Buat mereka yang dilahirkan pada tahun 80-an hingga 90-an, pasti ‘roll film’ atau filem negatif pada kamera masih lagi terpahat di dalam memori anda bukan?
Kamera yang menggunakan filem negatif sebegini merupakan produk awal dalam dunia kamera sebelum ia melalui fasa evolusi digital.
Dahulu filem negatif tersebut perlu dihantar ke kedai untuk diproses menjadi gambar. Namun kini, filem negatif tersebut boleh kita ‘cuci’ sendiri di rumah.
Perkongsian ini sebenarnya dikongsikan oleh seorang warga Filipina, Edward Villanueva Destua. Anda hanya perlu memuat turun dua aplikasi iaitu PicsArt dan Remini.
Setelah itu, ikuti langkah-langkah berikut :
#1 Ambil gambar negatif
Edward Villanueva Destua/Facebook
Letakkan filem negatif di depan cahaya terang, supaya gambar kelihatan jelas oleh cahaya. Apabila gambar dapat dilihat, ambil gambarnya menggunakan kamera telefon anda.
#2 Gunakan aplikasi PicsArt dan Remini
Edward Villanueva Destua/Facebook
Pastikan ada dua aplikasi tersebut pada telefon anda! Bagi pengguna IOS, klik di sini untuk memuat turun PicsArt dan di sini untuk memuat turun Remini.
Buat pengguna Android pula, klik di sini untuk memuat turun PicsArt dan di sini untuk memuat turun Remini.
#3 PicsArt : Pilih ‘Effects’ dan ‘Colours’
Edward Villanueva Destua/Facebook
Buka aplikasi PicsArt dan muat naik gambar yang anda ambil negatif. Cari ‘Effect’ dan klik.
Daripada situ, cari ‘Colours’ dan klik pada ‘Negative’
Edward Villanueva Destua/Facebook
Dengan berbuat demikian, gambar negatif akan mula menunjukkan warna.
Ia akan kelihatan seperti ini :
Edward Villanueva Destua/Facebook
#4 Pangkas atau ‘crop’ gambar
Edward Villanueva Destua/Facebook
Setelah mengembangkan warna negatif, anda boleh memangkas gambar mengikut kesesuaian ukuran pilihan anda untuk menghasilkan foto yang kemas. Setelah selesai, klik ‘Save’.
#5 Buka Remini dan klik ‘Enhance’
Setelah selesai memangkas gambar dan menyimpannya menggunakan aplikasi PicsArt, kini beralih pula ke aplikasi kedua, Remini.
Edward Villanueva Destua/Facebook
Klik ‘Enhance’ dan pilih foto yang anda simpan sebelumnya semasa menggunakan aplikasi PicsArt. Aplikasi tersebut kemudian akan mengubah rupa gambar dan kelihatan lebih jelas seperti ini :
Edward Villanueva Destua/Facebook
#6 Klik ‘Colorize’
Edward Villanueva Destua/Facebook
Kembali ke halaman utama, klik ‘More’ dan pilih ‘Colorize’. Gambar akan lebih jelas kelihatan dan berwarna.
Hanya kurang daripada 10 minit dan inilah hasilnya :
Edward Villanueva Destua/Facebook
Jadi buat anda yang teringin cuci negatif lama menjadi foto di rumah, cubalah..