PARIS: Acara keirin di Olimpik Paris 2024 tertangguh seketika selepas kemalangan yang menyaksikan Kwesi Browne tercampak dari basikalnya.
Kemalangan itu berlaku pada pusingan terakhir ketika pelumba-pelumba sedang cuba memintas untuk berada di hadapan.
Pelumba 30 tahun dari Trinidad dan Tobago itu terlantar di atas trek sebelum dibawa keluar dari Velodrome National.
Brown sempat menunjukkan tanda bagus kepada penonton.
Ia bukan kemalangan pertama dalam acara berbasikal trek pada hari berkenaan.
30 minit sebelum itu, dalam acara madison lelaki, pelumba Great Britain, Ollie Wood terjatuh selepas topi keledarnya dihantuk oleh pelumba Belanda, Jan Willem van Schip.
Wood terpaksa menerima rawatan sebelum meneruskan perlumbaan 50 kilometer itu dan menamatkannya di tangga ke-10 bersama Mark Stewart.
24 jam sebelum insiden berkenaan, pelumba Great Britain, Jack Carlin didakwa oleh Belanda menghalang pelumba mereka seperti aksi ragbi sebelum meraih gangsa acara pecut.