30.3 C
Kuala Lumpur
Friday, July 25, 2025
Utama Blog Laman 23

PLKN dengan format baharu akan dilaksanakan bermula Jun 2025

0

KUALA LUMPUR: PLKN dengan format baharu akan dilaksanakan bermula Jun 2025 menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

BERNAMA

Menurut Mohamed Khaled, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 terbahagi kepada dua fasa iaitu Fasa Pra PLKN dan Fasa PLKN Asas.

Fasa Pra PLKN melibatkan pelajar tingkatan empat yang akan dilaksanakan di sekolah ketika kegiatan ko-kurikulum. Manakala Fasa PLKN Asas pula melibatkan remaja 17 tahun dan ke atas.

Pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Rabu, Mohamed Khaled mengatakan bahawa kedua-dua fasa tersebut dijangka diperkenalkan seawal Jun tahun hadapan.

Fasa PLKN Asas merangkumi 30 peratus modul asas kenegaraan dan 70 peratus latihan ketenteraan.

Dijangka dilaksanakan bermula April 2026, Fasa PLKN Asas melibatkan 13 kem Askar Wataniah, 20 universiti awam dan beberapa politeknik terpilih seluruh negara.

“Pelatih PLKN juga diberi peluang menjalani latihan lanjutan (Fasa Latihan Lanjutan) mengikut bidang mereka minati.”

“Modul bagi setiap latihan, khusus dibangunkan untuk anggota angkatan tetap, angkatan simpanan dan sukarelawan.”

“Latihan itu berbentuk intensif, lapangan dan praktikal,” Katanya.

Susulan terdapat cadangan mengenai pengasingan jantina ketika program, setiap kem akan dihadkan kepada satu jantina sahaja, kata Mohamed Khaled.

SINAR HARIAN

“Bagi Kementerian Pertahanan, kita akan mulakan projek rintis di dua kem wataniah daripada 13 kem yang kita ada dan ia melibatkan penyertaan 1,000 peserta.”

“Memang ada cadangan supaya tidak bercampur (jantina bagi satu kem), jadi satu kem kita akan hadkan kepada satu jantina sahaja,” Katanya.

Pengasingan itu adalah langkah kerajaan bagi mengatasi isu gangguan seksual di kem-kem PLKN yang dilaporkan sebelum ini.

Selain itu, Modul Asas Ketenteraan pula dibangunkan oleh Kementerian Pertahanan yang berkonsepkan pembelajaran melalui pengalaman serta latihan berkumpulan.

Pelatih PLKN dengan format baharu juga akan dilatih untuk mempraktikkan budaya kehidupan tentera seperti disiplin, ketepatan masa, tersusun dan mandiri.

Gagal masuk universiti namun cemerlang SPM boleh mohon UTS

0

SIBU: Gagal masuk universiti namun cemerlang dengan memperoleh sekurang-kurangnya 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh mohon UTS.

UTUSAN BORNEO

Itulah yang dikatakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Dr Anuuar Rapaee dalam satu kenyataan.

Menurut Dr Annuar, pelajar-pelajar cemerlang harus merebut peluang yang sudah ada di depan mata seperti melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Sarawak (UTS).

“Saya tidak mengatakan bahawa mereka tidak boleh merayu, tetapi ingatlah, prosesnya mungkin memakan masa dan tidak ada jaminan bahawa rayuan mereka akan diterima.”

“Mengapa tidak memanfaatkan peluang yang sudah ada di depan mata anda dan lebih-lebih lagi, UTS adalah universiti milik negeri.”

“Oleh itu, bagi mereka yang tidak ditawarkan tempat di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) terutamanya program asas, saya mengajak mereka untuk menyertai program asas UTS, yang percuma sepenuhnya dan mereka boleh belajar dengan tenang tanpa beban kewangan,” Kata Dr Annuar yang juga pengerusi UTS.

“Selain itu, kos sara hidup di sini adalah rendah dan selepas anda menyelesaikan program asas, anda boleh meneruskan pengajian di UTS untuk kursus ijazah.”

Terdahulu, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mengumumkan bahawa kerajaan Sarawak akan menyediakan pendidikan percuma kepada lebih 25,000 bakal pelajar di semua universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT) milik Sarawak bermula dari tahun 2026.

“Jadi tidak perlu mencari lagi, datang dan belajar di UTS,” Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu.

Dr Annuar percaya bahawa walapun gagal masuk universiti namun pelajar SPM ini adalah yang terbaik dan dengan menyertai UTS, mereka boleh membantu membangunkan nama universiti tersebut.

Tambah Dr Annuar lagi, UTS juga menawarkan pengajian sehingga peringkat doktor falsafah dan beliau bangga dengan kadar kebolehpasaran yang tinggi dalam kalangan pelajarnya.

Pelanggan bagi tip RM500 tapi rider GrabFood tak nak lalu pulangkan, terima pujian ramai

0

Menerusi aplikasi penghantaran makanan seperti GrabFood dan Foodpanda, pelanggan boleh membuat pilihan untuk memberi duit tip kepada rider serendah RM1. 

Sebagai rider penghantaran makanan, duit tip yang diterima merupakan rezeki tambahan sambil membuat mereka berasa perkhidmatan yang diberikan menerima penghargaan.

Sekadar Gambar Hiasan / KL Foodie

Bercerita pengalaman rider dengan duit tip, seorang rider GrabFood berkongsi baru-baru ini bahawa dia menerima RM500 daripada salah seorang pelanggannya.

Menerusi hantaran GrabFood Rider Malaysia di Facebook, dia menceritakan ketika telah selesai menghantar makanan ke lokasinya, ibu kepada pelanggannya kemudian telah menghulur wang tunai sebanyak RM500.

@pedoqpop/X

Namun rider berkenaan membuat keputusan untuk memulangkan semula kesemua duit tip yang diterimanya, membuatkan tindakannya itu telah menarik perhatian warganet.

Rider itu memberi alasan mengapa duit itu perlu dipulangkan semula kerana menganggap ibu pelanggan tersebut kurang sihat dan mungkin terlupa, sehingga tanpa sedar telah memberikan sejumlah wang yang banyak kepada orang lain.

@pedoqpop/X

Akibat tindakannya itu, rider tersebut telah menerima pujian ramai kerana bersikap jujur dalam pekerjaannya.

Semoga rider berhati mulia ini akan sentiasa dilindungi dalam urusan hariannya dan murahlah selalu rezekinya.

Sabah rasai gegaran akibat gempa bumi yang berlaku di Filipina

0

KOTA KINABALU: Sabah rasai gegaran akibat gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter yang berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 10.13 pagi tadi.

MetMalaysia

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi tersebut berlaku di kedudukan 154 kilometer Tenggara dari Isabela City, Filipina dengan kedalaman 632 kilometer.

Susulan kejadian itu, beberapa gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Sabah seperti Kota Kinabalu, Kota Belud, Putatan dan beberapa kawasan lain.

Menerusi laporan yang dikongsi oleh Sinar Harian, gegaran selama beberapa saat itu mencetuskan panik dalam kalangan kakitangan yang bekerja di bangunan sekitar pusat bandar raya Kota Kinabalu.

Menurut saksi yang dikenali sebagai Jafar, 40, dia berada di tingkat lapan bangunan Menara Kastam ketika gegaran berlaku selama lima saat dalam masa beberapa kali.

“Gegaran tidak juga lama dalam lima saat tapi tiga ke empat kali dalam masa 30 saat. Selepas itu tiada sudah gegaran.”

“Selain itu, rak tempat simpan baju juga bergoyang akibat gegaran tersebut,” Katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Terdahulu, tular video dan gambar di media sosial memaparkan kakitangan yang berada di bangunan Yayasan Sabah keluar dari bangunan 30 tingkat tersebut selepas turut merasai gegaran berkenaan.

SINAR HARIAN

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah melaporkan pasukan bomba telah menjalankan pemantauan dan pengungsian bangunan di sekitar Kota Kinabalu, Penampang, Tawau, Sandakan, Ranua dan Kota Belud susulan gegaran tersebut.

“Pasukan bomba menerima panggilan berhubung gegaran tersebut pada jam 10.40 dan tiga pasukan bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digerakkan ke bangunan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Wisma Wanita dan Menara Kinabalu.”

“Maklumat yang diterima kakitangan dan orang awam telah keluar dari bangunan tersebut dan berkumpul di tempat berkumpul dan memohon pasukan bomba untuk hadir bagi membuat pengesahan keselamatan di bangunan tersebut,” Katanya.

MetMalaysia

Dalam pada itu, Pakar Geologi Profesor Dr Felix Tongkul berkata, walapun Sabah rasai gegaran akibat gempa bumi tersebut namun ia tidak akan memberi impak kepada Sabah.

“Saya fikir tidak, sebab pusat gempa bumi agak jauh dan kedudukan fokusnya sangat dalam,” Katanya.

Baju atlet paralimpik ke Sukan Paralimpik Paris 2024 yang lebih menyerlah dipuji ramai

0

PETALING JAYA: Baju atlet paralimpik ke Sukan Paralimpik Paris 2024 dipuji ramai kerana dilihat lebih menyerlah, segar, cantik dan ‘international’.

Majlis Paralimpik Malaysia (PCM)

Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) berkongsi rekaan baju yang tampil dengan rona putih sebagai warna utama tersebut di X.

Konsep belang harimau masih dikekalkan namun ditukar dengan warna biru, merah, kuning dan kelabu pada rekaan berkenaan.

PCM telah memilih atlet paralimpik seperti Muhammad Imaan Aiman dan Abdul Razzaq Abdul Rahman sebagai model untuk memperagakan pakaian tersebut.

Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) – Muhammad Imaan Aiman
Majlis Paralimpik Malaysia (PCM) – Abdul Razzaq Abdul Rahman

Menerusi ruang komen, rata-rata warga siber memuji rekaan baju atlet paralimpik tersebut.

Temasya Sukan Olimpik 2024 akan berlangsung di Paris pada 26 Julai hingga 11 Ogos. Sementara Sukan Paralimpik Paris 2024 pula akan bermula dari 28 Ogos hingga 8 September depan.

Semoga atlet paralimpik negara beroleh kejayaan di Sukan Paralimpik Paris 2024 nanti.

Pemuda terubat rindu dapat izin peluk pak cik yang wajah seiras arwah bapanya

0

Dalam dunia memang ada pelanduk dua serupa, dan tambah menyentuh hati apabila orang itu menyerupai orang tersayang yang telah meninggalkan kita. Memang akan terkeluar air mata dibuatnya.

Seorang lelaki tidak dapat menahan sebak apabila tanpa disangka bertemu dengan seorang pak cik yang wajahnya menyerupai arwah abahnya.

TikTok

Itulah yang berlaku di lapangan terbang ketika lelaki itu sekeluarga sedang menjemput ibu mereka yang baru pulang daripada mengerjakan haji.

Menerusi paparan video TikTok perkongsian @cik_kila_08, lelaki itu berkata mereka sekeluarga tidak menyangka dapat berjumpa dengan orang yang raut wajahnya persis arwah abah.

TikTok

Disebabkan terlalu rindu, lelaki itu meminta izin untuk memeluk dan mencium pak cik yang seiras muka arwah abah mereka.

TikTok

“Siang tadi lepas solat Jumaat Akim cakap dia rindu arwah abah dia rindu nak cium abah..dengan tak disangka masa kami jemput mak balik dari haji kakak ipar ternampak muka sebijik arwah abah, terus panggil Akim suruh tengok.

TikTok

“Alhamdulilah mungkin doa dia tadi Allah angkat. Terima kasih Ya Allah hilangkan sedikit rindu kami pada arwah. Terima kasih pak cik melayan kerenah kami semua, bagi Akim peluk cium pak cik” tulisnya.

Tonton video di sini.

Insiden dua beradik kritikal termakan keropok beracun: Abang meninggal dunia

0

KULIM: Seorang daripada dua beradik yang berada dalam keadaan kritikal selepas memakan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, Kulim pada Ahad lalu, meninggal dunia hari ini, 10 Julai.

Muhammad Akil Syauqi, 3, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP), manakala adiknya, Muhammad Luth Syauqi, 2, masih dirawat di hospital sama.

Gambar BH Online

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi, berkata kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.30 pagi.

Dalam kejadian 7 Julai lalu, dua beradik lelaki itu kritikal selepas memakan makanan ringan berupa keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi.

Makanan ringan itu didakwa digantung pada pagar dawai dipasang oleh pemilik kebun, dipercayai untuk tujuan menghalau haiwan liar yang mengancam tanaman. Difahamkan, lokasi kejadian terletak kira-kira 50 meter dari rumah mereka.

Gambar BH Online

Ibu mangsa, Nurain Hasnorizal, 25, yang mendapati dua anaknya itu muntah dan menggelupur seperti diserang sawan kemudian membawa mereka ke Klinik Kesihatan Malau dan Hospital Kulim (HK) untuk rawatan lanjut.

Dua beradik itu kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang selepas keadaan mereka semakin kritikal.

Sebelum ini, Mohd Azizul dilaporkan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Nurain turut mengesahkan pemergian Muhammad Akil yang juga anak sulungnya.

Gambar BH Online

“Abang (Muhammad Akil) sudah tiada (meninggal dunia) ketika menerima rawatan,” hanya itu yang dapat diluahkan ibu dua beradik yang menjadi mangsa keropok beracun.

“Urusan bedah siasat akan dijalankan, dan jenazah dijangka dibawa pulang ke Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, untuk dikebumikan,” katanya ketika dihubungi BH.

Sebelum ini, datuk dan nenek mangsa meluahkan rasa kesal mengapa pemilik kebun meletakkan keropok beracun di tempat yang mengelirukan dan senang dicapai budak-budak.

Gambar BH Online

“Saya agak kesal dengan apa yang berlaku kerana pemilik kebun itu menggantung makanan ringan di tepi pagar berdawai di tempat yang rendah dan mampu dicapai dua cucu saya,” kata nenek mangsa, Saadiah Yaacob.

Difahamkan ketika kejadian, kedua beradik itu mengikut datuk mereka, Muhammad Nazar Abdullah mencari lembu di kebun yang berada tidak jauh dari rumah. 

Susulan kematian mangsa, polis dijangka mengklasifikasikan semula seksyen siasatan kes berkenaan.

Wanita dihempap kayu balak ditidurkan

0

GUA MUSANG: Wanita dihempap kayu balak ketika sedang berhenti di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara Jalan Gua Musang-Kuala Krai ditidurkan.

BH ONLINE

Abang mangsa Mohamad Azwa Kamarulzaman,28, berkata adiknya Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu kira-kira pada pukul 8 malam.

Menurut Mohamad Azwa, adiknya akan menjalani pembedahan akibat kecederaan parah di beberapa anggota badan antaranya tulang belakang, tulang rusuk, hati dan paru-paru.

“Adik saya ditidurkan kira-kira 6 petang semalam dan sekarang ini doktor sedang merawat bahagian usus yang berkemungkinan akan mengalami komplikasi.”

“Saya berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan adik saya dan berharap semua terus kekal berdoa supaya dia dapat pulih,” Katanya kepada Bernama.

Tambah Mohamad Azwa lagi, adiknya itu dijangka akan melangsungkan perkahwinan pada Disember tahun ini.

Terdahulu, sebuah lori yang membawa muatan kayu balak terbalik ketika mengambil selekoh di laluan bersebelahan.

Sebaik sahaja lori tersebut terbalik, beberapa batang kayu balak jatuh di atas jalan lalu mengenai mangsa menyebabkan dia tercampak daripada motosikalnya.

“Saya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan seorang rakan yang berada di tempat kejadian dan terus ke hospital untuk melihatnya.”

“Doktor memaklumkan tunang saya kini tidak stabil,” Kata tunang mangsa Nik Amnan Arif Nik Anuwar,22 dalam satu kenyataan.

BH ONLINE

Difahamkan Siti Norelyana yang merupakan seorang jurujual ketika itu dalam perjalanan untuk ke tempat kerja yang terletak di sebuah pasar raya di Bandar Utama.

Sementera itu, saksi kejadian Nur Aima Nadia Ariffin, 32, berkata dia mendengar bunyi dentuman kuat sebelum melihat keadaan riuh-rendah di lampu isyarat berkenaan.

“Beberapa batang kayu balak sebesar satu pemeluk dewasa berselerak di atas jalan dan menghalang keseluruhan laluan bersebelahan.”

“Ketika menghampiri lokasi kejadian saya lihat terdapat seorang wanita sedang kesakitan di bawah kayu balak dan beberapa pengguna jalan raya turut keluar dari kenderaan mereka untuk cuba membantu mengeluarkan mangsa,” Katanya.

Ketua Polis Daedah Gua Musang Supt Sik Choon Foo ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan berkata polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

Menurut Sik, kemalangan itu berpunca daripada turn-table lori balak tersebut yang patah ketika mengambil selekoh.

BH ONLINE

Akibatnya, bahagian ekor lori terbalik mengakibatkan muatan kayu balaknya bergolek dan mengenai seorang mangsa wanita bermotosikal serta sebuah kereta jenis Toyota Vios yang sedang menunggu lampu isyarat.

“Pemandu lori balak dan kereta berkenaan tidak cedera, dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat hingga menyebabkan kemalangan,” Katanya dalam satu kenyataan.

Sik meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di talian 09-9121222 atau pegawai penyiasat Insp Aida di talian 012-4027283.

Lukisan gua dengan cerita bergambar berusia 51,200 tahun di Indonesia diisytihar tertua di dunia

0

Lukisan gua dengan cerita bergambar 6,000 tahun lebih tua berbanding pemegang rekod sebelumnya, kini diisytihar sebagai tertua di dunia.

The Guardian melaporkan lukisan gua itu ditemui kira-kira 10 kilometer jauhnya di pulau yang sama di Indonesia, kata pasukan penyelidik arkeologi antarabangsa.

Lukisan itu, dipercayai berusia sekurang-kurangnya 51,200 tahun, ditemui di gua Leang Karampuang di pulau Sulawesi Timur, Indonesia, kata penyelidik dari Universiti Griffith, Universiti Southern Cross bersama Agensi Penyelidikan dan Inovasi Nasional Indonesia dalam jurnal Nature.

Gambar Agensi Penyelidikan dan Inovasi Nasional Indonesia / Agency / Reuters

Sampel telah dikumpulkan pada 2017, tetapi ia tidak bertarikh sehingga awal tahun ini.

Pemegang rekod sebelum ini ialah lukisan gua cerita bergambar bersaiz sebenar memaparkan seekor babi hutan dipercayai dilukis sekurang-kurangnya 45,500 tahun lalu di sebuah gua di Leang Tedongnge.

Gambar oleh Dominic Julian / Agensi Penyelidikan dan Inovasi Indonesia / Agency / Google Arts & Culture

Lukisan yang ditemui baru-baru ini adalah tiga figura therianthropes – atau kacukan manusia-haiwan dan seekor babi hutan.

Adhi Agus Oktaviana, pengarang utama dan pelajar PhD di Universiti Griffith, berkata penemuan itu “sangat memeranjatkan … tiada satu pun seni zaman ais Eropah yang terkenal hampir setua ini kecuali beberapa penemuan kontroversi di Sepanyol”.

Para saintis Sepanyol sebelum ini mendakwa seni batu di tiga tapak – di Cantabria, Andalusia dan Extremadura – berusia lebih daripada 64,000 tahun. Bagaimanapun, menurut pakar seni batu Dr Tristen Jones dari Universiti Sydney, penemuan tersebut “sebahagian besarnya ditolak oleh komuniti sains antarabangsa”.

Untuk menentukan usia lukisan gua Leang Karampuang, pasukan itu menggunakan kaedah baru analisis laser ablasi siri U (siri LA-U) bagi mengambil sampel lapisan kecil kalsium karbonat yang telah terbentuk di atas lukisan tersebut.

“…teknik siri LA-U baharu kami lebih tepat, membolehkan kami membuat tarikh lapisan kalsium karbonat terawal yang terbentuk pada seni dan semakin dekat dengan titik masa seni itu dicipta. Ia akan merevolusikan tentu ukur usia lukisan batu,” jelas Profesor Maxime Aubert, pakar sains arkeologi di Pusat Penyelidikan Sosial dan Budaya Griffith (GCSCR) serta pembangun bersama teknologi tersebut.

Kaedah baru itu adalah “lonjakan besar ke hadapan dalam mengukuhkan resolusi dan ketepatan usia tarikh masa”. Lazimnya, katanya, seni lukisan batu amat sukar untuk dikesan kerana seni itu kebanyakannya diperbuat daripada mineral.

Gambar Nature

Profesor Adam Brumm dari Universiti Griffith yang bersama-sama mengetuai kajian itu, berkata dalam beberapa penggalian yang dilakukannya di rantau itu, terdapat gambaran kerap figura babi hutan. “Haiwan itu jelas penting dari segi ekonomi kepada orang-orang awal ini,” katanya. “Kita dapat melihat ia juga penting kepada mereka secara simbolik dan mungkin juga secara rohani”.

Sementara itu, Adhi Agus Oktaviana menambah, penemuan lukisan gua Leang Karampuang yang berusia sekurang-kurang 51,200 tahun itu memberi implikasi penting kepada pemahaman manusia moden tentang asal usul seni awal.

Penemuan oleh pasukan penyelidik itu juga mencadangkan bahawa penceritaan naratif adalah bahagian penting dalam budaya seni manusia awal di Indonesia bermula dari masa yang sangat awal.

Pempengaruh meninggal dunia ketika makan ayam goreng

0

MANILA: Pempengaruh meninggal dunia ketika makan ayam goreng bersama nasi, di Filipina lapor saluran berita TNP kelamarin.

KOSMO

Mempunyai lebih 457,000 pengikut di Facebook, Dongz Apatan atau nama sebenarnya Manoy Apatan, 38, dilaporkan meninggal dunia akibat serangan strok.

Pada 13 Jun lalu, Manoy dilihat menikmati sejumlah besar ayam goreng yang dimakan bersama nasi.

Menurut adik perempuannya, Leah Apatan, abangnya itu mengalami serangan jantung kira-kira pukul 3 petang (waktu tempatan) sebelum dikejarkan ke hospital berdekatan.

“Terdapat banyak komen yang mengatakan Manoy layak mati kerana tamak, tetapi itu hanya sekadar kandungan (content).”

“Dia sebenarnya tidak makan banyak dan dia juga tidak menghabiskan makanannya. Manoy tidak tamak, malah sering membantu orang lain,” Kata Leah.

Pakar jantung, Tony Leachon berkata kematian Manoy berpunca daripada strok hemoragik.

“Menurut pakar yang merawatnya di bilik kecemasan, dia mengalami pembekuan darah di otak. Ini bermakna tekanan darah meningkat dan saluran darah di otak pecah.”

“Ia berpunca daripada makanan kandungan tinggi garam dan pengambilan daging. Jika melakukannya setiap hari, saluran darah di dalam otak akan tersumbat,” Kata Tony.

Susulan kematian Manoy, Kementerian Kesihatan Filipina menerusi satu kenyataan sedang mempertimbangkan untuk menyekat vlog “mukbang” di negara itu.

“Ini adalah amalan yang tidak baik kerana mereka mencipta kandungan dengan makan secara berlebihan, dan makan secara berlebihan ini tidak sihat. Ia akan menyebabkan obesiti,” Kata Setiausaha Kesihatan Teodoro Herbosa.

INQUIRER.NET – Dr Herbosa

“Dan obesiti akan menyebabkan hipertensi, masalah jantung, penyakit tidak berjangkit, kesihatan malah serangan jantung.”

Dr Herbosa mengeluarkan amaran tersebut selepas maklum berita mengenai pempengaruh meninggal dunia selepas ketika makan ayam goreng.

Walau bagaimanapun pihak kementerian kesihatan Filipina akan mengkaji terlebih dahulu sebab kematian pempengaruh tersebut.

Mereka akan melihat sekiranya sebagai pengatur kesihatan negara boleh menyekat aktiviti makan berlebihan seperti itu kerana ia ternyata tidak menyihatkan.

“(Ini kerana) anda mempromosikan kelakuan tidak sihat kepada rakyat Filipina. Jadi, saya boleh menyekatnya di sini. Saya akan usulkan… menyekat mukbang di sini,” Kata Dr Herbosa.

Dalam pada itu, peningkatan Sindrom Kematian Mengejut Golongan Dewasa (SADS) dalam kalangan golongan 40 tahun ke bawah di Malaysia harus diberi perhatian.

Menurut Pengasas Pusat Kesejahteraan Heart Bit E-ECP Dr S. Denesh dalam satu kenyataan bersama Bernama, ini mungkin disebabkan oleh kejutan terhadap sistem kardiovaskular.

Hal ini dikatakan berpunca daripada peningkatan mendadak aktiviti fizikal selepas tidak melakukannya dalam tempoh yang panjang contohnya senaman atau aktiviti sukan seperti bermain badminton.

Dalam kenyataan lain, Pakar Perunding Kardiologi Hospital Pakar KPJ Tawakkal KL Dr Zul Hilmi Yaakob pula mengatakan bahawa SADS boleh disebabkan beberapa faktor termasuk gangguan genetik.

KPJ

Bagi mereka yang berusia bawah 35 tahun, penyebab utama berlaku SADS mungkin disebabkan otot jantung tebal atau otot jantung bengkak dan lemah.

Manakala bagi mereka yang berusia 35 tahun ke atas pula kebanyakan kes membabitkan peringkat usia ini disebabkan serangan jantung seperti salur darah jantung (koronari) tersumbat.

Antara punca sakit jantung adalah:

  1. Merokok.
  2. Tekanan darah tinggi.
  3. Menghidap penyakit diabetes.
  4. Terdapat darah beku di saluran darah.
  5. Tekanan (stress).

Kesimpulannya, setiap orang harus menjalani hidup dengan gaya hidup yang sihat.

Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Ini penting untuk mengesan penyakit (sekiranya ada) lebih awal dan mendapatkan rawatan sewajarnya.