Malaysia akan lebih harmoni jika dipenuhi dengan warga yang sangat prihatin dan rela menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa, kaum dan agama.
Itulah yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong baru-baru ini, di mana beliau ada memuat naik satu perkongsian di Twitter yang wajar dicontohi.
Ramadan pertama.
— Steven Sim 🇲🇾 #Bangsa (@scheekeong) April 13, 2021
Saya ditemukan dgn adik Mohamad, orang Kelantan ke PP utk kerja. Gaji takat RM500, jd dia buat food panda.
Tak ada motor, dia pinjam basikal kawan2, seat & banyak bahagian serba rosak. Lepas kerja dia rehat 1 jam, kemudian kayuh cari makan sampai 11pm.
1/4 pic.twitter.com/hVjhMJfc96
@scheekeong/Twitter
Menurut beliau, pada 13 April yang juga merupakan hari puasa pertama, beliau ditemukan dengan seorang lelaki dari Kelantan bernama Mohamad.
Mohamad difahamkan bekerja mencari rezeki di Pulau Pinang. Dengan upah setakat RM500, Mohamad terpaksa membuat kerja sampingan sebagai penghantar Foodpanda.
“Tak ada motor, dia pinjam basikal kawan-kawan. Seat dan banyak bahagian serba rosak. Lepas kerja, dia rehat 1 jam. Kemudian kayuh cari makan sampai 11 malam”.
Beliau sememangnya tidak bersetuju dengan stereotaip mengatakan bahawa orang Melayu kononnya malas, manakala orang Cina pula kaya.
“Saya dari dulu tak setuju. Ramai anak Cina bergelut cari makan. Ramai anak Melayu berusaha demi kehidupan. Adik Mohamad contoh terbaik”.
Tambahnya, ahli politik seharusnya tidak meletakkan stereotaip mengikut kaum dan agama sebegitu. Bantuan perlu dihulurkan buat semua rakyat.
Beliau turut bertanya apa yang diperlukan oleh Mohamad. “Dia segan tapi saya tahu hatinya. Saya bawanya ke kedai motor, beli Honda sebiji”.
Motosikal tersebut dibayar secara tunai dengan harga RM4,500 lengkap dengan insurans, cukai jalan dan diisi dengan minyak penuh.
Bukan setakat itu sahaja, beliau turut berbuka puasa bersama Mohamad. “Saya doakan Ramadan ini menjadi Ramadan yang lebih bermakna buat dirinya.
Beliau turut mengakhiri perkongsiannya dengan menulis, “I love my Malaysian family”, selain berharap agar urusan kerja Mohamad dipermudahkan.
Setakat ini, perkongsian beliau meraih lebih 19,000 retweet dan menerima banyak komen pengguna, antaranya :
@scheekeong/Twitter
@scheekeong/Twitter
@scheekeong/Twitter
Terbaik!