25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 9, 2024
UtamaBerita UtamaKes tertukar bayi: Siasatan dalaman akan dilakukan, petugas kesihatan yang cuai perlu...

Kes tertukar bayi: Siasatan dalaman akan dilakukan, petugas kesihatan yang cuai perlu dikenakan tindakan tatatertib

MELAKA: Berikutan kes tertukar bayi yang berlaku di Hospital Melaka pada 17 Februari lalu, Jabatan Kesihatan Negeri dalam satu kenyataan menyatakan bahawa pihak mereka akan melakukan siasatan dalaman terhadap petugas kesihatan yang terlibat dalam kes berkenaan.

Menurut laporan Berita Harian, EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata bahawa petugas kesihatan yang didapati melakukan kecuaian perlu dikenakan tindakan tatatertib.

Gambar hiasan. Unsplash

“Kes ini tidak pernah berlaku di Melaka dan ia dikatakan berpunca daripada kesilapan dan kecuaian petugas.

“Jadi saya mengesyorkan supaya petugas kesihatan yang terbabit dikenakan tindakan tatatertib kerana ia adalah kes yang serius,” katanya dalam sidang media di Ayer Molek pada 22 Februari.

Terdahulu, kes tertukar bayi yang berlaku ini telah mendapat perhatian ramai setelah seorang wanita memuatnaik kiriman yang menceritakan pengalamannya di laman Facebook miliknya.

Menurut wanita tersebut, dia telah dibenarkan pulang dari hospital pada 15 Februari sementara bayi lelakinya terpaksa ditahan di wad hospital kerana penyakit jaundis.

Walau bagaimanapun, apabila wanita itu hadir semula ke hospital pada 17 Februari untuk menyusukan bayinya, dia mendapati bahawa bayi lelaki yang diletakkan dalam katil bayinya bukanlah anaknya, tetapi adalah bayi milik orang lain.

Setelah disiasat, didapati bahawa bayi miliknya telah dibawa pulang oleh seorang lagi wanita lain pada waktu tengah hari pada hari yang sama.

Bagaimanapun, pihak hospital kemudiannya berjaya menghubungi semula pemilik sebenar bayi yang ditinggalkan di hospital itu dan kedua-duanya telah menukar semula bayi masing-masing.

Sehubungan kes ini, Datuk Rahmad yang mewakili kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan negeri telah memohon maaf mengenai kes yang berlaku dan berharap agar kejadian yang sama tidak akan berulang lagi.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI