumumkan bahawa bazar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh negeri itu dibatalkan susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19.
Perkara tersebut sudah tentu membangkitkan kemarahan orang ramai terutamanya para peniaga ekoran keputusan itu dibuat pada saat-saat akhir.
Foto hiasan/Berita Harian
Seorang pengguna Facebook, Sham Kapt meluahkan kekecewaan dan rasa tidak puas hati terhadap keputusan berkenaan.
Menurutnya, penyediaan satu perniagaan di bazar, paling sekejap pun makan masa selama 7 hari dan boleh mencecah hingga 20 hari.
“Dengan modal tapak, gaji staf, peralatan, modal barang perniagaan dan lain lain, makan puluh dan ratus ribu”, tulisnya.
Malah para peniaga juga perlu berkorban dan meninggalkan keluarga untuk bekerja seawal jam 8 pagi hingga lewat malam. Kadang kala terpaksa tidur di tapak gerai masing-masing.
“Tiba-tiba dah nak siap, batalkan bazar. Gila ke apa, tahu lah penyakit. Dah menteri, kakitangan kerajaan, artis dan lain-lain jaga betul tak SOP?”, luahnya.
Sham juga turut melampirkan beberapa foto menunjukkan usaha keras para peniaga di bazar Jalan Taiping, Klang, Selangor dalam menyiapkan gerai masing-masing.
Sham Kapt/Facebook
“Kalau dah tak nak bagi buka, cakap awal awal macam tahun lepas. Bukan dah tinggal sehari dua baru batal”.
Tambahnya, inilah yang berlaku apabila semua ahli politik hanya mementingkan jawatan, bekerja pula dalam pejabat yang berhawa dingin. Elaun dan gaji pula dapat.
Sham Kapt/Facebook
Sebenarnya, para peniaga sangat memahami situasi wabak semasa. Jika keputusan untuk membatalkan bazar adalah yang terbaik, maka mereka akur.
Sham Kapt/Facebook
Cumanya mereka bersetuju jika keputusan itu dibuat awal, seperti tahun lalu. Bukannya setelah banyak wang dibelanjakan untuk persiapan sebegini.
Perkongsian ini mendapat perhatian ramai pengguna yang turut meninggalkan pendapat masing-masing :
Sham Kapt/Facebook
Sham Kapt/Facebook
Sham Kapt/Facebook
Dalam pada itu, kerajaan negeri pada 13 April mengumumkan bahawa pihaknya memperuntukkan sejumlah RM1.5 juta untuk bayaran sagu hati pada para peniaga.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr Izani Husin berkata sagu hati itu akan dibayar dalam masa terdekat.