Rakaman dalam video ini menunjukkan dua ekor tikus dilihat sedang melompat-lompat di atas piza dan quiche, yang dilaporkan berlaku di sebuah kafe yang terletak di Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris, Perancis.
Rakaman itu, yang dikongsi pada tahun lalu mengenal pasti dua ekor tikus di dalam ruang mempamer makanan di salah sebuah kafe lapangan terbang itu. Tidak pasti sama ada hanya dua ekor ini sahaja yang berada di sini, tetapi berkemungkinan mereka lebih banyak jika tiada orang ramai yang melihat.
Kebetulan beberapa penumpang yang berada di lapangan terbang itu terlihat tikus ini sedang melompat-lompat ke sana sini di atas kesemua piza dan hidangan roti yang nampak lazat itu lalu mereka berkongsi di media sosial.
Biasanya rakaman di kaunter makanan di Lapangan Terbang Charles de Gaulle Paris bukanlah perkara paling pelik.
Walaupun gambar piza dan quiche yang nampak lazat itu pasti menggoda selera untuk dikongsi di media sosial, namun terdapat alasan lain di sisi gelap yang akan mematahkan selera tetapi anda akan terus menonton video ini untuk melihat tikus kecil itu bermain-main di kaunter makanan kafe.
Nampaknya kedua penjahat comel ini tidak tertahan dengan bau harum keju di atas piza, atau mungkin pencarian mereka kepada quiche telah membawa diri masing-masing spontan keluar ke tempat terbuka.
Kedua-dua bintang tidak diundang dalam video makanan di lapangan terbang tidak berhenti untuk berkata ‘cheese’, walaupun mereka tidak memikirkannya dan tiada niat langsung.
Rakaman video kemudian merakam pekerja kafe yang sedang sibuk melayan pesanan tanpa menyedari apa yang sedang berlaku di kaunter makanan.
Mereka menjalankan perniagaan tanpa rasa curiga mendengar bunyi “Cit! Cit!”, mungkin beranggapan semua mencicit itu hanyalah bunyi mesin pengadun doh piza dan quiche yang kurang minyak pelincir.
Netizen yang merakam video ini mungkin sedang ketawa di belakang kamera, tetapi melihat seekor dua tikus di tempat penyediaan makanan bukanlah sesuatu yang menyenangkan tekak dan perut mereka. Walaupun makhluk kecil ini seakan lucu untuk dilihat, mereka bukan bahan makanan tambahan yang sihat untuk piza dan quiche.
Tikus yang biasa, manis dan comel untuk dilihat, malangnya boleh menyebabkan pelbagai penyakit yang membuat anda sangat sakit. Ini termasuk hantavirus, salmonellosis dan listeria, yang tersebar melalui air kencing, kotoran, air liur dan bahan bersarang.
Walaupun penumpang hanya melihat dua ekor tikus kecil di Lapangan Terbang Charles de Gaulle, kemungkinan mereka berasal dari koloni yang jauh lebih besar. Seekor tikus betina dapat membiak hingga 10 kali ganda dalam setahun, dengan rata-rata enam hingga lapan anak tikus dilahirkan sekaligus.
Ini bermakna sebuah koloni kecil dalam enam ekor boleh berlipat ganda menjadi lebih daripada 60 ekor dalam masa tiga bulan sahaja. Bayangkan sekiranya kebersihan tidak dijaga dan pembiakan tikus itu terus dibiarkan.
Walaupun mereka tidak tinggal di lapangan terbang, adalah sangat sukar untuk mengesan kehadiran tikus yang licik. Mereka boleh masuk melalui lubang berukuran paling kecil dan paling sempit dan mereka boleh melompat, mendaki bahkan berenang untuk mendapatkan makanan.
Jelas, premis ini perlu mengambil beberapa langkah serius untuk memperbaiki tahap kebersihan, serta memeriksa tempat pembuangan sampah dan pembiakan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan lipas, kerana kejadian seperti ini tidak seharusnya dibiarkan berlaku.
Tonton video di bawah:
https://www.facebook.com/heymissen/posts/10222083416108356