Seorang netizen berkongsi dalam Facebook Kumpulan “Bangfu Commune Public Edition” bahawa larva kumbang peliharaannya yang dikenali sebagai ‘golden legend’ nyaris ditelan oleh anjing kesayangan.
Netizen ini menulis dalam postingnya, anjingnya telah menggali dan cuba bermain dengan larva kumbang dari spesies Megasoma elephas elephas yang dijaganya dengan begitu teliti, kerana ia hanya bertukar menjadi kumbang selepas tempoh sekurang-kurangnya 18 bulan atau hampir 2 tahun.
Terkejut dengan keletah nakal anjingnya itu sambil berpeluh dingin, netizen ini segera bergegas menyelamatkan larva kumbang itu yang nampaknya sudah berwarna keemasan dan hampir membentuk kumbang ‘golden legend’.
Setelah perkongsian dalam posting itu, ia telah menimbulkan perbincangan hangat di kalangan netizen.
Beberapa netizen dengan rasa geli hati menulis, “Peringkat larva sahaja memakan masa hampir 2 tahun. Saya juga mungkin akan berdebar dan menjadi marah…”
Kelihatan dalam gambar, netizen ini memegang dengan berhati-hati larva kuning emas itu yang dilitupi tanah. Larva emas besar berada di tengah-tengah span bertanah hitam. Anjing itu berdiri di sebelah tuannya dan memerhatikannya dengan teruja.
Sudah pasti tuan empunya menjadi tidak berdaya dan rasa berdebar kerana anjing menggali habis tempat tinggal larva kuning emas sebab hanya mahu bermain dengannya. Apa yang dia tahu.
Sambil hanya mampu tersenyum pahit, dia berkata kepada anjingnya, “Mahu bermain, pergi bermain dengan mainan getah kamu. Ini bukan permainan. Saya menjaga dan membesarkan kumbang emas ini sudah hampir mencapai 2 tahun.”
Setelah membaca posting itu, para netizen menulis, “Anjing kelihatan teruja. Besarnya kumbang boleh bersamaan dengan tiga cawan makanan anjing.”
“Kumbang sedang menjalani proses metamorfosis, kena sabar menunggu.”
Ada pula netizen yang bimbang menulis, “Boleh bertahan menjaga dan membesarkan kumbang dalam tempoh itu, amat mengagumkan. Peringkat larva sahaja memakan masa hampir 2 tahun. Saya boleh jadi marah dan kurang sabar.”
“Hampir boleh dimakan? Ia agak berbahaya,” tulis seorang netizen.
“Kitaran tumbesaran kumbang ini terlalu panjang, ia benar-benar bertahan dalam kepompong. Peringkat kritikal sehingga berubah warna kuning keemasan. Sekiranya masih berwarna putih, ia mungkin tidak akan bertahan,” tulis netizen lain.