Ketika permulaan musim bunga, ia adalah alasan buat pasangan naga laut memulakan ‘janji temu’ mereka yang begitu indah dan unik.
Pada suatu petang di dalam taman laut yang indah pasangan naga laut jantan dan betina mula menari beriringan.
Dalam duet sejoli yang anggun, pasangan naga laut bergerak dengan tarian yang sama, seiring antara satu sama lain.
Kedua-duanya menari indah seperti dalam Strictly Come Dancing mengalun pergerakan yang sama dan begitu serasi bagai pasangan penari legenda Fred Astaire dan Ginger Rogers.
Begitu mirip dan agak luar biasa bersama pemandangan alunan tumbuhan di taman laut yang indah mengiringi tarian mereka, seekor naga laut jantan dengan lemah lembut menggoda seekor naga laut betina dengan menunjukkan siripnya yang cantik, berwarna-warni dan kelihatan sangat mewah.
Dua bulan kemudian, hasil ‘janji temu’ dan tarian indah pasangan naga laut itu didedahkan.
Tetapi naga laut jantan kelihatan ditinggalkan sedang membawa telur naga laut betina, dengan barisan atau deretan ratusan telur dibenam di bahagian ekornya.
Pada malam kejadian yang indah itu, naga laut betina memindahkan telurnya kepada pasangannya naga laut jantan.
Sejak itu, naga laut jantan sahaja yang akan menjaga anak-anak mereka yang belum lagi menetas. Si bapa akan menjaga telur-telur itu dengan baik serta penuh tanggungjawab.
Dan kini, sudah tiba masanya usaha si bapa yang begitu gigih dan berhati-hati melindungi anak-anaknya akan dihargai.
Telur-telur naga laut mula siap untuk menetas.
Dalam ketenangan pagi musim panas, seekor naga laut yang masih bayi dan belum sempurna terbuka sarung telurnya telah selamat dilahirkan.
Rumpai laut menjadi tempat berlindung anak naga laut yang lebih tua dan mereka sudah pandai berdikari mencari makan sendiri.
Walaupun naga laut yang masih bayi dijaga dengan baik oleh bapa mereka, anak-anak kecil ini telah diajar sejak lahir supaya mesti mencari jalan dalam dunia mereka sendiri.
Kebanyakan berhabitat di pesisir laut selatan Australia, naga laut atau ‘seadragon’ atau ‘Phyllopteryx taeniolatus’ adalah satu-satunya spesies yang diketahui bersama dengan kuda laut dan pipefish, yang mana pasangan jantan akan membawa dan mengeram telur sehingga anak mereka menetas.
Walaupun telurnya dikeluarkan oleh naga laut betina, si ibu akan meletakkan kira-kira 120 daripadanya ke atas ekor si bapa di mana mereka kemudian disenyawakan dan akhirnya membesar sehingga menetas.
Memakan plankton, ikan kecil, larva dan krustasea seperti udang kecil, naga laut menyerupai rumpai laut bergoyang menjadikannya sukar untuk ditemui di habitat semula jadi walaupun panjangnya adalah sekitar 46 sentimeter.
Tonton video di bawah: