Dalam dunia memang ada pelanduk dua serupa, dan tambah menyentuh hati apabila orang itu menyerupai orang tersayang yang telah meninggalkan kita. Memang akan terkeluar air mata dibuatnya.
Seorang lelaki tidak dapat menahan sebak apabila tanpa disangka bertemu dengan seorang pak cik yang wajahnya menyerupai arwah abahnya.
Itulah yang berlaku di lapangan terbang ketika lelaki itu sekeluarga sedang menjemput ibu mereka yang baru pulang daripada mengerjakan haji.
Menerusi paparan video TikTok perkongsian @cik_kila_08, lelaki itu berkata mereka sekeluarga tidak menyangka dapat berjumpa dengan orang yang raut wajahnya persis arwah abah.
Disebabkan terlalu rindu, lelaki itu meminta izin untuk memeluk dan mencium pak cik yang seiras muka arwah abah mereka.
“Siang tadi lepas solat Jumaat Akim cakap dia rindu arwah abah dia rindu nak cium abah..dengan tak disangka masa kami jemput mak balik dari haji kakak ipar ternampak muka sebijik arwah abah, terus panggil Akim suruh tengok.
“Alhamdulilah mungkin doa dia tadi Allah angkat. Terima kasih Ya Allah hilangkan sedikit rindu kami pada arwah. Terima kasih pak cik melayan kerenah kami semua, bagi Akim peluk cium pak cik” tulisnya.
Tonton video di sini.