25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024
UtamaNasionalTUDM kesan, pintas 16 pesawat China memasuki Zon Maritim Malaysia

TUDM kesan, pintas 16 pesawat China memasuki Zon Maritim Malaysia

Penerbangan yang mencurigakan oleh 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) dikesan memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM), Kota Kinabalu FIR.

Menurut Panglima Tentera Udara (PTU) Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad, ia dikesan oleh Radar Pertahanan Udara TUDM daripada Pusat Pertahanan Udara (CRC 2) di Sarawak pada jam 11.53 pagi, 1 Jun.

Ujar beliau, kesemua pesawat terbabit dikesan terbang secara formasi taktikal ‘in-trail’ pada jarak 60 batu nautika antara satu sama lain.

Sementara formasi panjang tersebut juga telah terbang dengan paten dan haluan yang sama menggunakan satu titik laluan masuk dan keluar.

“Mereka kemudian mengubah arah penerbangan di ruang udara Beting Patinggi Ali yang berkepentingan pada negara”, tambahnya.

Bernama

Kesemua pesawat berkenaan dikesan terbang pada ketinggian antara 23,000 hingga 27,000 kaki dengan kelajuan 290 knots melalui Singpore FIR, sebelum memasuki ZMM Kota Kinabalu FIR.

“Pesawat-pesawat itu seterusnya terbang menghala menghampiri 60 batu nautika daripada pesisir pantai Wilayah Sarawak yang dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara.

Bernama

Sehubungan dengan insiden itu, TUDM telah meletakkan pesawat Hawk 208 daripada No. 6 Skuadron, Pangkalan Udara Labuan dalam keadaan siap sedia melalui Operasi Curiga TUDM.

Pemantauan menerusi radar pertahanan udara masih diteruskan terhadap pesawat terbabit, selain beberapa percubaan mengarahkan mereka menghubungi kawalan trafik udara Kota Kinabalu FIR.

Bernama

“Apabila arahan tidak dipatuhi dan melangkaui persempadanan Kota Kinabalu FIR, TUDM telah melancarkan pesawat pemintas pada jam 1.33 petang bagi melakukan identifikasi visual.

“TUDM telah mengenalpasti pesawat-pesawat terbabit – jenis Ilyushin Il-76 dan pesawat Xian Y-20 iaitu pesawat pengangkut strategik yang berupaya melaksanakan pelbagai misi”.

Ujarnya, kejadian itu merupakan satu perkara serius terhadap ancaman kedaulatan negara dan keselamatan penerbangan berdasarkan kepadatan trafik udara dalam laluan penerbangan Kota Kinabalu FIR.

Bernama

“Insiden berkenaan telah dikendalikan oleh TUDM khasnya dan Angkatan Tentera Malaysia amnya berlandaskan undang-undang dan peraturan penerbangan antarabangsa International Civil Aviation Organization (ICAO) serta Strategi Pertahanan Udara Nasional (SPUN)”.

Menurut Ackbal, Kementerian Luar telah mengambil maklum mengenai perkara ini melalui Kementerian Pertahanan.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI