30.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024
UtamaKisah BenarAngkara ‘scammer’, pemuda kongsi sedih RM3,000 lesap, mahu netizen buka mata

Angkara ‘scammer’, pemuda kongsi sedih RM3,000 lesap, mahu netizen buka mata

Penipuan atas talian kini kian bermaharajalela, ditambah lagi dengan keadaan sesetengah masyarakat yang amat terkesan dengan impak COVID-19 terhadap kehidupan masing-masing.

Maka tidak hairanlah aktiviti sebegini masih lagi berlaku oleh individu tidak bertanggungjawab. November tahun lalu, seorang pengguna Facebook ada berkongsi pengalamannya.

Menurut Hong Zhen, pada petang 14 November lalu, dia menerima satu mesej daripada 68833 (nombor yang digunakan CIMB Bank), memintanya untuk mengesahkan maklumat peribadi sebelum akaunnya ditamatkan.

“Oleh kerana pautan yang disertakan agak mirip dengan laman CIMB Clicks yang biasa digunakan, saya pada ketika itu berasa langsung tidak curiga”.

Namun selepas sahaja dia mengisi maklumat, sistem itu selagi lagi menghantar mesej mengandungi ‘Approve Tag’ yang akhirnya ditekan oleh Hong Zhen.

Hong Zhen/Facebook

“Kesemua wang yang berada di dalam akaun bank saya hilang serta merta. Bagi kebanyakan orang, ia mungkin tidak begitu banyak, RM3,000”, tulisnya.

“Tetapi bagi saya yang masih belum lagi bergraduasi secara rasmi, ia adalah sejumlah wang yang membolehkan saya untuk meneruskan kehidupan selama 6 bulan di Kuala Lumpur”.

Hong Zhen kemudian membuat laporan polis dan memberitahu perkara ini pada pihak CIMB Bank. Dia berharap agar wangnya itu dapat dikembalikannya.

Pihak bank walau bagaimanapun tidak menjanjikan sama ada wang RM3,000 itu dapat dikembalikan semula pada Hong Zhen.

Insiden itu benar-benar memberi kesan pada Hong Zhen. Dia berasa seperti ‘terpukul’ dan sangat sedih akannya sehingga air matanya mengalir.

Hong Zhen turut menghubungi keluarga dan rakan untuk berkongsi sedih. Mereka meminta Hong Zhen untuk menerima kenyataan pahit berkenaan.

Gambar Hiasan/Facebook

“Tuhan menutup satu jalan dan kemudiannya akan membuka jalan yang lain buat kita”, fikir Hong Zhen.

Insiden itu meninggalkan trauma buat Hong Zhen yang menganggapnya sebagai satu mimpi ngeri hampir setiap malam.

“Ia bukanlah mimpi, ia benar-benar terjadi. Apa akan jadi di kemudian hari? Saya masih tidak mengetahui jawapannya”.

“Apa yang saya boleh lakukan adalah berkongsi pengalaman ini bersama kamu semua, agar tiada sesiapa yang mengalami situasi sama seperti saya”.

“Buat individu yang tidak bertanggungjawab itu, anda mungkin rasa senang sekarang. ketika wabak ini berlaku, anda menipu orang untuk kesenangan anda”.

“Namun anda tidak sedar situasi itu membuatkan ramai yang berasa seperti mahu membunuh diri malah hilang keluarga masing-masing. Anda adalah pembunuh”.

“Mereka bekerja keras untuk mendapatkan wang namun anda dengan mudah merampasnya daripada mereka”, akhirinya.

Oleh itu, sentiasa hati-hati jika menerima apa-apa mesej yang meminta maklumat peribadi anda. Siasat dan bezakan dahulu laman web rasmi bank masing-masing sebelum melakukan apa-apa ya!

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI