Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh baru-baru ini memberi kesan kepada banyak industri termasuklah kedai bunga.
Mereka tidak dibenarkan untuk beroperasi lantas menyebabkan petani dan pengusaha bunga tempatan mengalami kerugian.

Letchu Manan/Facebook
Baru-baru ini, tular di laman Facebook akan satu video menunjukkan sebuah kenderaan yang penuh dengan bunga, dipercayai di Cameron Highlands, Pahang.
Agak menyedihkan apabila bunga tersebut terpaksa dibuang begitu sahaja. “Inilah situasi kami sebagai pembekal bunga di Malaysia ketika ‘lockdown’ ini”, tulis pengguna Facebook, Letchu Manan.

Letchu Manan/Facebook
Kita sedia maklum bahawa bunga segar tidak dapat bertahan lama dan jika tidak terjual, ianya terpaksa dibuang.
Apabila kedai diarahkan untuk ditutup, mereka terpaksa membuang semua bunga-bunga mereka. “Siapa mahu tanggung kerugian ini?” soal pengguna itu.

Letchu Manan/Facebook
Tambahnya, penggunaan bunga segar sebegini adalah satu kemestian buat masyarakat India untuk bersembahyang.
Letchu Manan juga meminta pihak berkenaan untuk bersikap adil terhadap mereka memandangkan industri ini berada di bawah sektor pertanian.
Semoga perkongsian ini dapat membuka mata pihak berwajib dan akan mendapat keadilan sewajarnya dalam masa terdekat.