31.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024
UtamaInspirasiSeorang lelaki secara mengajaibkan sembuh dari COVID-19

Seorang lelaki secara mengajaibkan sembuh dari COVID-19

Seorang penduduk Texas, Amerika Syarikat bernama Dong Nguyen merasa cukup bertuah kerana berjaya bertahan semasa dirinya berperang melawan COVID-19 pada musim luruh lalu.

Pada saat paling kritikal dalam hidupnya, dia menemui rawatan luar biasa yang membantunya pulih. Lelaki berusia 66 tahun itu dilaporkan jarang keluar pada tahun lalu.

Tetapi pada 3 Ogos 2020, dia keluar ke kedai untuk mencuba nasib dan menyertai loteri. Menurutnya, dia memakai pelitup muka ketika memasuki dan keluar daripada premis tersebut. Lewat hari itu, dia mengalami demam dan keadaannya kian memburuk.

Keesokan paginya, dia telah dihantar ke hospital oleh isteri dan anaknya dan doktor mengesahkan bahawa dirinya positif COVID-19. Dia kemudian ditempatkan di hospital, dikuarantin dan menerima rawatan untuk COVID-19, tekanan darah tinggi dan tahap gula dalam darah yang tinggi.

“Doktor beri saya antibiotik secara intravena dan memberi saya tiga atau empat ubat lain. Kadar gula darah saya setinggi 400 mg/dL, walaupun saya tidak pernah menghidap diabetes sebelumnya”, kata Nguyen kepada The Epoch Times.

Menurut Pusat Penyakit dan Pencegahan (CDC), kadar gula dalam darah normal sebelum makan adalah 80 hingga 130 mg/dL dan kurang dari 180 mg/dL dua jam selepas makan.

Nguyen juga batuk tanpa henti dan tidak dapat makan atau tidur. Keadaannya merosot dengan cepat memerlukan oksigen tambahan.

“Kakitangan hospital dengan cepat memberi saya oksigen tambahan. Daripada petang hingga subuh keesokan harinya, saya berada dalam keadaan separuh koma”.

Dong Nguyen, didiagnosis dengan COVID-19, menunggu untuk keluar dari hospital ke kuarantin di rumah, Texas pada 7 Ogos 2020. (Sumber ihsan dari Dong Nguyen)

Nguyen mengatakan bahawa ubat-ubatan tersebut tidak membantu menurunkan kadar gula darahnya atau tekanan darah tinggi. Dia juga mengalami kesukaran bernafas dan sakit kepala.

Rasa putus asa, Nguyen meminta doktor mengeluarkannya daripada hospital setelah tiga hari dan dia mahu dikuarantin di rumah. Menurutnya dia tidak bertambah baik di hospital dan berasa ada individu lain yang lebih memerlukan katil di hospital itu.

Doktor membenarkan Nguyen keluar memandangkan anaknya adalah pelatih perubatan. Dia dibawa pulang ke rumah dengan beberapa ubat, suntikan insulin dan dua mesin oksigen.

“Oleh kerana saya sangat lemah, isteri dan anak saya terpaksa mengangkat saya masuk ke rumah walaupun jaraknya tidak jauh. Saya rasa takut, bimbang dan pesimis”.

“Paru-paru saya terasa seperti sudah rosak – sebahagiannya kerana virus PKC, ubat-ubatan dan tidak dapat makan serta tidur untuk tempoh seminggu”.

Berita bahawa kenalannya yang turut dijangkiti COVID-19 berada dalam keadaan koma turut melemahkan semangatnya.

Saat sedang berputus asa, dia kemudian teringat akan rakan doktornya yang memperkenalkan amalan tubuh dan minda padanya. Nguyen lantas menghubungi rakannya itu dan memberitahu keadaannya serta bertanya akan amalan tersebut.

Tidak rugi apa-apa

Setelah semalaman memikirkan keadaannya, Nguyen yang merupakan pengamal perubatan tradisional Cina, memutuskan untuk mengurus keadaannya.

Tanpa sebarang tanda pemulihan dan bertentangan dengan nasihat anaknya, Nguyen memutuskan untuk berhenti mengambil ubatan bagi menurunkan tahap gula dalam darah dan tekanan darah tingginya.

Sebaliknya dia meminta isterinya untuk menyediakan ramuan tradisional Vietnam daripada halia, bawang putih, lemon, cuka dan madu untuk selesema.

Nguyen ingin memulakan hidup berdasarkan prinsip kebenaran, belas kasihan dan kesabaran, yang merupakan prinsip utama Falun Dafa – amalan kerohanian Cina popular pada 1990-an, seperti apa yang diperkenalkan oleh rakan doktornya itu.

Dong Nguyen mengunjungi Geneva, Switzerland, pada tahun 2001. (Sumber ihsan dari Dong Nguyen)

Falun Dafa, juga dikenal sebagai Falun Gong, berbeza dengan praktis qigong yang lain kerana ia mempunyai komponen kerohanian yang berfokus pada peningkatan akhlak seseorang.

Sayangnya, populariti dan tumpuan amalan ini pada nilai-nilai tradisional menjadikannya sebagai sasaran PKC yang terus menangkap, memenjara, menyeksa dan menuai organ orang yang berpegang teguh pada kepercayaan tersebut.

Keadaan beransur baik

Nguyen mengatakan bahawa dia melihat peningkatan segera walaupun dia hanya dapat duduk untuk melakukan latihan Falun Dafa yang bergerak perlahan.

“Kesannya sangat ajaib. Ketika saya menjalani latihan Falun Dafa yang ketiga, saya merasa lebih baik”, ujarnya.

“Nafas saya naik hingga 50% daripada 10% sebelumnya, suara saya lebih jelas dan saya tidak lagi merasa demam. Batuk saya juga reda dan kadar gula darah saya turun menjadi 135 mg/dL”, tambahnya.

Malahan, Nguyen mengatakan bahawa dia tidak lagi memerlukan bantuan oksigen.

Setelah dua hari, Nguyen menyatakan bahawa dia merasa cukup kuat untuk berdiri melakukan latihan meditasi Falun Dafa, sementara pernafasannya meningkat menjadi 85%. Tekanan darah dan paras gula juga stabil.

Tambah Nguyen, dia sekali lagi menjalani ujian saringan COVID-19 beberapa hari selepas itu dan keputusannya negatif. Dia kini bebas daripada virus PKC.

Nguyen mengatakan dia bersyukur kerana amalan Falun Dafa membantu memulihkannya selain pandangannya mengenai kehidupan juga semakin positif.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI