25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaBerita UtamaDaerah Pitas disahkan dilanda wabak Demam Babi Afrika

Daerah Pitas disahkan dilanda wabak Demam Babi Afrika

KOTA KINABALU: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (JPVS) hari ini mengisytiharkan wabak Demam Babi Afrika (ASF) di daerah Pitas berikutan penemuan virus berkenaan pada babi yang diternak di daerah itu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, berkata berikutan pengisytiharan itu, JPVS diberi kuasa mengambil tindakan bagi menghalang penularan penyakit ASF mengikut Subseksyen 45(1) Enakmen Haiwan 2015.

“Ini termasuk memusnahkan babi di kawasan terjejas, mengawal pergerakan babi dan penjualan produk daging babi yang berasal dari kawasan terjejas.

“Pada masa sama, kampung dan premis terjejas akan dinyahkuman dan kerajaan menerusi JPVS akan melaksanakan kempen kesedaran untuk meningkatkan kefahaman orang ramai tentang penyakit ini,” katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu.

Setakat ini, katanya dianggarkan 2,500 ekor babi dalam lingkungan 50 kilometer dari Pitas terbabit dalam pemusnahan itu.

Beliau juga memberitahu bahawa kerajaan akan menimbang untuk memberi pampasan kepada penternak yang babi mereka dimusnahkan JPVS berdasarkan kadar yang akan ditentukan kemudian.

Jeffrey berkata langkah kawalan ini akan diselaraskan menerusi jawatankuasa pengurusan bencana daerah dan dijangka diselesaikan dalam masa enam bulan.

“Matlamat utama kami adalah untuk menghentikan penyakit ini daripada merebak ke ladang babi secara komersial di Tuaran, Kota Kinabalu, Papar, Sandakan dan Tawau,” tambahnya lagi.

Antara 8 hingga 11 Februari, sejumlah 308 ekor babi dan babi hutan ditemui mati di 5 lokasi, meliputi 3 daerah Pitas, Kota Marudu dan Beluran.

Pihak berkuasa melakukan ujian reaksi berantai ‘polimerase real-time’ (RT-PCR) ke atas babi domestik dan babi hutan yang mati, dan akhirnya mengesahkan pada 19 Februari bahawa hasil ujian menunjukkan babi-babi tersebut positif demam babi Afrika.

Asal-usul serta bagaimana ASF boleh masuk ke Sabah walau bagaimanapun masih belum diketahui.

Organisasi Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) melaporkan bahawa kes pertama demam babi Afrika di Sabah berasal dari babi domestik di daerah Pitas, tetapi asal usul dan penyebabnya masih belum diketahui.

Laporan itu menunjukkan bahawa Agensi Perkhidmatan Veterinar Malaysia hanya memulakan siasatan dan ujian terhadap ASF di Sabah setelah menerima berita mengenai kematian babi hutan di Sabah.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI