30.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024
UtamaBerita UtamaPemandu lori rempuh lima kereta di lampu isyarat disahkan positif dadah

Pemandu lori rempuh lima kereta di lampu isyarat disahkan positif dadah

Sebuah lori yang hilang kawalan merempuh lima kenderaan dalam kemalangan di lampu isyarat di Jalan Ipoh, Sentul, Kuala Lumpur pada petang Isnin, 6 September.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, lima kenderaan dirempuh dalam kejadian kemalangan kira-kira jam 2.40 petang melibatkan dua Perodua Myvi berwarna kuning dan putih, Proton X70, Honda HRV serta Peugeot 208 FL.

Paparan Skrin / Facebook

Siasatan awal mendapati lori yang dipandu dari arah Jalan Duta menghala ke Sentul itu hilang kawalan di lampu isyarat dan merempuh dalam pergerakan yang laju ke atas lima buah kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat.

Sejurus kemalangan, seorang pemandu berusia 45 tahun yang terlibat dalam kemalangan telah terperangkap dalam kenderaan Myvi berwarna kuning yang remuk teruk, namun telah berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Paparan Skrin / Facebook

“Pemandu kenderaan Myvi berwarna kuning cedera ringan di bahagian muka dan mendapat rawatan di zon hijau Hospital Besar Kuala Lumpur,” menurut ACP Sarifudin.

“Pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan parah dan kesemua mangsa mendapatkan rawatan dan dibenarkan pulang,” tambahnya dalam kenyataan kepada Bernama pada Isnin.

Paparan Skrin / Facebook

Sementara itu, pemandu lori berkenaan yang turut tidak mengalami sebarang kecederaan telah ditahan dan menjalani ujian alkohol.

“Hasil ujian awal alkohol mendapati pemandu tidak berada dalam pengaruh alkohol. Seterusnya dia dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk ujian saringan air kencing dan didapati positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamin,” kata ACP Sarifudin.

Paparan Skrin / Facebook

Siasatan diklasifikasikan di bawah Sek 44 (1A ) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tular pada malam Isnin 6 September dengan beberapa video di media sosial menyaksikan lori berwarna kuning yang berada di lorong kanan merempuh tiga kenderaan di hadapannya menyebabkan sebuah Perodua Myvi remuk teruk, dan pemandunya yang mengalami cedera ringan telah berjaya diselamatkan hasil kerjasama orang ramai di lokasi kejadian.

Tonton video di sini.

MENINGGALKAN BALAS

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

- Advertisment -

Pengasas Falun Gong: Mengapa Wujudnya Manusia

Falun Gong Founder Mr. Li Hongzhi Publishes ‘How Humankind Came To Be’ 法輪功創始人發表《為甚麼會有人類》 Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi...

Pengasas Falun Gong: Mengapa Pencipta Berusaha Menyelamatkan Segala Makhluk

Encik Li Hongzhi ialah pengasas latihan kerohanian Falun Gong. Amalan ini menggabungkan meditasi dan latihan lembut dengan falsafah moral yang berdasarkan prinsip Sejati, Baik,...
spot_img

TREN TERKINI