26.5 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024
UtamaBerita UtamaMenderita penyakit tumor tulang belakang, remaja 13 tahun rayu sumbangan orang ramai...

Menderita penyakit tumor tulang belakang, remaja 13 tahun rayu sumbangan orang ramai untuk jalani pembedahan

PAPAR: Seorang remaja lelaki, Mohammad Haikhal Ali Hussin, 13, yang menderita penyakit tumor tulang belakang merayu sumbangan daripada orang ramai bagi menanggung kos pembedahannya berjumlah RM60,000.

Dia yang dahulunya seorang yang aktif dalam sukan olahraga kini terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Ibunya, Widyaayu Hamdin, 33, berkata anak lelakinya itu mula menghidap penyakit tersebut sejak tahun lalu.

Berita Harian/Sumber ihsan Widyaayu Hamdin

“Haikhal mula berasa sakit di bahagian belakang badannya pada awal Mac tahun lalu ketika dia berusia 12 tahun.”

“Pada mulanya, kami menganggap ia hanya sakit biasa kerana sudah membawa Haikhal ke Hospital Papar bagi menjalani ujian x-ray sebanyak dua kali, selain doktor memberitahu tiada apa-apa.”

“Jadi, setiap kali dia sakit belakang kami berikan panadol, sebelum memutuskan untuk membawanya melakukan pemeriksaan di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2 dan dia disahkan menghidap penyakit itu” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Suami Widyaayu, Ali Hussin Boyat, 39, hanya bekerja sambilan di Majlis Daerah Papar (MDP).

Widyaayu yang juga suri rumah berkata, disebabkan oleh penyakit yang dihidapi, anaknya sulung daripada empat beradik itu terpaksa menggunakan kerusi roda untuk memudahkan pergerakannya.

“HQE 2 memaklumkan pembedahan perlu dilakukan dengan segera dan saya difahamkan kos sebanyak RM60,000 diperlukan.”

“Bagaimanapun, kami sedang menunggu kelulusan permohonan dana kebajikan hospital berjumlah RM21,000 bagi menampung sebahagian kos pembedahan itu,” katanya.

Beliau berkata, penyakit itu juga membuatkan anaknya agak perlahan dalam mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), selain sukar memegang pensil.

Sementara itu, Haikhal ketika ditemui mengakui berasa sedih dengan keadaan dialaminya, namun tetap menguatkan semangat.

“Saya akui rasa sedih, tetapi saya harus bersemangat. Walaupun saya hanya mampu berada di rumah, tetapi rakan-rakan selalu menghubungi bertanya khabar menerusi WhatsApp.”

“Setiap kali waktu malam, rasa sakit akan mula menyerang belakang badan dan saya harus mengambil ubat panadol dan ubat tahan sakit saraf,” katanya yang perlu tidur dalam keadaan mencangkung disebabkan penyakit itu.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI