32.2 C
Kuala Lumpur
Monday, October 14, 2024
UtamaGlobalRepublikan pilih Trump sebagai presiden terbaik, mengalahkan Reagan

Republikan pilih Trump sebagai presiden terbaik, mengalahkan Reagan

Suatu tinjauan baru dalam kalangan Republikan menunjukkan bahawa bekas Presiden Donald Trump dipilih sebagai presiden terbaik , berbanding bekas Presiden Ronald Reagan.

Dalam tinjauan Economist/YouGov terkini, 36% ahli Republikan memilih Trump sebagai yang terbaik, sementara 18% memilih Reagan, 13% memilih Presiden Abraham Lincoln dan 11% lagi Presiden George Washington adalah yang terbaik.

Republikan sebelum itu memilih Reagan (36%) berbanding Trump (10%) pada tahun 2018, menurut tinjauan itu.

“Perubahan dalam peringkat GOP sejak tahun 2018 ketika tinjauan terakhir dilakukan, sangat menonjol. Pada 2018, Republikan menduduki peringkat pertama Reagan (36%), diikuti oleh Trump (10%)”.

“Kini keadaan terbalik, dengan peratusan Republikan yang menamakan Trump sebagai Presiden terbaik meningkat tiga kali ganda menjadi 36% – dua kali ganda jumlah yang masih memilih Ronald Reagan (18%)”, jelas tinjauan itu.

Tinjauan ini adalah titik data terbaru yang menunjukkan bahawa Trump masih lagi popular dalam kalangan Republikan.

Pada 11 Februari, tinjauan CBS News mendedahkan bahawa 70% Republikan mempertimbangkan untuk bergabung dengan sebuah parti politik baru yang dipimpin oleh Trump.

Sebanyak 33% dari Parti Republikan yang mengambil bahagian dalam tinjauan yang dilakukan antara 5 Februari dan 8 Februari itu juga mengatakan mereka akan sertai parti pecahan pimpinan Trump.

Manakala 37% lagi mengatakan mereka ‘mungkin’ akan bergabung dengan parti baru, sementara 30% selebihnya mengatakan mereka akan tetap bersama Parti Republikan.

Trump semasa Turning Point USA Student Action Summit di Pusat Konvensyen Palm Beach County, West Palm Beach pada Disember 2019 (Nicholas Kamm/AFP | Getty Images)

Tinjauan itu dilakukan semasa perbicaraan pendakwaan kedua Trump, yang akhirnya menyebabkan beliau dibebaskan. Tujuh senator Republikan memilih untuk mendakwa bekas presiden itu, sementara Pemimpin Parti Republik Senat, Mitch McConnell menyalahkan Trump atas rusuhan tersebut tetapi memilih untuk membebaskannya.

Bagaimanapun McConnell berpendapat bahawa Trump mungkin perlu menghadapi pendakwaan jenayah atau tuntutan sivil.

Dewan mendakwa bekas presiden itu bulan lalu kerana didakwa melakukan hasutan keganasan pada 6 Januari. Menurut pihak Trump, beliau meminta para penunjuk perasaan untuk bersuara secara damai dan patriotik semasa demonstrasi.

Dewan Demokrat kemudiannya berpendapat bahawa Trump bertanggung jawab secara peribadi terhadap rusuhan tersebut dan menyifatkan ia sebagai pemberontakan.

Dan nampaknya Trump mungkin berusaha memanfaatkan popularitinya. Dalam satu kenyataan, beliau mengatakan Senat tidak akan dapat memenangi lebih banyak kerusi dengan di bawah pucuk pimpinan McConnell.

Ini  menunjukkan bahawa beliau akan berusaha menjadi calon utama memihak kepada mereka yang menyokong agendanya.

“Dedikasi McConnell seperti biasa adalah untuk perniagaan, dasar status quo, bersama dengan kurangnya wawasan politik, kebijaksanaan, keterampilan dan keperibadiannya”.

“Ia dengan pantas mengubahkan daripada Pemimpin Majoriti menjadi Pemimpin Minoriti. Dan itu hanya akan menjadi lebih buruk”, kata Trump satu kenyataan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI