PARIS: Acara keirin di Olimpik Paris 2024 tertangguh seketika selepas kemalangan yang menyaksikan Kwesi Browne tercampak dari basikalnya.
Kemalangan itu berlaku pada pusingan terakhir ketika pelumba-pelumba sedang cuba memintas untuk berada di hadapan.
Gambar Reuters
Pelumba 30 tahun dari Trinidad dan Tobago itu terlantar di atas trek sebelum dibawa keluar dari Velodrome National.
Brown sempat menunjukkan tanda bagus kepada penonton.
Ia bukan kemalangan pertama dalam acara berbasikal trek pada hari berkenaan.
Gambar Reuters
30 minit sebelum itu, dalam acara madison lelaki, pelumba Great Britain, Ollie Wood terjatuh selepas topi keledarnya dihantuk oleh pelumba Belanda, Jan Willem van Schip.
Wood terpaksa menerima rawatan sebelum meneruskan perlumbaan 50 kilometer itu dan menamatkannya di tangga ke-10 bersama Mark Stewart.
24 jam sebelum insiden berkenaan, pelumba Great Britain, Jack Carlin didakwa oleh Belanda menghalang pelumba mereka seperti aksi ragbi sebelum meraih gangsa acara pecut.
Nur Dhabitah Sabri menamatkan perjalanan di Pusat Akuatik Olimpik Paris dengan menduduki tangga ke-12 daripada 12 peserta pada saingan akhir acara 3 meter papan anjal wanita.
Dhabitah memulakan saingan akhir dengan prestasi yang baik pada pusingan pertama dan kedua terjunan dengan catatan mata masing-masing, 63.00 dan 60.00.
Walau bagaimanapun, Dhabitah terkandas pada pusingan ketiga dan keempat dengan catatan mata masing-masing, 37.50 dan 28.50.
Walaupun berjaya bangkit pada pusingan akhir, namun harapan untuk Dhabitah merangkul pingat tidak kesampaian kerana catatan mata yang diperoleh amat rendah berbanding semua penerjun.
Hal ini kerana, Bertrand gagal pada pusingan awal acara 10 meter platform individu lelaki dengan berada pada kedudukan ke-25 daripada 26 penerjun.
Bertrand menunjukkan prestasi baik pada pusingan pertama dan kedua namun terkandas berturut-turut pada pusingan ketiga, keempat dan kelima dengan catatan mata bawah 50.00.
Pada pusingan terakhir, Bertrand berjaya memperbaiki prestasi dengan catatan mata 65.60.
Memetik laporan yang ditulis Bernama, Bertrand meluahkan rasa kecewanya kerana tidak dapat melaksanakan terjunan yang baik.
“Boleh dikatakan ia bukan persembahan terbaik saya dan bukan juga yang terburuk, tetapi berada di peringkat ini, saya rasa seperti tidak berjaya. Tekanan mengganggu saya (semasa pertandingan).”
“Saya tidak dapat fokus dan beraksi dengan baik, jadi ini penghujung Sukan Olimpuk saya. Saya tidak boleh bercakap banyak kerana ia merupakan terjunan baharu, perkara baharu bagi saya, kemudian dengan tekanan, saya tidak dapat melaksanakannya dengan baik.”
“Sudah pasti saya akan bangkit dengan lebih bertenaga untuk kejohanan seterusnya. Ini hanya permulaan, mudah-mudahan saya dapat memberikan persembahan lebih baik pada pertandingan akan datang.” Kata Bertrand.
Walaupun gagal membawa pulang pingat, Malaysia menghargai jasa Nur Dhabitah dan Bertrand kerana telah bekerja keras dan mempamerkan prestasi yang baik bagi kategori masing-masing.
Remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditahan kerana menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang, direman selama dua hari.
Perintah reman hingga 10 Ogos dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan di Mahkamah Majistret Sepang bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menceroboh serta menyamar sebagai penjawat awam.
Gambar Malay Mail
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara selama tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya untuk tindakan menceroboh, manakala bagi perbuatan menyamar sebagai penjawat awam pula boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, suspek tiba di mahkamah kira-kira jam 8.40 pagi dengan berpakaian lokap berwarna oren dan diiringi anggota polis, namun tidak kelihatan kelibat ibu atau bapa remaja itu di pekarangan kompleks mahkamah.
Pada 8 Ogos, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, mengesahkan seorang remaja warga tempatan ditahan kira-kira jam 9 pagi di lobi HSIS.
Polis turut merampas sehelai baju scrub, seluar scrub dan lanyard hak milik hospital yang digunakan oleh remaja berkenaan.
Wan Kamarul Azran berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek telah menceroboh dewan bedah hospital dan mengaku sebagai pegawai perubatan serta mahu membantu menjalankan pembedahan.
Gambar NST
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu kenyataan, berkata pihaknya mengambil maklum kepada pihak berkenaan dan memberi kerjasama penuh bagi membantu siasatan polis.
“Pada 7 Ogos 2024, pihak pengurusan HSIS Serdang menerima laporan mengenai tingkah laku mencurigakan seorang individu yang menyamar sebagai kakitangan bertugas di HSIS.
“Tindakan pantas pihak HSIS berjaya mengesan identiti individu terbabit dan laporan polis sudah dibuat,” katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, polis kemudian berjaya menahan remaja terbabit atas kebenaran dan hasil siasatan awal mendapati suspek menggunakan pengenalan palsu untuk menyamar sebagai kakitangan HSIS.
Baru-baru ini, sebuah syarikat pengiklanan tampil memohon maaf gara-gara kesalahan pada visual ucapan Selamat Hari Kebangsaan oleh Ibu Pejabat Daerah Brickfields yang dipaparkan di Sri Hartamas.
Satu kenyataan rasmi telah dimuat naik di laman Facebook syarikat WOW Media Sdn Bhd dengan menyatakan permohonan maaf dan menjelaskan kesalahan yang berlaku.
Untuk mengelakkan sebarang salah faham, mereka telah memadam visual tersebut daripada tatapan umum.
“Kami ingin memaklumkan isu yang berlaku dengan visual ‘Ucapan Selamat Hari Kemerdekaan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields’ yang dipaparkan pada skrin di Sri Hartamas.
“Kami telah mengenal pasti akan kesalahan dalam visual yang dipaparkan pada skrin tersebut dan segera memadam visual itu,” tulis kenyataan berkenaan.
Sementara itu, pihak Polis Brickfields turut memaklumkan pihak mereka telah meminta syarikat berkenaan untuk menurunkan iklan terbabit dengan serta-merta dalam satu hantaran di media sosial.
Polis Brickfields / Facebook
Terdahulu, tular satu visual poster rasmi sambutan kemerdekaan hasil janaan AI yang meraih perhatian ramai apabila terdapat imej menara petronas dengan kembar ‘ketiga’ yang sekaligus menghilangkan identiti sebenar menara ikonik berkenaan.
Ekoran itu, orang ramai mula mempersoalkan integriti syarikat terbabit yang gagal menyemak dengan teliti terlebih dahulu hasil poster yang digunakan untuk badan rasmi kerajaan.
Kini semua orang memperkatakan tentang sukan berprestij dunia Olimpik Paris 2024. Temasya sukan paling penting buat para atlet melakukan yang terbaik bagi mengutip butiran pingat buat negara masing-masing.
Ketika menerima pingat selaku tiga tempat teratas di podium selaku jaguh dunia, atlet juga diberi cenderahati yang sebelum ini kebanyakannya berupa jambangan bunga atau patung maskot.
Atlet kayak Australia Jessica Fox (Gambar X)
Baru-baru ini, seorang atlet wanita telah berkongsi isi kotak hadiah ‘misteri’ yang diterimanya selepas memenangi pingat emas di Olimpik Paris.
Menerusi video di TikTok, atlet kayak dari Australia, Jessica Fox, berkongsi dia turut menerima cenderahati berupa sebuah kotak hadiah semasa menerima pingat emas.
Atlet kayak Australia Jessica Fox (Gambar X)
Ramai pengikutnya yang tertanya-tanya apakah isi di dalam kotak itu, dan dia kemudian membuat video unboxing untuk mendedahkannya.
Rupa-rupanya di dalamnya terdapat sekeping poster rasmi dan edisi khas Olimpik Paris 2024 sebagai tanda kenang-kenangan yang hanya atlet pemenang sahaja yang menerimanya.
TOKYO: Jepun melaporkan tsunami kecil di bahagian barat daya negara itu susulan gempa bumi berukuran 7.1 magnitud yang melanda wilayah Miyazaki dan kawasan lain pada Khamis, 8 Ogos, menurut agensi cuaca negara itu.
Agensi Meteorologi Jepun (JMA) memaklumkan Pelabuhan Miyazaki di selatan wilayah Miyazaki dilanda ombak tsunami setinggi 50 sentimeter (cm) selepas gempa bumi itu.
Gempa bumi itu berlaku pada jam 4.43 petang waktu tempatan pada kedalaman 30 km dengan pusat gempa terletak di perairan Hyuga-nada di selatan Kyushu, menurut agensi cuaca.
Magnitud gempa itu kemudian disemak daripada 6.9 kepada 7.1.
Azizulhasni ketinggalan 0.190 saat di belakang Mateusz Rudyk dari Poland yang mencatatkan 9.966 saat manakala Mikhail Yakovlev dari Israel di tempat kedua.
Hanya pemenang saringan kedua akan mara ke suku akhir.
Selepas tewas kepada Jeffrey Hoogland (9.772s) dari Belanda dengan ketinggalan +0.037s pada saringan 6 pusingan 1/8, Azizulhasni terpaksa beraksi dalam repechanges.
Walaupun tersingkir namun menurut Azizulhasni kepada Bernama, dia amat berpuas hati dengan permulaan kempen kali ini.
Hal ini dikatakan demikian kerana Azizulhasni berjaya mencapai catatan masa yang dimahukan pada pusingan kelayakan.
“Perancangan awal kita adalah untuk berlumba satu demi satu pusingan. Saya gembira dapat kalahkan Luca Spiegel dari Jerman dan Hamish Turnbull dari Great Britain.”
“Perancangannya untuk kalahkan Hoogland tapi sebaliknya. Ia merupakan satu perlumbaan yang hebat dari segi teknikal dan taktikalknya cuma saya tidak cukup laju.”
“Ketika pusingan repechanges, John Beasley berkata simpan tenaga untuk Keirin. Jika ke pusingan repechanges akan berdepan dengan pelumba-pelumba hebat seperti Harrie Lavreysen (Belanda) di suku akhir dan saya membazir tenaga.”
“Saya akan simpan tenaga untuk perlumbaan seterusnya pada 8 malam esok,” Kata The Pocket Rocketman.
Sementara itu, Muhammad Shah Firdaus Sahrom pula gagal ke pusingan 1/16 selepas tewas di pusingan 1/32 acara tersebut.
Muhammad Shah turut gagal menebus kekecewaan di pusingan repechanges 1/32 apabila sekadar menduduki tempat kedua dalam saringan ketiga.
Bagi pelumba berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri pula, dia terlepas peluang ke suku akhir acara Keirin apabila menamatkan saingan di tempat ketiga pusingan repechanges.
Pelumba berusia 20 tahun itu memulakan kayuhan di barisan hadapan namun dipintas pelumba dari Kanada Kelsey Mitchell dan Katy Merchant dari Great Britain.
Selepas ini Mohd Azizulhasni dan Muhammad Shah akan beraksi dalam acara utama, Keirin bermula 10 Ogos ini. Manakala Nurul Izzah Izzati Mohd Asri pula akan beraksi dalam acara pecut wanita bermula 9 Ogos.
Semoga atlet-atlet kebanggaan negara ini berjaya pada acara seterusnya.
Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) telah mengambil tindakan merobohkan lokasi tarikan pelancong baru yang berinspirasikan Santorini Greece di Cameron Highlands selepas pembinaan didapati tidak mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.
Dalam satu kenyataan di Facebook, MDCH berkata operasi perobohan itu berlangsung dari jam 9 pagi hingga 11.30 pagi pada Isnin, 5 Ogos.
Operasi itu diketuai oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands Azmil Hadid Maznan dan melibatkan kakitangan daripada pelbagai agensi penguatkuasaan.
Operasi itu melibatkan anggota Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), Jabatan Kerja Raya Cameron Highlands dan Tenaga Nasional Berhad.
Tindakan penguatkuasaan perobohan itu dilakukan mengikut Seksyen 70(1) di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) untuk pembinaan tanpa kelulusan terlebih dahulu.
“Diharap tindakan penguatkuasaan ini akan menjadi amaran dan peringatan kepada mana-mana pihak yang berhasrat untuk menjalankan projek pembangunan supaya mematuhi sepenuhnya prosedur dan peraturan berkaitan,” kata MDCH.
Difahamkan tarikan pelancong yang diilhamkan oleh pulau Santorini di Greece yang indah, dan dikenali Cameron Santorini, mula dibuka pada April tahun ini.
Menurut ulasan di Facebook dan Google, tiket masuk berharga RM40 untuk dewasa, dan RM20 untuk kanak-kanak dan warga emas.
The Star melaporkan pemilik tapak akan cuba mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa yang berkenaan untuk membuka semula tarikan di Cameron Highlands itu.
Atlet angkat berat Malaysia yang berasal dari Segamat, Johor ini menamatkan saingan di tempat keempat dalam acara yang berlangsung di South Paris Arena 6.
Pada percubaan pertama, wakil negara berusia 22 tahun ini memulakan angkatan snatch dengan bebanan 126 kilogram.
Walau bagaimanapun, Aniq tidak dapat menyempurnakan angkatan kedua dengan bebanan 130 kilogram sebelum dia berjaya melakukan angkatan pada percubaan terakhir.
Bagi clean & jerk pula, Aniq membuka saingan dengan angkatan 167 kilogram. Namun usahanya untuk mengangkat bebanan 174 kilogram pada percubaan kedua dan ketiga tidak dapat disempurnakan.
Terdahulu, Aniq memegang rekod kebangsaan bagi clean & jerk dengan catatan 170 kilogram dan keseluruhan 296 kilogram.
Walaupun gagal membawa pulang sebarang pingat, Mohamad Aniq bagaimanapun berjaya memperbaharui rekod kebangsaan 129 kilogram milik Muhamad Aznil Bidin dengan angkatan keseluruhan 297 kilogram.
Berdasarkan laporan yang dikongsikan Bernama, Aniq meluahkan rasa kecewanya kerana terlepas peluang meraih sebarang pingat.
“Saya dah cuba angkat lebih daripada apa yang saya pernah buat sebelum ini (172 kilogram dalam latihan), tetapi tidak berjaya.”
“Jika berjaya dengan bebanan 174 kilogram itu, boleh dapat pingat perak dan buat rekod kebangsaan baharu (bagi clean & jerk). Terpaksa pulang dengan kekecewaan tapi pada masa sama, saya dapat pengalaman baharu dalam sukan ini.”
“Saya berpuas hati dengan angkatan snatch sebab dapat lawan saya punya ketakutan untuk rekod baharu, cuma clean & jerk tak jadi,” Kata Aniq.
Menurut Aniq lagi, dia berjanji untuk terus menampilkan prestasi terbaik bagi meraih pingat dalam Kejohanan Komanwel 2024 di Fiji pada 17 hingga 24 September depan.
Dalam pada itu, pengurus pasukan Amirul Hamizan Ibrahim berkata dia sangat berpuas hati dengan pencapaian Aniq yang masih muda itu.
“Ini adalah satu daripada katergori baharu untuk beliau selepas hanya setahun lepas tukar daripada kategori 55 kilogram (yang tiada dalam Olimpik). Jika digiilap dengan betul, beliau mampu menghadirkan saingan lebih baik.”
“Cuma kita berharap beliau lebih konsisten selepas ini untuk mencabar pingat dalam temasya dan kejohanan utama,” Kata Amirul.
Sementara itu, Li Fabian dari China berjaya mempertahankan pingat emasnya dengan jumlah angkatan 310 kilogram.
Pingat perak pula menjadi milik Theerapong Silachai dari Thailand dengan angkatan 303 kilogram dan pingat gangsa menjadi milik Hampton Morris dari Amerika Syarikat dengan angkatan 298 kilogram.
Untuk rekod, pencapaian terbaik Malaysia dalam sukan angkat berat di pentas Olimpik adalah menerusi Tan Kim Bee yang meraih kedudukan keenam pada edisi Olimpik Melbourne 1956 dengan angkatan 395 kilogram bagi kategori 90 kilogram lelaki.
Nur Dhabitah berjaya memperoleh tempat ke-8 dalam kalangan 12 orang penerjun terbaik yang layak ke pusingan akhir.
Menerusi lima terjunan, Dhabitah memulakan terjunan pertama dengan catatan mata 67.50 dan berada di kedudukan ke-2.
Prestasi Dhabitah kemudiannya menurun pada terjunan kedua dan ketiga namun kembali meningkat pada terjunan keempat dengan catatan 57.00.
Pada terjunan akhir, Dhabitah menunjukkan aksi terbaiknya dengan catatan 60.45 sekali gus melayakkan dia ke pusingan akhir dengan jumlah terkumpul 286.95.
Empat penerjun terbaik yang akan memberi saingan kepada Dhabitah adalah Chen Yiwen dan Chang Yani dari China, Keeney Maddison dari Australia dan Pellacani Chiara dari Itali.
Terdahulu, atlet berusia 25 tahun ini menduduki tangga ke-12 bagi menempatkan diri dalam kalangan 18 orang penerjun terbaik yang layak ke pusingan separuh akhir.
Dhabitah bermula cemerlang pada dua terjunan pertama dan berada pada kedudukan kedua.
Walau bagaimanapun, prestasinya sedikit merosot pada terjunan ketiga dan keempat dengan masing-masing mencatatkan mata 54.00 dan 48.00.
Sementara itu, penerjun China, Chen Yiwen mendahului semua peserta di tempat pertama dengan pungutan mata 356.40 diikuti Kenny Maddison dari Australia di tempat kedua dan Vazquez Montana dari Mexico di tempat ketiga.