Pada 2 Jun, Menteri Kanan (Pertahanan) ada memuat naik satu foto di Facebook dengan kapsyen yang mengundang pelbagai persoalan.
Menerusi foto tersebut, dapat dilihat bahawa beliau sedang berdiri di hadapan pintu pejabatnya, sambil memegang pemegang pintu.
Jelas kelihatan papan namanya terpampang di hadapan pintu. “Saya dah tutup pintu depan tapi……..”, tulisnya yang turut diakhiri dengan ’emoji’ sedih.
Ismail Sabri Yaakob/Facebook
Memandangkan ayat itu tergantung maka maksud sebenar ayat berkenaan tidak diketahui dengan jelas.
Malahan ia sekaligus tular lantas mencetuskan perbualan hangat antara netizen di media sosial. Ramai yang tertanya-tanya apa agaknya yang cuba disampaikan beliau..
Sehingga kini ia telah menerima lebih 70,000 reaksi dan kebanyakan warganet beranggapan bahawa ia membawa maksud tersirat yang cukup besar.

Ismail Sabri Yaakob/Facebook
Seorang pengguna di ruangan komen ada menyebut bahawa beliau sedang merujuk kepada usaha kerajaan Perikatan Nasional dalam menguatkuasakan ‘total lockdown’.
Terdahulu, beliau ada mengadakan sidang media bagi memberitahu prosedur operasi standard dan larangan semasa perintah itu dikuatkuasakan bermula 1 Jun.
Malaysia kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh selama 14 hari, sehingga 14 Jun.
Kesemua aktiviti sosial dan ekonomi diarahkan untuk ditutup.