30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024
UtamaInspirasiAmbil inisiatif pulangkan dompet hilang yang ditemui di jalanan, rider GrabFood ini...

Ambil inisiatif pulangkan dompet hilang yang ditemui di jalanan, rider GrabFood ini tidak sangka sikap jujurnya buka pintu rezeki dengan perjalanan lebih luas

Adakala kehidupan seseorang menjadi agak sukar. Tetapi bila hati berkata, hidup dengan jujur walaupun ia sukar dan penuh cabaran, nescaya Tuhan menunjukkan jalan yang telah ditentukan.

Setahun yang lalu, seorang penunggang GrabFood yang jujur telah bertindak mengembalikan dompet hilang yang dijumpainya di Petaling Jaya kepada pemiliknya yang berada di Klang.

Tidak banyak yang diketahui dan tidak pula dia menyangka bahawa sikap jujur dengan kebaikan hatinya yang murni akan segera menunjukkan jalan kepada peluang untuk menjana pendapatan yang lebih baik pada masa hadapan. 

Facebook

Dedee Laksmana Ra yang berusia 39 tahun, sebelum ini bekerja sebagai pemandu lori. Dia kehilangan pekerjaannya kesan COVID-19 dan selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Dedee memutuskan untuk menjadi penghantar makanan untuk GrabFood demi kelangsungan hidup dan menyara keluarganya.

Satu hari pada bulan September 2020, Dedee menemui satu dompet tercicir di tepi jalan, ketika dia dalam perjalanan menghantar pesanan makanan di Damansara.

Dedee memutuskan untuk menyimpan dahulu dompet itu di dalam beg pemanas makanannya sambil berfikir dia akan mengembalikannya kepada pemilik ketika waktu rehat. Tetapi, Dedee terus terlupa mengenai niat memulangkan dompet ketika pulang ke rumahnya di Sungai Buloh.

Baru dia teringat akan dompet hilang itu ketika sedang memeriksa beg penghantarannya, dan kemudian membuka dompet berkenaan untuk melihat butiran pemilik.

Dedee mengenal pasti nama dan alamat pemilik melalui kad pengenalan yang berada dalam dompet.

Sekadar Gambar Hiasan / Unsplash

Menerusi Facebook, Dedee berusaha mencari alamat sebenar pemiliknya untuk memastikan dompet itu dapat dipulangkan dengan segera. Padanan gambar dalam kad pengenalan kelihatan sama dengan gambar profil di Facebook. Dedee kemudian menghantar pesanan kepada pengguna Facebook berkenaan, tetapi tidak menerima balasan.

Pada keesokan harinya, Dedee memutuskan untuk mengembalikan dompet itu secara peribadi kepada pemiliknya, yang dipercayai menetap di Klang.

Bapa kepada 5 orang anak ini berdoa dan berharap akan dapat menemui pemilik dompet pada akhirnya. Jadi, dia kemudian dengan misi utama itu telah menunggang motosikalnya dari Sungai Buloh ke Klang.

“Sekiranya saya tidak dapat mencari pemiliknya, saya akan menyerahkan dompet ini ke balai polis berhampiran,” katanya.

Dedee mengambil masa kira-kira satu jam dari rumahnya untuk sampai ke alamat yang tertera di kad pengenalan. Perjalanan biasanya sebagai penunggang GrabFood ketika membuat penghantaran makanan tidak pernah lebih 20 minit.

Namun syukur pada akhirnya, dompet itu telah dapat dikembalikan. Pada ketika itu pemiliknya tiada di rumah ketika Dedee datang bertandang. Jadi ibu pemilik telah menerima dompet itu bagi pihaknya.

Demi untuk menolak sebarang ganjaran daripada pemilik, dengan tidak meninggalkan nama dan nombor telefon, Dedee bagaimanapun bersetuju untuk membenarkan gambarnya diambil, yang kemudian pemilik dompet itu telah berkongsi sikap jujur dan inisiatif murni Dedee di Facebook.

Facebook

Pemilik dompet berkenaan telah menulis satu posting menyentuh hati mengenai Dedee yang jujur dan gigih di Facebook pada 18 September 2020, dan mengucapkan terima kasih kepada Dedee kerana telah menyelamatkannya daripada ditimpa lebih banyak masalah.

Posting Vivien Jamie Pillai di Facebook segera menjadi tular dan menarik perhatian ramai, termasuk pemilik restoran dan perniagaan Ali, Muthu & Ah Hock, Ernest Ong.

Ernest Ong berjaya mengesan dan menghubungi Dedee lalu menjemputnya untuk makan percuma di restorannya.

“Dia kata saya boleh bawa seberapa ramai kenalan ke restorannya untuk makan. Jadi hari itu, saya bawa keluarga saya ke sana, tetapi dia tidak berada di restoran ketika kami berkunjung,” kata Dedee ketika ditanya media.

Tidak lama kemudian, mereka telah bersemuka dan berbual. Tidak banyak yang Dedee tahu, pertemuan secara kebetulan itu telah menjalin hubungan persahabatan dengan Ong.

Penunggang GrabFood ini berkata Ong memberitahu yang dia baru melancarkan rangkaian produk kopi putih Ali, Muthu & Ah Hock, lantas Dedee bertanya sama ada dia boleh membantunya memasarkan produk itu dengan menjadi ejen jualan.

Facebook

“Dedee bertanya dia ingin membantu saya memasarkan dan menghantar pesanan produk saya dan saya pula terus bersetuju tanpa ragu-ragu,” kata Ong kepada Malay Mail.

Kini Dedee turut menjadi ejen menjual Kopi Putih Ali, Muthu & Ah Hock 3-In-1 sebagai perniagaan sampingan yang dapat menambah pendapatan keluarganya.

“Saya rider GrabFood, jadi saya ada menjual produk lain juga, dan sekarang saya membantu Ong menjual produk kopinya,” kata Dedee yang sentiasa berikhtiar demi memastikan kehidupan keluarganya menjadi lebih baik. 

Dedee menambah dia berjaya menjual kopi putih dengan banyak setelah Ernest Ong mempromosikan produk tersebut dengan giat di Facebook.

Facebook

“Saya menjual kopi secara dalam talian. Satu beg berharga RM14 dan terdapat dalam tiga rasa: asli, kurang manis, dan tanpa gula. Saya mengenakan kadar bayaran tetap RM5 untuk penghantaran bagi sesiapa yang tinggal di Lembah Klang,” kata Dedee.

Anda boleh membeli Kopi Putih Ali, Muthu & Ah Hock 3-In-1 melalui Dedee, dengan membuat pesanan di WhatsApp di talian 012-2735485 atau menghubungi Dedee Laksmana di Facebook untuk keterangan lanjut.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI